Jumaat, 24 Januari 2014

HaRaM & HaLaL

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa :
Rasulullah SAW lalu berdekatan dengan selonggok makanan, lalu baginda memasukkan tangannya ke dalam longgokan itu.

Tiba-tiba jari baginda terkena sesuatu yang basah. Baginda bertanya : “Apa semua ini wahai tuan punya makanan?”  Orang itu menjawab “Terkena hujan wahai Rasulullah.” Baginda bersabda : “Mengapa tidak kamu letakkan di atas supaya orang ramai dapat melihatnya?  Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”
(Hadis Riwayat : Muslim, At-Tirmizi.)


Berdasarkan hadis di atas, huraiannya adalah seperti berikut :
Di antara sifat Rasulullah SAW ialah baginda sentiasa mengambil berat tentang urusan umatnya termasuklah urusan mu’amalat mereka. Ini mendorong baginda  untuk meninjau bagaimana keadaan perjalanan jual beli yang dilakukan oleh umatnya di pasar.


Di dalam kes di atas, jelas kelihatan betapa peniaga tersebut telah cuba untuk menipu pelanggan dengan menyorokkan  makanan yang tidak elok di bawah. Perbuatan sebegini adalah dianggap sebagai satu penipuan oleh Rasulullah SAW dan amat dilarang keras kerana ia bercanggah dengan tuntutan iman seorang mukmin.

Biarpun makanan itu masih belum rosak tetapi dengan perbuatan sedemikian ia tetap boleh memudaratkan orang lain apabila memakannya kelak. Oleh yang demikian, Elakkanlah daripada menjual makanan yang telah rosak!

Meskipun anda pasti akan mengalami kerugian dan tidak langsung menguntungkan para peniaga tetapi insya-Allah jika kita jujur, akan ada balasan setimpal menanti dan mungkin Allah SWT akan mengurniakan rezeki serta keuntungan melalui jalan yang lain pula.
Teramat rugi apabila rezeki yang sepatutnya kita dapat dengan halal, berubah menjadi haram dan berdosa!
TIP

  • Jaga kualiti makanan untuk terus mendapatkan pelanggan tetap yang sentiasa membeli
  • Elakkan unsur-unsur penipuan agar perniagaan mendapat keberkatan ilahi.
  • Pamerkan kejujuran dan keikhlasan di dalam berniaga agar anda dipercayai oleh pelanggan.
  • Tanamkan sifat amanah dalam diri ketika berniaga barulah barangan anda akan lebih disukai dan tidak rugi.
  • Rugi yang sebenarnya rugi adalah apabila yang halal menjadi haram.

Sekian ...

Sumber : http://www.irfankhairi.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......