DIRIWAYATKAN
bahawa Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing diberi nama Mueeza. Salah satu
sifat Mueeza yang paling Nabi suka ialah Mueeza selalu mengiau ketika mendengar
suara azan, seolah-olah seperti mengikuti alunan suara azan. Nabi berpesan
kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan seperti mana
menyayangi keluarga mereka sendiri.
Pernah
juga Nabi mahu mengambil jubahnya dan Mueeza sedang tidur di atasnya. Nabi pun
memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza daripada jubahnya supaya tidak
menganggu Mueeza. Selepas Nabi pulang ke rumah, Mueeza terbangun dan pergi
merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih
sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali. Nabi
menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis.
Mengapa
Rasulullah SAW mengatakan bahawa kucing suci dan tidak najis? Pada kulit kucing
terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga
dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Permukaan
lidah kucing ditutupi oleh bonjolan kecil yang runcing. Bonjolan ini bengkok
mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk
membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik cecair yang jatuh
daripada lidahnya.
Sedangkan
lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya
yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang
tersisa di badannya. Itu yang kita lihat kucing selalu menjilat-jilat badannya,
sebenarnya ia membersihkan bulunya.
Telah
dilakukan pelbagai penelitian dan kajian terhadap kucing dan pelbagai perbezaan
usia, kedudukan kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut
dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan ujian dengan usapan.
Di
samping itu, dilakukan juga penanaman bakteria pada bahagian-bahagian khusus,
seterusnya diambil cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan
lidahnya.
Menurut
Dr. George Maqshud, ketua makmal di Hospital Haiwan Baitharah, jarang sekali
ditemukan adanya bakteria pada lidah kucing. Jika bakteria itu ada, maka kucing
akan sakit.
Manakala
Dr. Gen Gustafsiri mendapati bahawa bakteria yang paling banyak terdapat pada
anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan
Damaskus, Said Rafah itu menegaskan, kucing memiliki peranti pembersih yang
bernama lysozyme.
Kucing
tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan
bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan dan lain-lain).
Kucing
juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur
dan tidak berada dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah
kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya bakteria pada tubuh kucing.
Daripada
hasil kajian perubatan dan percubaan yang telah dilakukan di makmal haiwan,
didapati bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih
daripada manusia.
Kucing
merupakan binatang peliharaan yang comel dan manja. Menurut sejarah, haiwan ini
telah hidup sejak zaman Firaun lagi iaitu kira-kira 5,000 tahun yang silam dan
dikatakan ia pernah hidup di istana Firaun.
Untuk
mengangkat martabat dan nilai-nilai kucing, kebanyakan negara di dunia
mengadakan pertandingan ratu kucing dan seumpamanya, termasuk Malaysia bagi
memilih kucing yang tercantik dan menawan secara pemarkahan. Pemenang akan
memperoleh hadiah-hadiah lumayan.
Sumber : http://www.utusan.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......