Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahailallah, Allahuakhbar!
Sungguh Maha Pengasihi dan Maha Penyayang Allah,
Sebesar-besar kegembiraan bagi diri ini ketika ini,
Dengan izinya dapat kita bersama kembali dalam tautan hati yang sama-sama berhajatkan hidayah dan keredhaan Allah.
Suatu petang yang kian pantas bergerak ke hujung Ramadhan...
Seorang
ibu separuh usia duduk menjahit pakaian bersama lima anak gadis
remajanya. Mereka tekun membaca pelbagai judul buku mengikut pilihan
masing-masing dan telah dipastikan bermanfaat oleh si ayah. Gadis yang
bongsu berumur sekitar 11 tahun bertanya, " Semua yang ibu jahit ini
baju raya untuk kami kah ibu?" "Yang warna biru muda ini, tentu untuk
Cik kan ibu?" tangan lembut gadis manja berumur 12 tahun sambil menarik
sehelai baju bercorak bunga-bunga kecil dari sisi ibunya.
"Angah
punya tentu yang ungu ni,"gadis manis yang paling pendiam pun dengan
pantas menunjukkan sehelai baju tergantung kepada gadis paling sulung.
Masing-masing berebut membelek baju yang sedang ibu mereka siapkan.
"Sabar dulu semua anak-anak ibu..., memang semua baju ini untuk kamu.
Tapi dengan satu syarat!", Si ibu merenung kelima-lima anak gadisnya
dengan lembut.
"Syarat apa pula ibu? Kan selalunya. kami
rajin berpuasa, ibu beri kami peluang untuk memilih baju mengikut corak
yang kami sukai..." Anak gadis ketiga memberanikan diri membela hak
adik-beradiknya. "Alhamdulillah, anak-anak ibu memang baik, taat kepada
Allah. Cuma ibu ingin kita pastikan kita semua menyempurnakan puasa
seperti yang Allah kehendaki. Nanti di akhirat pun kita boleh peroleh
ganjaran. Tidaklah hanya gembira di dunia saja." Si ibu menerangkan niat
sucinya.
"Oo gitu..." kelima-lima gadis solehah manjawab
serentak. "Semalam ada ayah beritahu kami macam mana sepatutnya puasa
yang sebaik-baiknya." gadis ketiga cuba memulakan penjelasan.
"Boleh
semua sama-sama jelaskan pada ibu, apa yang telah ayah beritahu?" Si
ibu cuba menduga ketajaman fikiran dan ingatan anak-anak kesayangannya.
Setiap seorang daripada anak-anak gadis solehah tersebut menjelaskan semula apa yang ayah mereka terangkan...
Anak
pertama: :"Hati seorang mukmin mestilah puasa dari rasa sombong dan
ujub. Juga berpuasa dari segi iri hati dan dengki. Semua amal kita
musnah jika dalam hati terdapat sifat hasad dengki. Rasulullah SAW
pernah memberitahu perihal seorang sahabatnya yang tergolong menjadi
penghuni syurga. Apabila ditanya tentang amalanya, dia menjawab, "Saya
tidak tidur jika dalam hati ada rasa dengki, iri hati dan khianat. Iri
hati dan dengkiakan menghalang kita masuk syurga."
Anak
kedua:"Lidah juga mesti berpuasa! Puasa lidah adalah dengan terdiamnya
lidah dari berbohong, dusta, mencela, mengumpat, dan menyebar fitnah.
Juga memperkatakan perkara-perkara yang tidak baik di dengar. Kita mesti
ingat lidah boleh menghantar kita ke syurga jika digunakan untuk
zikrullah. Sebaliknya jika lidah digunakan untuk menyebut perkara yang
dimurkai Allah, ia akan menjuruskan kita ke neraka. Nauzubillah!"
Anak
ketiga: "Mata juga mesti berpuasa. Malahan mesti sentiasa tunduk dan
dipalingkandari melihat perkara dilarang Allah. Apabila pandangan
dijaga, hati akan gundah gulana. Pernah yang tidak seorang alim berkata,
"Aku pernah terlihat perkara yang dilarang, al-Quran yang telah aku
hafaz selama 40 tahunhilang dari ingatan...Ingatlah! jika mata dibiarkan
sebebasnya ia akan membawa hati kepada kehancuran!"
Anak
keempat: "Telinga orang mukmim juga ikut berpuasa. Telinga orang yang
berpuasa mesti dijauhkan daripada mendengar perkataan-perkataan jahat
dan keji. Telinga mesti digunakan untuk mendengar ucapan yang baik dan
nasihat berguna."
Anak kelima: "Sememangnya sewaktu
berpuasa perut menahan lapar hingga waktu berbuka. Apabila berbuka,
perut hendaklah diisi secara sederhana dan tidak berlebihan. Makanan
yang mengisi perut mestilah halal. Begitulah hakikatnya berpuasa yang
Allah kehendaki. Tidak ada yang lebih mengetahui sama ada kita
betul-betul berpuasa atau sebaliknya."
"Alhamdulillah...
anak-anak ibu sudah ciri-ciri puasa yang Allah tuntut. Itu lebih indaj
daripada baju cantik yang ibu jahit ini. Apabila ibadah puasa kita
sempurnakan dengan sebaik-baiknya, takwa akan memenuhi hati kita. Takwa
itulah sebenarnya pakaian cantik untuk orang beriman. Kejayaan sepanjang
berpuasa itulah yang akan mengindahkan Syawal yang dinanti-nantikan."
Si ibu mengakhiri sambil mengusap lembut kepala anak gadisnya yang
bongsu.
Sumber : http://ummu-anas.blogspot.com/2009/09/puasa-yang-indah.html
Sumber : http://ummu-anas.blogspot.com/2009/09/puasa-yang-indah.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......