Jumaat, 30 Oktober 2015

MeNu JuAlAn HaRi Khamis & Jumaat (29 & 30 OkToBeR 2015)

Salam Sayang Semua ....

Alhamdulillah ... untuk delivery Khamis dan hari ni ami berjaya siapkan 6 jenis talam dan kueh yang marbelles dan top sale daripada Imani Licious :

* Seri Muka Keladi
* Talam Koleh Kacang
* Koci Labu Marbelles
* Talam Sri Muka Pandan
* Lompang Pelangi Marbelles
* Talam Sri Muka Sarawak
 
Untuk Talam Sri Muka Padan dan Talam Koleh Kacang pula kami mendapat tempahan daripada customer.

Kalau ada yang berminat nak buat tempahan, PM sahaja kami ... sedap dan marbelles rasanya .... 








Rabu, 28 Oktober 2015

MeNu JuAlAn HaRi RaBu (28 OkToBeR 2015)

Salam Sayang Semua ....

Alhamdulillah ... malam tadi sempat buat 3 jenis talam yang marbelles dan top sale daripada Imani Licious :

* Talam Lapis Nyonya (memang boleh di makan selapis demi selapis tau)
* Talam Koleh Kacang
* Koci Pandan Marbelles

Sambutan Talam dan koci kami memang luar biasa. Pelanggan pun dah mula siap bertanya dah untuk tempahan majlis mereka. Alhamdulillah. Rahsia kami untuk mendapatkan kualiti talam dan kueh mueh kami hanya dengan menggunakan bahan mentah yang berkualiti serta teknik masakan yang tertentu sahaja. Kalau nak belajar .. tunggu kami open klas buat talam lah yerk ...  tapi lambat lagi, kami menywsarkan next 3 years Insyaallah.

Kalau nak buat tempahan PM aje kami Ok.





Selasa, 27 Oktober 2015

MeNu JuAlAn HaRi SeLaSa (27 OkToBeR 2015)

Hai Sayangness sekalian ....

Semalam hujan lebat giler ... mak ai habis basah lencun di buatnyer. Sepanjang jalan on the way balik memang berhujan sesaja. Hampir 1 jam 15 minit atas motor meredah hujan yang sememangnyer menduga jiwa raga.

Sampai rumah parents terus tukar pakaian (Pinjam adiknyer) kain pelekat dan t-shirt, pick up anak2 dan wife dan terus shoot ke Tesco. Selamba jerk berpelekat janji barang untuk buat talam dapat beli. Lepas tu shoot ke kedai plastik pulak untuk beli container plastik dan bekas acuan kueh kaswi . Lepas tu shoot lagi ke Mc Donald, kami borong 4 set Double Cheeseburger sebab anak2 dah menroyan lapar. Kesian ...... Alih2 sampai rumah pukul 9.30 malam ....

Sampai rumah jerk ... terus shoot buat Talam Sri Muka Pulut Hitam dan Koci Labu sambil shoot mengajar anak membaca sambil dibantu my Sayang.... Huhu, mencabar sungguh semalam ... at last kami berjaya siapkan kueh mueh dengan jayanya dengan Talam Seri Muka Pulut HItam pun cantik berseri2 ... Puas hati tau ....

Berikut selingan picture kueh mueh yang siap ....




Isnin, 26 Oktober 2015

UpDaTe TeMpAhAn DaN DaPaT GuD NeWs ....

Salam Sayang Semua ...

Lately sibuk dengan kerja hakiki yang banyak di office ni, tu yang tak sempat nak update blog. Ada meeting di pejabat Insolvensi lah, proposal lah dan banyak lagi. Tetapi minat untuk berniaga dan membuat aneka talam ni memang tak boleh ditinggalkan. Dah sebati dalam jiwa raga. kami.  Aura arwah mak sentiasa menjadi sumber inspirasi ...  Baru kini ku mengerti bukan mudah untuk buat kueh mueh ni semuanya memerlukan perancangan dan sokongan daripada orang2 tersayang. Barulah kueh mueh menjadi dengan santeknyer. Luv U Mak ....

Kesempatan ni kami nak update tempahan daripada customer kami untuk Congo Bar. Ada yang repeat order dan ada juga pelanggan baru. Kalau dah ada repeat order, maksudnyer memang sedaplah kan. Syukur dipermudahkan sambil mendapat bantuan orang rumah dan anak2 walaupun anak2 ni memang buat kami menjerit dan terpekik kat dapur. Tetapi mereka lah penghibur dalam suka dan senang.

Sabtu lepas dapat jugak siapkan tempahan 5 set Congo Bar dan cuma 1 sahaja ada special topping sebab pelanggan nak letak topping cokelat. Memang terbaik. Sedap dap dap tau. Korang memang kena cuba... Tapi untuk version ni harga kami charge lebih sikitlah .... but still masih murah di dalam pasaran hokey. Mana nak dapat kan .. hanya di Imani Licious jerk ....

Terima kasih kepada Kak Zabidah dan Norsinah order Congo Bar kami yang simple tapi sedap dan terbaik.

Rabu lepas dapat panggilan daripada sepupu, sebab dia dapat tau ada orang nak cari pembuat kueh untuk letak kueh secara harian Restoran Asam Pedas, Bandar Sultan Sulaiman di Pelabohan Klang. Kami ape lagi memang nak lah sebab ni lah peluang untuk kami buat marketing. Yang penting kena buat hari2. Baru lah kesedapan talam kami akan meniti dari bibir ke bibir penggemar talam kan.

So untuk hari pertama kami sediakan 3 jenis yang siap di packing sebanyak 4 ketul dalamnyer. Kami sediakan Bingka Pandan, Talam Sri muka dan Koci Pulut Hitam. Jadi, setiap hari akan berlainan kueh dan talam yang akan kami sediakan....

Sabtu lepas jugak dapat jugak tempahan last minit kueh Koci Pulut Hitam bersantan kami. Untuk delivery ke Meru. Alhamdulillah kami berjaya laksanakan selagi bahan mentah cukup memang kami pulun .. kekeke ....

Di samping tu jugak dah dapat tempahan untuk Majlis Berkhatan di Sungai Buloh pada November nanti ... Syukur alhamdulillah ... tempahan daripada sahabat lama ketika belajar di UUM. Harap kami dapat menyediakan talam yang pling best di muka bumi ini ... kekeke .....

Entry kali ni, kami selitkan jugak gambar aneka kueh mueh, nasi lemak, aneka sup yang kami jual di Pasar Minggu di Jalan Uganda Klang. Tapi aneka kueh mueh ni hanya availble pada har sabtu dan ahad sahaja. Family biznez. Kami hanya membantu memasak nasi lemak sahaja ... yang lain adik beradi dan pembantu tukang masak yang buat.



Oklah ... kami nak sambung buat Talam pulak .... Luv u All Sayangness sekalian ....











Sabtu, 17 Oktober 2015

LeMoN Oh LeMoN ....




Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi.

Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu

Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.

Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati

Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?

Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Lain-Lain Keistimewaan Lemon:

Menghilangkan acne

Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar

Caranya:

Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa

Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)

Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.

Menghilangkan rasa takut dan cemas

Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.

Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?

Caranya:

Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.

Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE)

Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni

Caranya:

Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Bye-bye demam

Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.

Caranya:

Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.

Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!

Selesema dan Sakit Tekak

Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak

Caranya:

Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.

Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan

Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)

Caranya:

Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan.
Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema

Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit

Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi

Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari

Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.

Merawat Keletihan

Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.

Caranya:

Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam

Hypertension

Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.

Caranya:

Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah

Melegakan sengatan serangga berbisa

Caranya:

Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu

Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi

Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil

Menidurkan Insomnia

Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.

Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan

Menyelamatkan perut

Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!

Caranya:

Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart

Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.

Menghilangkan kesakitan

Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari

Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil

Menghilangkan nafas berbau!

Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.

Caranya:

Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam

Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.

Jumaat, 16 Oktober 2015

ReJeKi HaRi JuMaAt

Salam Sayang .....

Hari Jumaat yang barakah ... Penghulu segala hari .... alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan untuk hidup dan berkesempatan untuk bertaubat. Memperbaiki diri kerana kita bukanlah sempurna. Seringkali melakukan kesilapan samada sedar atau pun tidak.



Hari ini sempat buat Kueh Koci Labu Kelapa bersantan untuk kengkawan di office ... kebetulan lebihan labu dalam peti ais tu. Kalau dibiarkan nanti, busuk membonyor pulak. Baik dibuat kueh .. ada jugak manfaat. Alhamdulillah ... dapat kengkawan di office, babysitter dan abah merasa Koci marbelles Imani Licious ni ...


Kami pun dapat rasa juga. Sebab biasanya, kalau ada tempahan talam atau kueh mueh yang lain memang kami tak rasa talam dan kueh mueh tu, ntahlah memang tak berselera. Ni memang niat nak memberi ... teringin pulak nak makan .... Alhamdulillah ... sedap ...

Untuk Tempahan jangan lupe layari Page barikut :

KeK BuAh KuKuS ImAnI LiCiOuS
CoNgO BaR ImAnI LiCiOuS
AnEkA TaLaM ImAnI LiCiOuS 
TuPpErWaRe ImAnI LiCiOuS

Sekian.

Khamis, 15 Oktober 2015

BiNgKiSaN TeMpAhAn MaAl HiJrAh

Salam Sayang Semua ....

Ape habaq semua ... Salam Sayang ...

Alhamdulillah ... cuti Maal Hijrah ni memang nak kami tak berjalan keluar .. just memenuhi tempahan dan menghadiri Majlis Aqiqah dan Berendoi sepupu ... Lagi pun save money kan ... semuanya makan free kekeke ...

Untuk Majlis Aqiqah ni kami telah mnerima tempahan talam dan kueh koci bersatan untuk memeriahkan majlis Aqiqah dan Berendoi di Johan Setia. tempahan majlis seperti berikut :

*Talam Lapis Pelangi
*Talam Sri Muka
*Talam Koleh Kacang
*Koci Pulut Hitam Bersantan

Kami happy sangat sebab feedback yang diberikan daripada Tuan punyer majlis dan tetamu yang hadir cukup memuji kesedapan kueh talam dan koci hasil tangan kami ni .... Syukur .... Di masak dengan penuh kasih sayang lah katakan .... kekeke ...

Untuk Tempahan jangan lupe layari Page barikut :

KeK BuAh KuKuS ImAnI LiCiOuS
CoNgO BaR ImAnI LiCiOuS
AnEkA TaLaM ImAnI LiCiOuS 
TuPpErWaRe ImAnI LiCiOuS













Selasa, 13 Oktober 2015

BiNgKiSaN TeMpAhAn SeKiTaR WeEkEnD YaNg LePaS



Salam Sayang Semua ....

Alhamdulillah ... Sabtu lepas dapat tempahan last minute daripada Hakak Fariza (Herbalife) yang sentiasa support Imani Licious ... Dimaklumkan, tempahan kali ni untuk Majlis Bacaan Yassin untuk Group Wanita Kak Fariza ... Harap mereka berpuas hati dengan Hidangan Talam dan Kueh Mueh kami ni ... Syukur Alhamdulillah ...

Tempahan beliau seperti berikut :

*Karipap
*Kueh Badak
*Koci Pulut Hitam
*Koci Labu
*Talam Tokio
*Talam Koleh Kacang
*Talam Lapis Pelangi
*Congo Bar

Jadi kepada mereka yang berminat nak buat tempahan Aneka Talam, Congo Bar dan Kek Buah Kukus boleh Whatssup  kami yer. Kami sentiasa menjual dengan harga mampu milik dan lebih rendah daripada harga pasaran ... Insyaallah ...

Untuk Tempahan jangan lupe layari Page barikut :

KeK BuAh KuKuS ImAnI LiCiOuS
CoNgO BaR ImAnI LiCiOuS
AnEkA TaLaM ImAnI LiCiOuS 
TuPpErWaRe ImAnI LiCiOuS











Isnin, 12 Oktober 2015

MiNi PaCkAgInG ReD VeLvEt CoOkIeS ImAnI LiCiOuS

Salam Sayang Semua  .... 

Alhamdulillah ... kini kami dah lancarkan Mini Packaging Red Velvet Cookies, so senang lah kalau ada kengkawan nak rasa Red Velvet Cookies kami ni dengan harga yang lebih murah dan berpatutan. 

Mini packaging ni senang nak buat kudap kudap samada di office, di rumah atau di mana saja. So harga dah tentulah lebih murah .... Untuk 50gram Red Velvet Cookies ni kami jual dengan harga Rm4.50. 

Bagi yang berminat, boleh lah PM kami ... insyaallah sedap dan meletoops ... 




Rabu, 7 Oktober 2015

ReD VeLvEt ChOc ChIp CoOkIeS ImAnI LiCiOiS

Salam Sayang Semua ...

Hari ni penuh dengan pengumuman nampkanyer daripada Imani Licious .... Setelah beberapa produk Imani Licious seperti  Kek Kukus dan Congo Bar serta Aneka Talam yang mendapat sambutan daripada pelanggan kami. Maka dengan ini Kami akan mula lancarkan 2 jenis cookies iaitu Red Velvet Choc Chip Cookies dan Black Choc Chips Cookies tidak lama lagi ... Insyaallah akan mula di buka tempahan pada  minggu hadapan ....

Cookies kami ni tidak mengira musim dan sentiasa ada .. untuk memudahkan .... pelanggan-pelanggan boleh lah membuah tempahan awal ... Ini adalah kerana kami lebih memfokuskan kepada get personal dgn pelanggan kami ...

Untuk permulaan, kami akan mulakan dengan Red Velvet Choc Chip Cookies dengan Variasi 2 jenis packaging iaitu 150 gram dan 250 gram.

Dengan Slogan kami Simple ... Tasty .... Delicious ... pasti anda akan berpuas hati ....



ImAnI LiCiOuS KeMbAlI BeRsIaRaN

Salam Sayang Semua ... 

Syukur Alhamadulillah .... kini Imani Licious kembali bersiaran ... bukan ada masalah besar pun cuma HP kami ni ada problem sebab bila charger Hp tu dah meletop memang berkaitlah dengan HP kami ni ... Habis motherboard dan charger ni rosak. Nak nangis pun ada sebab tak sampai 1 tahun pun guna HP Note 4 ni... Maunya tak meroyan kan .... 

Kami bukan takda boradband tetapi sebab bila ada Hp Note 4 ni ... semuanya di hujung jari dam mobile ke mana sahaja. Hatta nak edit picture pun guna HP. Broadband ni waktu malam2 kami nak cari info dan layan video barulah kami guna broadband. 

Tetapi segalanya kembali tenang sebab tempoh warranty HP yang tinggal 1 bulan lagi digunakan sebaik mungkin. Alhamdulillah .... Kalau tak memang meroyan sebulan lah gamaknyer. Jadi Motherboard dan bateri pun di tukar baru . Hoyeah hoyeah hoyeah ..... 

Itulah kisahnya ... tak tau lah macam mana boleh meletoops charger tu. Sebab charger hanya ada warranty 6 bulan sahaja ... so tak dapatlah nak tukar.... 

Tetapi kami bersyukur sangat sebab semua dah selesai ... Alhamdulillah ...