Rabu, 29 Januari 2014

BoNuS Oh BoNuS a.K.a. ViTaMiN B ....

Salam sayang buat semua sahabat walau di jua korang semua berada ......

Tak sampai berapa jam lagi lebih kurang dalam pukul 4.00 petang ini ... semua staff kat sini dah tak sabar nak tunggu Townhall Session untuk mendengar amanat daripada Big Boss dan yang paling penting pengumuman Bonus. Tak sabar rasanya nak tunggu pengumuman KeRaMaT ni. 

Memang sudah menjadi tradisi, bila dapat email menganai potongan zakat daripada Human Resources Department ni confirm tak lama lagi lah nak dapat surat bonus ... Yahooo... Hoorai ... (sambil tersenyum kambing).  Duit tak dapat lagi tapi plaining dah macam macam ni. Takut juga tersasar jauh... Hampa jua akhirnya. Macamlah nak dapat duit berjuta juta kan .... Alangkah indahnya kalau menjadi kenyataan. 

Syukur Alhamdulillah ... walau sedikit atau banyak, insyaallah akan dapat meringankan beban kewangan di masa2 zaman ekonomi tengah gawat di tambah pulah InFlAsI yang tengah meletup letup ni, semua barangan tengah naik ni (NaIk FoReVeR, TaK PeRnAh TuRuN PuN).... sungguh menakutkan pulak rasanya ... Jikalau nak dibandingkan dengan rakan2 lain ada yang tak dapat bonus pun... terasa sangat bertuah diri ini ...  Syukur di atas nikmat daripada Allah ....

Yang paling penting sekali, hasil daripada bonus bolehlah di buat simpanan peribadi, modal untuk mulakan business cookies, simpanan untuk anak2 dan yang paling penting kita reward diri dan bini kita ... kalau tak mesti tak chill .... sebenarnya sebelum bonus Admin dah borong baju kemeja G2000 warehouse sale di KL minggu lepas .... memang sangat berbaloi baloi ... banyak 3 helai baju kemeja berharga RM600, Admin hanya bayar RM147.80 sahaja. Syukur alhamdulillah, terima kasih kepada sahabat (Muhammad Hazwan) yang ajak shopping sekali... kikikiki ...

Sebelum terlupa nak buat sedikit sumbangan kepada anak yatim, nak belanja makan adik beradik dan kenduri kesyukuran untuk pergi menunaikan Umrah pada 20 February 2014 .... Alangkah indahnya kalau ada Arwah Mak masih ada.... kalau tak Admin mesti selalu tanya pada Arwah MAk nak apa sempena bonus ni .. nak kain, baju atau handbeg .... sekarang sudah tidak ada lagi ... (Sebak pulak rasanya) .... Haissshhh .... 

Hidup ini perlu diteruskan ... walau pelbagai dugaan datang dan pergi ... Namun admin percaya ... kemanisan hidup akan lebih terasa jika kita melihat dugaan sebagai peluang untuk kita meningkatkan keimanan kita kepada Allah ....







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......