Memaparkan catatan dengan label CoNgO BaR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CoNgO BaR. Papar semua catatan

Khamis, 11 Februari 2016

TeMpAhAn PaDa 4 FeBrUaRy 2016

Salam sayang Semua ....

Alhamdulillah ... menerima last minit tempahan daripada officemate wife ... Congo Bar yang marbelles daripada kami ...

Specialnyer Congo Bar kami ni kaya dengan topping dan isinya yang penuh dengan mixed fruit, choc chip dan almond slices ... memang debaik tau ...

berminat PM k .. whatssup 016 7780 286



Rabu, 20 Januari 2016

TeMpAhAn PaDa 15 & 20 JaNuArY 2016

Salam Sayang semua ...

Alhamdulillah .... tempahan daripada customers kami kali ni memang istimewa sikit ... tempahan Nasi Lemak Ayam Berempah dan telor goreng yang diisi di dalam bekas Tupperware ...

Memang terbaik ... Harga pun kami kasi yang berpatutan juga ... untuk lebih istimewa, sambal nasi lemak kami juga memang power .. siap mendapat tempahan daripada customers ... Resepi sambal ni kami beli ... tapi nampaknya memang berbaloi baloi ...

Selain nasi lemak... beliau menempah juga COngo Bar dan Talam Koleh Kacang ....

Untuk hari ni punyer cerita ... customers kami di Ayamas Port Klang menempah Koci Pulut Hitam yang diisi di dalam Pek (3 keping) per peck ... alhamdulillah ... memang terbaik ...

So kalau ada yang nak menempah boleh PM kami yer...













Jumaat, 8 Januari 2016

TeMpAhAn HaRi JuMaAt (8 JaNuArY 2016)

Salam Sayang Semua ... 

Tempahan kali ni daripada kengkawan di Prokhas Sdn Bhd dan Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang .... mereka ni memang selalu menghorder dengan Imani Lcious ni .. untuk kali ni banyak sikit ... mencabar jugak nak bawa nak moto dengan perjalanan 1jan 15 ni sebelum sampai ke Office ... 

Demi memenuhi permintaan customers .. kami gagahi juga menerima tempahan .. Mujur takda yang rosak ... perfecto ... 

Tempahan mereka adakah : 

1. Koci Labu 
2. Talam Cendol
3. Talam Seri Muka
4. COngo Bar 

Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan ramai yang memuji Hasil Tangan Imani Licious .... Syukur ... 










TeMpAhAn HaRi RaBu (6 JaNuArY 2016)

Salam sayang semua .... 

Alhadulillah ... ini pula tempahan daripada customer di Syabas Selangor dan Meru ... terima kasih kerana membuat tempahan dengan kami yer ... 

Feedback daripada mereka tidak mengecewakan ... terbaik katanya ... jadi kalau kengkawan nak horder .. mai lah habaq kat kami yer .... 

Muah Muah ... hahaha .... 





Jumaat, 6 November 2015

MeNu TaLaM hArI JuMaAt (6 NoVeMbEr 2015)

Hai .. Salam sayang semua ....

Hari ni tak sempat nak hantar Talam Licious kami ke kedai sebab keletihan yang amat melampau alkisahnyer. Tersangat letih. Kami sebenarnya mendapat tempahan yang agak banyak malam tadi.

* 6 set Congo Bar
* Talam Lapis Pelangi Marbelles
* Bingka Jagung Marbelles

Yang meletihkan sebabnyer kami hanya ada 1 oven dan 1 pengukus sahaja. Jadi nak siapkan setiap satu tempahan memang kena tunggu siap bakar dan kukus satu-satu .. barulah proceed next process. tu yang sampai pukul .3.00 pagi baru siap.

Tapi kami happy sebab semuanya menjadi dengan moleknyer, alhamdulillah ...

agi mereka yang berminat nak buat tempahan, PM sahaja kami ... sedap dan marbelles rasanya .... 

Kita Layan Dulu Pic Talam untuk hari sabtu lepas dan isnin ni  dulu yer ....










Isnin, 26 Oktober 2015

UpDaTe TeMpAhAn DaN DaPaT GuD NeWs ....

Salam Sayang Semua ...

Lately sibuk dengan kerja hakiki yang banyak di office ni, tu yang tak sempat nak update blog. Ada meeting di pejabat Insolvensi lah, proposal lah dan banyak lagi. Tetapi minat untuk berniaga dan membuat aneka talam ni memang tak boleh ditinggalkan. Dah sebati dalam jiwa raga. kami.  Aura arwah mak sentiasa menjadi sumber inspirasi ...  Baru kini ku mengerti bukan mudah untuk buat kueh mueh ni semuanya memerlukan perancangan dan sokongan daripada orang2 tersayang. Barulah kueh mueh menjadi dengan santeknyer. Luv U Mak ....

Kesempatan ni kami nak update tempahan daripada customer kami untuk Congo Bar. Ada yang repeat order dan ada juga pelanggan baru. Kalau dah ada repeat order, maksudnyer memang sedaplah kan. Syukur dipermudahkan sambil mendapat bantuan orang rumah dan anak2 walaupun anak2 ni memang buat kami menjerit dan terpekik kat dapur. Tetapi mereka lah penghibur dalam suka dan senang.

Sabtu lepas dapat jugak siapkan tempahan 5 set Congo Bar dan cuma 1 sahaja ada special topping sebab pelanggan nak letak topping cokelat. Memang terbaik. Sedap dap dap tau. Korang memang kena cuba... Tapi untuk version ni harga kami charge lebih sikitlah .... but still masih murah di dalam pasaran hokey. Mana nak dapat kan .. hanya di Imani Licious jerk ....

Terima kasih kepada Kak Zabidah dan Norsinah order Congo Bar kami yang simple tapi sedap dan terbaik.

Rabu lepas dapat panggilan daripada sepupu, sebab dia dapat tau ada orang nak cari pembuat kueh untuk letak kueh secara harian Restoran Asam Pedas, Bandar Sultan Sulaiman di Pelabohan Klang. Kami ape lagi memang nak lah sebab ni lah peluang untuk kami buat marketing. Yang penting kena buat hari2. Baru lah kesedapan talam kami akan meniti dari bibir ke bibir penggemar talam kan.

So untuk hari pertama kami sediakan 3 jenis yang siap di packing sebanyak 4 ketul dalamnyer. Kami sediakan Bingka Pandan, Talam Sri muka dan Koci Pulut Hitam. Jadi, setiap hari akan berlainan kueh dan talam yang akan kami sediakan....

Sabtu lepas jugak dapat jugak tempahan last minit kueh Koci Pulut Hitam bersantan kami. Untuk delivery ke Meru. Alhamdulillah kami berjaya laksanakan selagi bahan mentah cukup memang kami pulun .. kekeke ....

Di samping tu jugak dah dapat tempahan untuk Majlis Berkhatan di Sungai Buloh pada November nanti ... Syukur alhamdulillah ... tempahan daripada sahabat lama ketika belajar di UUM. Harap kami dapat menyediakan talam yang pling best di muka bumi ini ... kekeke .....

Entry kali ni, kami selitkan jugak gambar aneka kueh mueh, nasi lemak, aneka sup yang kami jual di Pasar Minggu di Jalan Uganda Klang. Tapi aneka kueh mueh ni hanya availble pada har sabtu dan ahad sahaja. Family biznez. Kami hanya membantu memasak nasi lemak sahaja ... yang lain adik beradi dan pembantu tukang masak yang buat.



Oklah ... kami nak sambung buat Talam pulak .... Luv u All Sayangness sekalian ....











Selasa, 13 Oktober 2015

BiNgKiSaN TeMpAhAn SeKiTaR WeEkEnD YaNg LePaS



Salam Sayang Semua ....

Alhamdulillah ... Sabtu lepas dapat tempahan last minute daripada Hakak Fariza (Herbalife) yang sentiasa support Imani Licious ... Dimaklumkan, tempahan kali ni untuk Majlis Bacaan Yassin untuk Group Wanita Kak Fariza ... Harap mereka berpuas hati dengan Hidangan Talam dan Kueh Mueh kami ni ... Syukur Alhamdulillah ...

Tempahan beliau seperti berikut :

*Karipap
*Kueh Badak
*Koci Pulut Hitam
*Koci Labu
*Talam Tokio
*Talam Koleh Kacang
*Talam Lapis Pelangi
*Congo Bar

Jadi kepada mereka yang berminat nak buat tempahan Aneka Talam, Congo Bar dan Kek Buah Kukus boleh Whatssup  kami yer. Kami sentiasa menjual dengan harga mampu milik dan lebih rendah daripada harga pasaran ... Insyaallah ...

Untuk Tempahan jangan lupe layari Page barikut :

KeK BuAh KuKuS ImAnI LiCiOuS
CoNgO BaR ImAnI LiCiOuS
AnEkA TaLaM ImAnI LiCiOuS 
TuPpErWaRe ImAnI LiCiOuS