Selasa, 11 Ogos 2015

Biznez Begin ....

Salam Sayang Semua ...

Alhamdulillah .... semuanya perancangan dipermudahkan oleh Allah. Syukur .. Syukur ... Syukur ... 

Memang menjadi matlamat kami untuk meneruskan legacy arwah mak untuk terlibat  didalam perniagaan kueh mueh ni. Tapi sayang, masa arwah mak masih ada, tak banyak benda yang kami cedok. Tapi ini mungkin sudah suratannya. Ada hikmah dan rahmat daripada kasih sayang Allah. 

Mulai hari ini kami  akan menghantar kueh mueh kami di Gerai tempat abah kami berniaga di Kg Jawa Klang. Fokus kami more untuk profile sahaja, untuk bagi orang luar tahu dah dah ada biznez talam. So kedepan senang customer nak order. Itu target kami untuk biznez talam dan Kek Buah ... 

Memandangkan kami bekerja laki bini, so kami akan menghantar pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. Seandainya ada kelapangan, kami akan buat hari-hari. Tetapi untuk mereka yang berminat untuk buat tempahan, kami buka sepanjang masa ... 

Menu Kueh pula akan berbeza-beza mengikut kerajinan dan bahan mentah ayang available, sebab nak pergi pasar borong hanya pada sabtu ahad jer pun. 

Berikut talam durian, koci labu dan talam koleh kacang untuk di hantar ke gerai dan sempat jugak kawan2 yang selit order .... terima kasih bebanyak kerana memberi sokongan kepada Imani Licious ... 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......