Hari
ini saya nak berkongsi sedikit tips tentang bab “Khidmat Pelanggan”.
Ramai juga peniaga-peniaga dan usahawan yang seringkali terlepas pandang
mengenai perkara ini. Bagi mereka selepas mereka berjaya menjual
sesuatu barang kepada pelanggan, ianya selesai sampai disitu sahaja.
Sedangkan, “pelanggan yang setia” adalah seperti oksigen kepada
sesebuah perniagaan untuk memastikan ia terus hidup.
Semua orang inginkan pengalaman yang menggembirakan, termasuk juga pelanggan. Mereka mahu anda (usahawan) memberikan sedikit perhatian serta menghargai mereka. Salah satu rahsia bagaimana sesebuah perniagaan boleh menjadi kukuh dan stabil ialah dengan memastikan pelanggan mereka terus datang dan datang dan datang semula kepada mereka.
Oleh itu, saya ingin kongsikan sedikit tips berkaitan “khidmat pelanggan”, dimana anda mungkin boleh mencuba dan mengaplikasikannya untuk perniagaan anda.
Membina hubungan dengan pelanggan adalah bermakna melayan mereka dengan rasa hormat yang tinggi. Sentiasalah memberikan perkhidmatan serta produk yang terbaik kepada prospek serta pelangan anda dan mereka akan menjadi pelanggan kepada perniagaan anda untuk seumur hidup mereka.
Sumber : http://www.mohdsuhaimy.com
Semua orang inginkan pengalaman yang menggembirakan, termasuk juga pelanggan. Mereka mahu anda (usahawan) memberikan sedikit perhatian serta menghargai mereka. Salah satu rahsia bagaimana sesebuah perniagaan boleh menjadi kukuh dan stabil ialah dengan memastikan pelanggan mereka terus datang dan datang dan datang semula kepada mereka.
Oleh itu, saya ingin kongsikan sedikit tips berkaitan “khidmat pelanggan”, dimana anda mungkin boleh mencuba dan mengaplikasikannya untuk perniagaan anda.
Sentuhan Peribadi
Jika boleh, berhubunglah dengan pelanggan-pelanggan anda sehingga ke tahap peribadi (personal level). Orang selalunya akan membeli menerusi orang yang mereka kenali dan percayai. Sentiasa bersikap mesra dan “membantu” apabila ada pelanggan yang datang ke premis / website perniagaan anda. Ianya tidaklah begitu sukar, kadangkala, hanya dengan senyuman dan bertanya khabar sahaja sudah mampu memberikan pelanggan tersebut sebuah pengalaman yang mengembirakan dan menyenangkan.Tunaikan Janji
Jika anda mengatakan anda akan menghantarkan pesanan pelanggan itu pada hari esok, jadi, hantarkanlah ia esok. Tetapi jika terdapat sesuatu masalah berlaku dan anda tidak dapat menunaikan janji anda, beritahu mereka segera, mohon maaf dan berikan ganti rugi atau pemulangan wang semula kepada pelanggan anda jika perlu. Ini akan menjernihkan keadaan dan mempu meningkatkan kredibiliti perniagaan anda.Maklumbalas Pelanggan
Dari semasa ke semasa, cubalah dapatkan maklumbalas dari pelanggan anda mengenai perniagaan anda. Hanya perlu tanya sahaja mereka, apakah pendapat mereka mengenai produk atau perkhidmatan anda, dan apa yang menyebabkan mereka gemar membeli dari anda. Selalunya, pelanggan gemar untuk berkongsikan masalah yang mereka hadapi dan gemar untuk memberikan cadangan. Jadi, dengarkanlah jawapan mereka dengan penuh perhatian dan teliti.Ini akan banyak membantu anda untuk meningkatkan lagi mutu produk dan perkhidmatan anda di samping membina hubungan yang sangat baik bersama pelanggan, kerana mereka merasakan anda amat benar-benar menghargai mereka (kerana sudi mendengar pendapat mereka).Memudahkan
Sentiasa memudahkan pelanggan anda, tidak kira sewaktu mereka ingin membeli ataupun ketika mahu menghubungi anda. Jika produk anda sentiasa laris, pastikan anda sentiasa menyediakan stok yang mencukupi untuk produk anda, jangan buatkan pelanggan berasa hampa disebabkan masalah kehabisan stok. Begitu juga jika pelanggan ingin menghubungi anda, berikan sebarapa banyak saluran perhubungan yang boleh untuk memudahkan mereka menghubungi anda seperti phone, email, yahoo mesengger, facebook, twitter, live chat dan sebagainya.Menghubugi Semula (Follow up)
Cuba berikan penekanan kepada usaha-usaha menghubungi semula pelanggan dan prospek anda. Ini adalah satu-satunya cara yang terbaik untuk anda membina hubungan dengan pelanggan anda. Jika anda pemilik kedai, jangan biarkan pelanggan anda keluar dari premis anda tanpa meninggalkan sebarang nombor untuk menghubungi mereka. Proses follow up ini boleh dilakukan dengan menghantarkan kad, sms ataupun menelefon mereka. Hubungan baik yang terjalin bukan sahaja menjadikan pelanggan tersebut setia kepada anda, malah akan turut membuatkan mereka berasa gembira memperkenalkan perniagaan anda kepada rakan-rakan mereka.Membina hubungan dengan pelanggan adalah bermakna melayan mereka dengan rasa hormat yang tinggi. Sentiasalah memberikan perkhidmatan serta produk yang terbaik kepada prospek serta pelangan anda dan mereka akan menjadi pelanggan kepada perniagaan anda untuk seumur hidup mereka.
Sumber : http://www.mohdsuhaimy.com