Selasa, 23 Disember 2014

Hujan Rahmat ...

Alhamdulillah....

Hujan rahmat ... asyik hujan sahaja siang malam ... macam kami ni yang menunggang moto ni memang kena super duper berhati hati. Kalau x memang boleh mengundang kepada kemalangan...

Seriau lah pulak rasanyer. Sejak kerja dengan Prokhas ni, banyak kali dah hampir2 nak accident. Kalau tang jatuh moto tak usah cakap lah. Dah lebih 5 kali kot. Pernah jugak tak nak bagi tau wife. Takut risau melampau lampau. Orang pompuan memang over kalau bab risau  ni. Huhuhu.

Risau tanda sayang kan. Oklah tu. Harap lepas ni kalau dapat kerja di tempat baru ... boleh guna public transport. Risiko pun semakin berkurangan cuma kena keluar awallah pulak. Erm ...

Masalah tak pernah habis. Tapi kita harus merancang dan bijak menyelesaikan masalah. Kalau tak sampai bila dok pening pikir masalah.  Allah sentiasa mendengar luahan kita ... jadi jangan  jauh dariNya ok.

Kbai ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......