Jumaat, 21 Ogos 2015

AlHhAmDuLiLlAh ... OrDeR SeMaKiN BaNyAk ...

Salam Sayang Semua.... 

Very short entry kali ni. 

Kami just nak share, kami bersyukur sangat, sambutan Kek Buah Kukus dan Talam semakin banyak orderan daripada kengkawan. Terima ksih sambutan dan kepercayaan yang telah diberikan. Kami juga sedang sibuk menambah ejen dropship kami. 

Kalau ada order, buat pembayaran dan delivery akan dibuat. Sudah tentu harga ajen lebih murah dari harga retail kami. Mudah kan ....kalau berminat PM kami yer di 016 7780286, 

Ada juga kengkawan yang sibuk bertanya, bila nak buat balik Nasi Arab Imani Licious, jawapan kami ialah, insyallah akan dilaksanakan tetapi bukan sekarang. sebab nak fokus kepada Kek Buah Kukus dan Talam dahulu. 

Lagi pun, masak Nasi Arab Imani Licios ni mengambil ruang yang besar dan bersepah sikit rumah. Kami tunggu rezeki lebih sedikit untuk di pasang bumbang belakang rumah tu, Operasi akan berjalan .... sedikit masa lagi. Doakan kami yerk semoga berjalan lancar. 

Semoga kita berjaya dan kaya di didunia dan akhirat hendaknya. 











Selasa, 18 Ogos 2015

HuJuNg MiNgGu YaNg SeSaK !!!

Salam Sayang Semua …

Syukur Alhamdulillah, hari minggu yang sungguh sibuk dari hari sabtu sehingga ke Ahad, penuh dengan tempahan talam, kueh muih dan Kek Buah Kukus serta aktiviti memasak untuk berniaga di hujung minggu.

Sungguh teruja, kueh mueh dan talam semuanya menjadi dengan jaya, malah mendapat reat order lagi untuk event yang seterusnya.

Tempahan Kek Buah Kukus juga semakin mendapat tempat, kami yakin dengan kualiti Kek Buah Kukus kami yang terlajak marbelles ni sungguh sedap. Kami mengukus kek Buah ni melebihi 4 jam dengan pilihan bahan mentah yang berkualiti, sudah pasti memberikan kelebihan kepada kami.

Kek Buah kukus Imani Licious akan menjadi lebih moist, lebih tahan lama, lebih marbelles dan meletoops.

Hot Item kami seperti biasa Talam Koleh Kacang, Talam Durian dan Talam Keladi telah mendapat tempat di hati pelanggan kami. Syukur dan kami sungguh berpuas hati.

Kalau ada yang berminat, Boleh PM kami yer .... 









Selasa, 11 Ogos 2015

Biznez Begin ....

Salam Sayang Semua ...

Alhamdulillah .... semuanya perancangan dipermudahkan oleh Allah. Syukur .. Syukur ... Syukur ... 

Memang menjadi matlamat kami untuk meneruskan legacy arwah mak untuk terlibat  didalam perniagaan kueh mueh ni. Tapi sayang, masa arwah mak masih ada, tak banyak benda yang kami cedok. Tapi ini mungkin sudah suratannya. Ada hikmah dan rahmat daripada kasih sayang Allah. 

Mulai hari ini kami  akan menghantar kueh mueh kami di Gerai tempat abah kami berniaga di Kg Jawa Klang. Fokus kami more untuk profile sahaja, untuk bagi orang luar tahu dah dah ada biznez talam. So kedepan senang customer nak order. Itu target kami untuk biznez talam dan Kek Buah ... 

Memandangkan kami bekerja laki bini, so kami akan menghantar pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. Seandainya ada kelapangan, kami akan buat hari-hari. Tetapi untuk mereka yang berminat untuk buat tempahan, kami buka sepanjang masa ... 

Menu Kueh pula akan berbeza-beza mengikut kerajinan dan bahan mentah ayang available, sebab nak pergi pasar borong hanya pada sabtu ahad jer pun. 

Berikut talam durian, koci labu dan talam koleh kacang untuk di hantar ke gerai dan sempat jugak kawan2 yang selit order .... terima kasih bebanyak kerana memberi sokongan kepada Imani Licious ... 





Isnin, 10 Ogos 2015

TeStImOnI KeK BuAh KuKuS ImAnI LiCiOuS

Salam Sayang Semua ....

Syukur alhamdulillah, hari weekend penuh dengan delivery dan majlis open house yang terlajak banyak. Sambil beraya kami sempat buat delivery jugak. Tengah orang nak makan tak baik tangguhkan. Tak gitew.

Daripada tempahan Talam sehinggalah tempahan Kek Buah Kukus .... last minit order ....

Kami kat Sini nak ucapkan kepada semua pelanggan-pelanggan yang telah membeli Kek Buah Kukus Imani Licious dan talam kami ni dan harap semuanya berpuas hati. Insyaallah, kek buah kukus kami lebih moist, lebih tahan lama dan lebih sedap daripada biasa ... hasil daripada kukusan yang melebihi 4 jam ....

Apa yang menarik entry kali ini ... ada satu customer siap kasi testimoni lagi ... sangat sedap moist katanya. Sebab customer ni memang tokey buat kek. jadi bila kata-kata pujian yang keluar dari pelanggan ni ... memang melangit lah terbangnyer.... syukur alhamdulillah.

Kami di sini sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik hasil masakan kek dan talam yang terbaik, insyaallah. Seiringan dengan Moto biznez kami iaitu Letusan Rasa .... Menggamit Selera ...

Bagi mereka yang nak mengenai harga Kek Buah Kukus Imani Licious dan talam ....  KliK SiNi




Khamis, 6 Ogos 2015

SaMbUtAn KeK BuAh KuKuS ImAnI LiCiOuS

Salam Sayang Semua .... 

Alhamdulillah ... Kek Buah Kukus kami mendapat response yang baik daripada kengkawan dan saudara mara. Malah ada yang menempah sejauh Sungai Petani. Apabila kami memberikan sample kek buah, masyaallah .... macam2 response yang kami terima sama ada yang memuji dan memuja, tak kurang yang memberi komen yang negatif. Tapi kami tak ambil pusing, sebab mereka berhak untuk memberi komen, sebab mereka yang akan mengeluarkan duit akhirnya. Kekeke ..... 

Apa yang penting, kualiti bahan mentah dan ke"moist"san serta quality kek menjadi keutamaan kami. 

Malam tadi punyer cerita, dapatlah siapkan 4 bekas untuk 500gram dan 1 bekas untuk 1kg. Alhamdulillah, semuaya dah fully book. tinggal untuk delivery sahaja. Usaha dan kualiti customer service harus dipertingkatkan lagi ni. Kipidap yer Team Imani Licious. 

Masih perlu diperbaiki dari segi pengeposan Kek Buah Kukus ini, dari segi kos, kotak dan sebagainya, takut rosak pulak nanti Kek Buah Kukus ni. Huhuhu. 

Bagi yang nak tau lebih lanjut harga Kek Buah Kukus kami KliK SiNi




Rabu, 5 Ogos 2015

ReAl PiCtUrE KaTaLoG TuPpErWaRe AuGuSt 2015

Salam Sayang Semua ....

Jom layan real picture untuk katalog tupperware ... Spcial price untuk kengkawan semua :) .... PM aje kami ni .... pos pun kami buat jugak ...