alam Sayang Semua ...
Pemegang Ph.D dalam bidang Sains Biologi, New Zealand dan merupakan seorang formulator, pengkaji holistik, penulis nutrisi dan ranger kesihatan.
“Saya pernah mendapat penghormatan tertinggi di atas kejayaan menemui pengekstrakan air ke atas kulat sewaktu dihantar ke Pusat Penyelidikan Moari, New Zealand. Penyelidikan saya banyak bertumpu pada kajian holistik di persekitaran hutan, ekologi tumbuh-tumbuhan, spesis-spesis hutan hujan, mengubah fungsi tumbuhan-tumbuhan menjadi alternatif untuk bahan-bahan kimia. Saya juga pernah bertugas sebagai perunding untuk sebuah syarikat yang berpangkalan di Australia melakukan kajian di Hutan Garbon, Ghana, PNG, Indonesia, Sabah, New Zealand dan Kepulauan Solomon selama lapan tahun.
Buku hasil cetusan idea saya ini secara ringkasnya memberi kita kefahaman dan cara-cara berhubung dengan dalaman diri ke arah penerimaan dan pemahaman mengenai kaedah-kaedah penyembuhan semula jadi dan gaya hidup sihat.
Sering kali saya diajukan dengan soalan-soalan dan isu yang sama oleh para pelanggan dan pesakit-pesakit saya. Maka, buku ini sebagai rekod penulisan resipi-resipi hasil penemuan saya dan beberapa peristiwa benar yang pernah saya alami, supaya dapat dikongsi bersama dan terus diikuti dan diamalkan oleh genarasi masa kini. Ia memberi satu pemahaman yang besar tentang perubatan holistik dan manfaat-manfaat fizikal yang dapat diperolehi daripadanya.
Kebanyakan masalah kesihatan bukan berpunca daripada faktor genetik mahupun kuman, tetapi sebenarnya gaya pemakanan manusia sendiri yang kaya dengan produk-produk berawet, berpaket yang biasanya produk-produk tiruan.
Minat saya dalam bidang sains, biologi tumbuh-tumbuhan, khususnya bermula dari dahulu. Hampir separuh daripada hidup, saya habiskan di dalam hutan, membuat kajian, mendekati alam semula jadi, jauh dari kesibukan kota metropolitan bersama teman-teman sepasukan.
Dalam beberapa kes, kami menemui kampung terpencil yang letaknya jauh di tengah-tengah hutan yang masih tidak mempunyai tandas! Setiap rumah yang ditemui di situ, didirikan di atas sungai di mana segala kotoran dan bahan buangan tubuh disalurkan terus ke dalam sungai tersebut. Yang mengejutkan, mereka juga menggunakan air dari sumber yang sama untuk minum, memasak dan mandi! Memang memualkan apabila menyaksikan perkara seumpama ini di hadapan mata.
Kami benar-benar terperanjat, walaupun mereka menggunakan sumber air yang dianggap sudah tercemar itu untuk kegunaan harian, mereka tetap sihat berbanding kita yang hidup di bandar-bandar besar ini, yang kebanyakannya menggunakan air yang disuling dan ditapis! Anehnya, kita tetap jatuh sakit. Ini cukup membuktikan bahawa seseorang masih mampu meneruskan hidup dengan hanya dikelilingi alam semula jadi. Bagi saya, sehingga ke hari ini penyelidikan saya dalam perubatan holistik masih tiada titik noktahnya. Antara pengajaran yang saya perolehi dari pencarian ini adalah, sains mestilah dipraktikkan dengan penuh teliti dan tepat.
Saya percaya pada keajaiban. Saya sudah melihat banyak keajaiban berlaku di dalam makmal saya, malah di mana-mana sahaja. Apa sahaja yang kita amalkan, pastikan kita tahu dan faham bahawa sebatian antioksida memainkan peranan utama di dalam tubuh badan kita.
Antioksida ialah vitamin dan mineral yang diperolehi di dalam makanan dan tumbuh-tumbuhan dan ada juga yang dihasilkan oleh tubuh manusia. Antioksida amat penting untuk kesihatan yang optimum.
Setiap hari melalui kajian, kami belajar sesuatu yang baru yang memberi kesan kepada kesihatan dan kehidupan seharian manusia. Inilah cara saya berkongsi dengan semua tentang keajaiban yang kami sendiri saksikan daripada beribu-ribu kajian yang telah dijalankan dan disahkan.
Sesungguhnya, antioksida boleh membantu mencegah pelbagai jenis penyakit dan bukan sahaja mampu meningkatkan kualiti kehidupan tetapi besar kemungkinan dapat memanjangkan jangka hayat seseorang mahupun sesuatu produk. Inilah harapan saya agar segala informasi dapat membantu para pembaca hidup lebih lama, lebih sihat dan gembira.
Selama menghabiskan masa di dalam hutan yang tebal, pelbagai peristiwa dilalui seperti kekurangan bekalan makanan, kehabisan air bersih hingga kami tiada pilihan selain minum dari kolam yang kotor. Beberapa penemuan baru mengenai fungsi antioksida juga ditemui di sini. Kami menjangkakan ratusan binatang liar yang minum air keruh dan tercemar di dalam hutan itu akan mati tetapi ternyata jangkaan kami silap. Malah, binatang-binatang itu tetap sihat, berlari ke sana sini dengan penuh bertenaga. Tetapi kita? Manusia yang dikatakan hidup bertamadun, minum air yang ditapis dengan pelbagai cara tetapi di kemudian hari, manusia ini tetap sakit, malah ada yang bertarung nyawa untuk terus hidup. Saya percaya kita sudah lari jauh dan terasing dari alam semula jadi.
Semua bayi dilahirkan sihat dengan darah yang bersih, kulit yang halus mulus dan mata yang cerah. Kalaupun seseorang kanak-kanak kecil terbakar kulitnya, tidak mengapa, kerana kulit barunya akan cepat terbina.
Semasa kami membuat penyelidikan jauh di dalam hutan, kami hanya bergantung pada apa yang ada di hadapan kami, tidak perlu bersusah payah menyesakkan fikiran memikirkan tentang kekurangan wang untuk membeli syampu, sabun mahupun ikan untuk dimakan kerana semuanya ada di situ. Hanya perlu memetik, dan proses seadanya sebelum digunakan. Dengan cara itu kami tahu menghargai alam sekitar.
Katalah saya beritahu yang anda tidak memerlukan pil untuk memastikan jantung ada kekal sihat, daya ingatan yang kuat, tubuh badan yang kekal bertenaga sehinggalah umur anda mencecah 70-an, 80-an atau lebih dari itu. Katakan saya beritahu yang anda tidak memerlukan sebarang pil mencegah kanser, pil untuk memanjangkan jangka hayat, pil bagi mengekalkan kecantikan kulit tanpa sebarang kedutan wajah, anda tidak memerlukan sodium lauryl sulfate atau sodium chloride untuk mencuci rambut dan badan, apakah anda fikir yang saya hanya bermimpi dan terus berharap? Seorang futuris yang pelik yang hanya mengimpikan sesuatu yang belum pasti? Sesungguhnya, TIDAK sama sekali.
Tanyalah pada diri, sejauh mana kita kenal diri kita sendiri? Pernahkah anda mendengar kata tubuh anda? Pada ketika kita sedang menikmati sepinggan hidangan yang masih penuh, apakah kita akan berhenti makan serta-merta apabila perut memberi isyarat CUKUP!? Atau kita mengabaikannya dan terus menghabiskan hidangan tersebut? Saya pasti, kebanyakan daripada kita akan terus makan tanpa mem-pedulikan isyarat perut sendiri!
Bertahun-tahun membuat kajian dalam bidang kesihatan alternatif, saya dapati penyumbang utama kebanyakan penyakit adalah sisa-sisa berasid. Sampah ini datangnya daripada produk makanan yang kita makan. Di mana-mana bahagian tubuh bahan buangan ini berkumpul, ia akan menyebabkan kerosakan dan kemerosotan fungsi organ terdekat. Semuanya itu akan menyempitkan salur pencernaan dan mengakibatkan kekurangan asid dan alkali diet seimbang.
Kerana itu, adalah amat penting kita menjaga corak pemakanan di samping menjadi lebih sensitif, mendengar kata tubuh sendiri untuk hidup yang lebih baik dan berkualiti.”
Syukur
alhamdulillah .... untuk sekian kalinya, kami nak mempernalkan Organic
World by Dr. Jasmeen yang sememangnya berpengalaman luas di di dalam
kajian beliau terhadap unsur-unsur organic. Dr. Yasmeen juga ada
mengeluarkan produk-produk beliau sendiri hasil kajian yang telah
dijalankan oleh beliau dan sememangnya memberikan impak yang cukup baik
kepada kesihatan kita,
Pilihan
sentiasa berada di tangan kita, sama untuk mencegah sebelum terlambat
atau merawat setelah penyakit sudah pun berada pada tubuh badan kita.
Tiada yang mustahil dan sesungguhnya adalah di atas izin Allah.
Produk
kesihatan organic yang dihasilkan semestinya berbeza dan produk yang
berada di pasaran ini adalah kerana produk yang organik ini bebas
daripada bahan-bahan kimia terutamanya untuk sesuatu produk itu bertahan
lama (jangka hayat produk).
Jom kita lihat profil Dr. Yasmeen ....
Pemegang Ph.D dalam bidang Sains Biologi, New Zealand dan merupakan seorang formulator, pengkaji holistik, penulis nutrisi dan ranger kesihatan.
“Saya pernah mendapat penghormatan tertinggi di atas kejayaan menemui pengekstrakan air ke atas kulat sewaktu dihantar ke Pusat Penyelidikan Moari, New Zealand. Penyelidikan saya banyak bertumpu pada kajian holistik di persekitaran hutan, ekologi tumbuh-tumbuhan, spesis-spesis hutan hujan, mengubah fungsi tumbuhan-tumbuhan menjadi alternatif untuk bahan-bahan kimia. Saya juga pernah bertugas sebagai perunding untuk sebuah syarikat yang berpangkalan di Australia melakukan kajian di Hutan Garbon, Ghana, PNG, Indonesia, Sabah, New Zealand dan Kepulauan Solomon selama lapan tahun.
Buku hasil cetusan idea saya ini secara ringkasnya memberi kita kefahaman dan cara-cara berhubung dengan dalaman diri ke arah penerimaan dan pemahaman mengenai kaedah-kaedah penyembuhan semula jadi dan gaya hidup sihat.
Sering kali saya diajukan dengan soalan-soalan dan isu yang sama oleh para pelanggan dan pesakit-pesakit saya. Maka, buku ini sebagai rekod penulisan resipi-resipi hasil penemuan saya dan beberapa peristiwa benar yang pernah saya alami, supaya dapat dikongsi bersama dan terus diikuti dan diamalkan oleh genarasi masa kini. Ia memberi satu pemahaman yang besar tentang perubatan holistik dan manfaat-manfaat fizikal yang dapat diperolehi daripadanya.
Kebanyakan masalah kesihatan bukan berpunca daripada faktor genetik mahupun kuman, tetapi sebenarnya gaya pemakanan manusia sendiri yang kaya dengan produk-produk berawet, berpaket yang biasanya produk-produk tiruan.
Minat saya dalam bidang sains, biologi tumbuh-tumbuhan, khususnya bermula dari dahulu. Hampir separuh daripada hidup, saya habiskan di dalam hutan, membuat kajian, mendekati alam semula jadi, jauh dari kesibukan kota metropolitan bersama teman-teman sepasukan.
Dalam beberapa kes, kami menemui kampung terpencil yang letaknya jauh di tengah-tengah hutan yang masih tidak mempunyai tandas! Setiap rumah yang ditemui di situ, didirikan di atas sungai di mana segala kotoran dan bahan buangan tubuh disalurkan terus ke dalam sungai tersebut. Yang mengejutkan, mereka juga menggunakan air dari sumber yang sama untuk minum, memasak dan mandi! Memang memualkan apabila menyaksikan perkara seumpama ini di hadapan mata.
Kami benar-benar terperanjat, walaupun mereka menggunakan sumber air yang dianggap sudah tercemar itu untuk kegunaan harian, mereka tetap sihat berbanding kita yang hidup di bandar-bandar besar ini, yang kebanyakannya menggunakan air yang disuling dan ditapis! Anehnya, kita tetap jatuh sakit. Ini cukup membuktikan bahawa seseorang masih mampu meneruskan hidup dengan hanya dikelilingi alam semula jadi. Bagi saya, sehingga ke hari ini penyelidikan saya dalam perubatan holistik masih tiada titik noktahnya. Antara pengajaran yang saya perolehi dari pencarian ini adalah, sains mestilah dipraktikkan dengan penuh teliti dan tepat.
Saya percaya pada keajaiban. Saya sudah melihat banyak keajaiban berlaku di dalam makmal saya, malah di mana-mana sahaja. Apa sahaja yang kita amalkan, pastikan kita tahu dan faham bahawa sebatian antioksida memainkan peranan utama di dalam tubuh badan kita.
Antioksida ialah vitamin dan mineral yang diperolehi di dalam makanan dan tumbuh-tumbuhan dan ada juga yang dihasilkan oleh tubuh manusia. Antioksida amat penting untuk kesihatan yang optimum.
Setiap hari melalui kajian, kami belajar sesuatu yang baru yang memberi kesan kepada kesihatan dan kehidupan seharian manusia. Inilah cara saya berkongsi dengan semua tentang keajaiban yang kami sendiri saksikan daripada beribu-ribu kajian yang telah dijalankan dan disahkan.
Sesungguhnya, antioksida boleh membantu mencegah pelbagai jenis penyakit dan bukan sahaja mampu meningkatkan kualiti kehidupan tetapi besar kemungkinan dapat memanjangkan jangka hayat seseorang mahupun sesuatu produk. Inilah harapan saya agar segala informasi dapat membantu para pembaca hidup lebih lama, lebih sihat dan gembira.
Selama menghabiskan masa di dalam hutan yang tebal, pelbagai peristiwa dilalui seperti kekurangan bekalan makanan, kehabisan air bersih hingga kami tiada pilihan selain minum dari kolam yang kotor. Beberapa penemuan baru mengenai fungsi antioksida juga ditemui di sini. Kami menjangkakan ratusan binatang liar yang minum air keruh dan tercemar di dalam hutan itu akan mati tetapi ternyata jangkaan kami silap. Malah, binatang-binatang itu tetap sihat, berlari ke sana sini dengan penuh bertenaga. Tetapi kita? Manusia yang dikatakan hidup bertamadun, minum air yang ditapis dengan pelbagai cara tetapi di kemudian hari, manusia ini tetap sakit, malah ada yang bertarung nyawa untuk terus hidup. Saya percaya kita sudah lari jauh dan terasing dari alam semula jadi.
Semua bayi dilahirkan sihat dengan darah yang bersih, kulit yang halus mulus dan mata yang cerah. Kalaupun seseorang kanak-kanak kecil terbakar kulitnya, tidak mengapa, kerana kulit barunya akan cepat terbina.
Semasa kami membuat penyelidikan jauh di dalam hutan, kami hanya bergantung pada apa yang ada di hadapan kami, tidak perlu bersusah payah menyesakkan fikiran memikirkan tentang kekurangan wang untuk membeli syampu, sabun mahupun ikan untuk dimakan kerana semuanya ada di situ. Hanya perlu memetik, dan proses seadanya sebelum digunakan. Dengan cara itu kami tahu menghargai alam sekitar.
Katalah saya beritahu yang anda tidak memerlukan pil untuk memastikan jantung ada kekal sihat, daya ingatan yang kuat, tubuh badan yang kekal bertenaga sehinggalah umur anda mencecah 70-an, 80-an atau lebih dari itu. Katakan saya beritahu yang anda tidak memerlukan sebarang pil mencegah kanser, pil untuk memanjangkan jangka hayat, pil bagi mengekalkan kecantikan kulit tanpa sebarang kedutan wajah, anda tidak memerlukan sodium lauryl sulfate atau sodium chloride untuk mencuci rambut dan badan, apakah anda fikir yang saya hanya bermimpi dan terus berharap? Seorang futuris yang pelik yang hanya mengimpikan sesuatu yang belum pasti? Sesungguhnya, TIDAK sama sekali.
Tanyalah pada diri, sejauh mana kita kenal diri kita sendiri? Pernahkah anda mendengar kata tubuh anda? Pada ketika kita sedang menikmati sepinggan hidangan yang masih penuh, apakah kita akan berhenti makan serta-merta apabila perut memberi isyarat CUKUP!? Atau kita mengabaikannya dan terus menghabiskan hidangan tersebut? Saya pasti, kebanyakan daripada kita akan terus makan tanpa mem-pedulikan isyarat perut sendiri!
Bertahun-tahun membuat kajian dalam bidang kesihatan alternatif, saya dapati penyumbang utama kebanyakan penyakit adalah sisa-sisa berasid. Sampah ini datangnya daripada produk makanan yang kita makan. Di mana-mana bahagian tubuh bahan buangan ini berkumpul, ia akan menyebabkan kerosakan dan kemerosotan fungsi organ terdekat. Semuanya itu akan menyempitkan salur pencernaan dan mengakibatkan kekurangan asid dan alkali diet seimbang.
Kerana itu, adalah amat penting kita menjaga corak pemakanan di samping menjadi lebih sensitif, mendengar kata tubuh sendiri untuk hidup yang lebih baik dan berkualiti.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......