Adakah
anda tergolong di kalangan usahawan yang berjaya? Baca lebih lanjut untuk
mengetahui sifat-sifat penting sebagai seorang usahawan berjaya.Terdapat
beberapa ciri-ciri penting yang terdapat pada usahawan berjaya iaitu: Petikan
dari majalah Sukses - 10 September 09.
1. Keperluan untuk kejayaan
Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.
2. Hasrat untuk menerima hasrat
Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.
3. Bebas dari aspek fikiran dan tindakan
1. Keperluan untuk kejayaan
Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.
2. Hasrat untuk menerima hasrat
Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.
3. Bebas dari aspek fikiran dan tindakan
Usahawan
tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan mem¬bantutkan
cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut
dilakukan.
4. Menyelesaikan masalah
Seseorang
usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia
tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia
mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian
menyelesaikannya satu persatu.
5. Sering mengharapkan masa
depan yang baik
Usahawan
sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering
berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.
6. Mencari persekitaran yang
baik
Untuk
menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran
yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.
7. Keupayaan mempraktikkan
sesuatu
Satu
formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia
tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk
menjadikan ideanya satu kenyataan.
8. Tampuk kawalan
Seorang
usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya.
Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus
pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka
bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal
perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh
keuntungan.
9. Kepercayaan timbal balik
dengan orang lain
Asas
bagi perniagaan
ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan
pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus
menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.
10. Keyakinan terhadap
kebolehan dirinya sebagai usahawan
Ini
sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan
menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu
bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.
11. Kesediaan menerima
tanggungjawab
Usahawan
itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan,
dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya
pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.
12. Keupayaan mencuri peluang
Usahawan
bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan
atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti
peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan
berjaya.
13. Mempunyai cita-cita lebih
tinggi
Kebiasaannya
manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk
lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi
apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.
14. Konsep diri yang positif
Seorang
usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan me¬lihat
sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap
peluang sebagai masalah.
15. Belajar dari keputusan
Seseorang
usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan
tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya.
Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan
perniagaan atau membuat keputusan penting.
16. Berperasaan tidak puas
hati dan mahu berubah
Usahawan
berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya.
Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau
produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi
perniagaannya.
17. Berorientasikan
perancangan
Usahawan
menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia
perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk
meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh
dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku
dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa
dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana
inilah kunci segala perancangan.
18. Menyedari keperluan
menggunakan agensi dan maklumat
Usahawan
memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan
dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang
usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi
sebaik mungkin.
19. Menetapkan matlamat
Usahawan
fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup.
Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu.
Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha
yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia
akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju
kejayaan.
20. Ubah suai pentadbiran
Seseorang
usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan
menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan
kakitangan.
21. Kemahiran pengurusan
Pengurusan
perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan
sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang,
mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.
22. Rasa kemanjuran (semangat
waja)
Semangat
yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh
pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut,
dialah yang boleh berjaya
23. Kepimpinan
Usahawan
adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan
pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam
masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya
berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.
24. Kuat berusaha
Seseorang
usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa
mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.
25. Pandai membuat keputusan
Usahawan
pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan pernia¬gaan berjalan
lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka
menggunakan gerak hati.
"
Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja
tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya."
Adakah
anda ingin menjadi seorang usahawan berjaya? Nilai diri anda berdasarkan
ciri-ciri di atas den perbaiki segala kelemahan anda. Pasti anda mampu menjadi
seorang usahawan berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......