Salam dan Salam sejahtera ….
Macam dah lama pulak rasenya tak godek blog ni, harap blog ni tidak menjadi
sejarah. Agaknye memang macam ni kot kalau dah lama bercuti daripada berblog
atau berbiznez guna blog ni macam malas yang amat sangat rasanya. Huhuhu ….
Sebenarnya masa tengah buat blog ni, si dara kami ni sibuk dok mengulang
bagi kat kami jeruk petai (rangup dan wangi sangat baunya) yang penting sedap. Layan
pulak dengan radio Era … memang terbak lah kan …. Wife pulak sibuk memasak
sambal petai udang dan ayam goring perap special …. Memang membuka selera ….. yummy
…
Untuk perkembangan terkini, kami dalam perancangan untuk mengumpul
resepi terbaik untuk digunakan pada our future restaurant … Insyaallah.
Macam-macam perancangan yang ingin di laksanakan pada masa depan. Moga Allah
memberikan jalan yang mudah untuk kami. Sudah semestinya bukan dalam 2 – 3 tahun
yang akan datang. Masih di dalam perancangan sahaja … Apa yang kami ingin
lakukan adalah sekadar untuk kumpul dan praktikan … kalau ada rezeki nak juga
membuka tempahan … sekadar berangan dan insyaallah mencari punca rezeki untuk
kami sekeluarga.
Dalam kehidupan ni penuh dengan cabaran dan dugaan. Sudah tentu kita
harus sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang mendatang. Tidaklah nanti terkapai
kapai tanpa arah tujuan. Kami melihat kehidupan sebagai ruang dan peluang untuk
mencipta PELUANG, KEPUASAN dan KEJAYAAN. Tidak sedikit untuk kami berasa
dengki dan jauh sekali untuk cemburu dengan kejayaan sahabat-sahabat kami.
Malah kami menganggap ianya sebagai pembakar sembangan dan rujukan kejayaan
untuk kami lebih tabah dan matang di dalam melayari kehidupan yang mendatang. Bersikap
positif sentiasa menjadi amalan hidup. Moga kami istiqamah, Insyaallah.
Sedikit kami nak share gambar candid yang sempat kami sharekan disini
dengan sahabat lama kami yang dah lama tak jumpa yang datang berasatempoh hari … rasanya sudah hampir 9 tahun tak jumpe.
Sekali dah jumpe, 3 orang anak dah mereka ni. Terima kasih kepada Razrin dan
Maria kerana mencemar duli teratak buruk kami ini …. tidak lupa juga kepada Ananth dan wife yang sudi datang sekali ... Semoga ikatan persahabatan ini kekal selamanya .... Ameen Barakallah ...
Cukup setakat ini saja coretan kami pada kali ini. Terima kasih kepada
yang sudi follow blog kami. Jangan segan untuk meninggalkan komen …. Komen yang jujur amat kami hargai …. Luv u all.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......