Ahad, 27 Julai 2014

2 SyAwaL DaTaNg LaGi


Salam Ramdhan Ed Mubarak….

Sedar dalam tidak sedar kita sudah hampir kepada kemuncak bulan Ramadhan … selang sehari sahaja lagi kita akan menyambut Bulan Syawal, bulan kemenagan bagi mereka yang benar-benar berjuang untuk mendapat keredhaan daripada Allah … Maka rugi lah kepada mere yang tidak merebut peluang pada Bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1000 bulan ini … Allahuakhbar ... begitu besar ruang da peuang yang Allah telah berikan kepada kita. Namun namun masih banyak yang diri yang lemah ini untuk memberbaiki kerana sesungguhnya akulah pendosa …

Bila menjelang bulan Syawal ini, emosi sedikit tidak dapat terkawal dek terkenang Arwah bonda tersayang yang telah pergi kepada 2 Syawal (2013) pada tahun lepas dan sesungguhnyer diri ini merintih dalam sepi dan tawa … meratapi yang insan yang begitu besar dan agung dalam hidup ini. Diri ini terima segala perancangan yang Allah telah tetapkan dan sesungguhnya Allahlah sebaik baik perancang. Bukan nya diri ini tidak redha, bukan nya diri ini tidak tabah. Tetapi diri ini tidak ingin melupakan dan melepaskan segala kenangan.Ya … kenangan yang terindah …

Hanya doa dan sedekah jariah yang mampu diri ini titipkan untuk arwah bonda sebagai bekalan di sana. Menjadi anak yang sebaik mungkin … Ya, banyak yang perlu di perbaiki untuk menjadi anak yang soleh. Semoga arwah bonda tidak kecewa dengan kisah hidup anaknya masih bertebaran di bumi Allah ini.  

Hasmah binti Mohamed Karim (17/01/1963 – 09/08/2013) dalam Kenangan … Al-Fatihah ..

Salam Aidilfitri .. Maaf Zahir dan Batin ....









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......