Memaparkan catatan dengan label EkSpReSi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EkSpReSi. Papar semua catatan

Isnin, 23 November 2015

SeLeSaI SuDaH BeReHaT SeLaMa SeMiNgGu ...

Salam sayang semua ...

Macam dah lama kami terjah blog kami ni... bukan kami merajuk atau apap pun cuma berlaku 2 perkara yang tak dapat nak dielakkan ... Alahai, dugaan daripada Allah. Kami redha ...

Perkara pertama, kami ni tak sihat sebab ada Jangkitan kuman pada tonsil ni ha... Dr. bagi MC 3 hari so berehat jelah di rumah sambil makan benda yang berkhasiat dan makan ubat Doktor. Kalau tak nanti melarat memang susah ... sebelum ni dah kena tulang ikan tersekat kat tonsil tu, ni pulak ada jangkitan kuman pulak ... dugaan bebenor. Tokak pun sakit, Deman pun datang dan selsema menjengah jugak ... Full package katanya ....

Sementela tokak sakit, steamer kami pun buat hal, merajuk lah tu agaknyer, sebab memang plan nak menambah steamer sebab tempahan pun dah semakin banyak. Terus rosak hokay. Tempahan minggu lepas ada yang terpaksa kami tolak .... bukan rejeki namanya ... Tempahan 10 talam lapis juga kami tolak jugak walau kami nak sangat buat sebab marketing bergerak lah kan .. sebab yang nak makan tu pun untuk majlis keraian .. rugi kalau tolak.. kalau sodap mesti mereka akan continue order.

Kami redha je lah ....


Jumaat, 16 Oktober 2015

ReJeKi HaRi JuMaAt

Salam Sayang .....

Hari Jumaat yang barakah ... Penghulu segala hari .... alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan untuk hidup dan berkesempatan untuk bertaubat. Memperbaiki diri kerana kita bukanlah sempurna. Seringkali melakukan kesilapan samada sedar atau pun tidak.



Hari ini sempat buat Kueh Koci Labu Kelapa bersantan untuk kengkawan di office ... kebetulan lebihan labu dalam peti ais tu. Kalau dibiarkan nanti, busuk membonyor pulak. Baik dibuat kueh .. ada jugak manfaat. Alhamdulillah ... dapat kengkawan di office, babysitter dan abah merasa Koci marbelles Imani Licious ni ...


Kami pun dapat rasa juga. Sebab biasanya, kalau ada tempahan talam atau kueh mueh yang lain memang kami tak rasa talam dan kueh mueh tu, ntahlah memang tak berselera. Ni memang niat nak memberi ... teringin pulak nak makan .... Alhamdulillah ... sedap ...

Untuk Tempahan jangan lupe layari Page barikut :

KeK BuAh KuKuS ImAnI LiCiOuS
CoNgO BaR ImAnI LiCiOuS
AnEkA TaLaM ImAnI LiCiOuS 
TuPpErWaRe ImAnI LiCiOuS

Sekian.

Sabtu, 23 Mei 2015

KeNaPa MaSiH DeNgAn NaSi LoMaK ...




Salam Sayang Uols ... 

Pagi yang indah, sejuk dan nyaman, alhamdulillah diberikan sedikit masa kelapangan untuk update blog. Entry pagi kami nak update mengenai Nasi Lomak Imani Licious. Ntah kenapa Nasi Lomak ni begitu dekat dengan jiwa kami ni. Nak kata suka makan nasi lomak selalu tak jugak sebab kami masih dalam mood nak kuruskan badan. 

Misi untuk menghilangkan jerawat yang berulang-ulang dimuka nampaknya telah berjaya dan membuahkan hasil yang sangat luar biasa. Cuma tinggal parut degil ja lagi. itu pun dah tak banyak. Semuanya dah semakin pudar. Produk apa dan bagaimana kami kami hilangkan, insyaallah akan kami kongsikan nanti yerk. 

Sekarang berbalik kepada cerita Nasi Lomak, Insyallah kami akan mulakan perniagaan Nasi Lomak Imani Licious ni selepas raya nanti di Kampung Jawa untuk sabtu dan ahad malam. Yang penting kita kukuhkan perniagaan, mencipta profile dan meningkatkan nama baik perniagaan. The most important nasi Lomak nak kena sedap. Kalau tak sedap dan power macam mana pun strategi biznez, ke laut jugak akhirnya kan. 

Sekarang ni kami nak ketengahkan Nasi Lomak yang jarang ada di pasaran. Insyallah dengan keunikan Nasi Lomak ni, akan menjadi daya tarikan nanti kepada penggemar nasi lomak di luar sana nanti. 

Tag Line yang bakal kami guna nanti isyaallah ... "Nasi Lomak Warisan, Imani Licious" yang akan menjadi pertaruhan kami kelak, Insyaallah. Kami sentiasa positif dan yakin setiap rezeki itu datang daripada Allah dan bukannya manusia. Maka dengan itu, kami akan berusaha sehabis baik. Barulah jiwa tenang. 



Jumaat, 3 April 2015

Sahabat oh sahabat ....

Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.
.....
Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.
......
Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.
.....
Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.
.....
Kadang - kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.
......
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...
......
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"
.....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu b erkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." ..😍 😍

TERIMA KASIH SAHABAT
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :        
          1. Waktu          
          2. Kata-kata      
          3 . Kesempatan        

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :         
          1. Kemarahan       
          2. Keangkuhan       
          3. Dendam   

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :       
          1. Harapan         
          2. Keikhlasan         
          3. Kejujuran         

Ada 3 Hal yg paling berharga :         
          1. Kasih Sayang ..         
          2. Cinta          
          3. Kebaikan         

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :         
          1. Kekayaan       
          2. Kejayaan          
          3. Mimpi          

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :         
          1. Komitmen         
          2. Ketulusan         
          3. Kerja keras        

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
          1. Tekad         
          2. Kemahuan         
          3. Fokus

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
         1. Rezeki ..         
          2. Umur        
          3. Jodoh          

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :     
          1. Tua          
          2. Sakit          
          3. Kematian.  

Ya  Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia,
bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..         

Kirimlah kpd insan2 yg kita ingati💝

Rabu, 18 Februari 2015

10 PeRkArA YaNg SuAmI NaK IsTeRi TaHu ...




Sekiranya di tanya kepada semua suami, apa perkara yang mereka nak isteri mereka tahu tetapi sangat susah untuk diluahkan, pasti bermacam-macam perkara yang akan diutarakan.

Walaupun seorang lelaki biasanya suka berterus terang ( direct to the point ), tetapi masih ada beberapa perkara yang suami anda atau kaum lelaki susah untuk meluahkannya, tetapi sangat-sangat mahu anda sebagai isteri tahu perkara tersebut.

1. "Tolong jangan anggap abang tahu apa yang sayang sedang fikirkan,sebab abang  memang tak tahu"

Kebanyakan wanita gemar membuat pasangan berteka teki.Wanita suka menyembunyikan perasaan dan samada sedih , gembira,merajuk dan sebagainya,dengan harapan suami atau pasangan tahu apa yang sedang difikirkan.Contoh bila disoal "ada masalah ke?"Jawapan : "tak ada apa-apa lah", tetapi sebenarnya "ada".

2. "Kadang-kadang abang nak sayang yang "mulakan" aksi kita di dalam bilik tidur,selalu abang yang mula dulu!".

Biasanya dalam hubungan suami intim suami isteri, suami yang dulu akan memulakan langlah pertama untuk aksi pada malam tersebut.Jarang sekali isteri yang memulakannya.Sebenarnya ramai suami yang menunggu-nunggu isteri mereka bertindak dulu.

3."Buatkan suprise untuk abang dengan bersembunyi di belakang pintu bilik dan tariklah abang ke dalam bilik. Abang suka isteri yang nakal"

Tunjukkan 'kenakalan" kepada suami. Pasti suami suka

4."Abang suka cara abang berpakaian. Jangan cuba tukar imej abang"

Kebanyakan lelaki tidak suka sekiranya dipersoalkan cara dia berpakaian.Biarkan dia menentukan imej nya asalkan tidak menyalahi adat dan hukum agama.

5."Kalau kita berjalan bersama,abang suka sayang kepit tangan abang rapat-rapat"

Lelaki sangat berbangga kalau ada isterinya mengepit tangannya ketika berjalan-jalan.Dalam hati suami akan berkata"tengoklah wahai orang ramai,ni lah isteri aku,tengok dia sangat sayangkan aku".

6."Bila abang kata "sayang pilihlah", bermakna memang sebenar-benarnya abang nak sayang yang pilih.Jangan tanya balik kepada abang "nak yang mana ye?".

Suami biasanya tak berapa cerewet dalam memilih sesuatu untuk di beli berbanding isteri.Pada kebiasaannya suami agak malas untuk membuat pilihan.Sekiranya isteri mendesak untuk suami memilih, biasanya dia akan memilih dengan sambil lewa, asalkan anda berdua beredar dari tempat tersebut.

7. "kalau nak tidur, abang suka kalau sayang baring dan letakkan kepala sayang atas dada abang sambil tangan pun letak di dada abang"

Tunjukkan sifat kemanjaan anda sebagai isteri dengan cara diatas. Suami anda akan berasa dia adalah seorang yang dihargai.

8. "Kalau sayang nak mintak tolong abang buat kerja, terus je mintak tolong,tak perlu berkias-kias"

Suami lebih suka kalau isteri mintak tolong dengan berkata"bang, mintak tolong basuhkan bilik air!" berbanding "bang, nanti mak ayah nak datang, bilik air dahla tak bersih, saya banyak kerja nak buat, tak sempat nak basuh, abang tolonglaa basuhkan!!"

9."Sayang tak perlu tanya abang berkali-kali","abang sayang saya tak?"sebab bila abang dah jawab sayang , memang abang maksudkannya"

Selalu isteri bertanya soalan yang sama kepada suami, "abang sayang saya tak?" suami jawab "sayangggg",kemudian tanya lagi"betul ni sayang?"suami jawab lagi " betul ,abang sayang" kemudian tanya lagi"betul ? aahh, tipulah!".suami nak jawab apa lagi?

10. "Abang tahu abang buat salah,tapi tolonglah jangan membebel tantang kesalahan abang."

Boleh dikatakan semua lelaki tak suka di bebel,walaupun ada sesetengahnya senyap membisu bila kena bebel dengan isteri. Lelaki biasanya dapat menerima teguran yang sederhana dan berlapik,dan masih dapat menerima teguran dalam bentuk bebelan tetapi akan meninggikan lagi lagi ego mereka.

 

Rabu, 24 Disember 2014

Beli Buku katanyer ....

Alhamdulillah ....

Adalah hari tu kami pi jenjalan tersinggah pulak di KlCc ni ... tempat yang paling best kami nak pergi seperti biasa kedai buku kinokuniya. Macam dah berabad rasanya tak membeli buku.

Anyway kami memang tak tau nak beli buku ape. Just cuci mata, tengok aweks petronas jerk kan... jujur hokey kami ni. Nak beli novel ... memang geli lah pulak rasanya ... nak beli buku yang minat ... beratus lah pulak ... sebab kami memang nak cari buju yang dalam range harga rm30.00 ke bawah. Errrmmm ... memang sangat berkira kami ni.

Penat mencari buku ape nak beli ni dan  sedang membelek belek ..terjumpa buku "Painless Business Finance ... from Bookkeeping to Financial Reports and Ratios" .... grand kan bunyi. Tapi rege pown murah jerk dalam rm29.90. Memenuhi budget ciput kami ni.

Memang berguna dah daily work kami nak analisis financial statement customer. Sebab semua kena buat manual. Kalau tempat lain like commercial bank semuanya thru system.

Redha jelah kami ni ha .... banyak membaca... banyak ilmu ... tak rugi pownnnn ....

Kbai ...
Iluvmyjob

Selasa, 23 Disember 2014

Hujan Rahmat ...

Alhamdulillah....

Hujan rahmat ... asyik hujan sahaja siang malam ... macam kami ni yang menunggang moto ni memang kena super duper berhati hati. Kalau x memang boleh mengundang kepada kemalangan...

Seriau lah pulak rasanyer. Sejak kerja dengan Prokhas ni, banyak kali dah hampir2 nak accident. Kalau tang jatuh moto tak usah cakap lah. Dah lebih 5 kali kot. Pernah jugak tak nak bagi tau wife. Takut risau melampau lampau. Orang pompuan memang over kalau bab risau  ni. Huhuhu.

Risau tanda sayang kan. Oklah tu. Harap lepas ni kalau dapat kerja di tempat baru ... boleh guna public transport. Risiko pun semakin berkurangan cuma kena keluar awallah pulak. Erm ...

Masalah tak pernah habis. Tapi kita harus merancang dan bijak menyelesaikan masalah. Kalau tak sampai bila dok pening pikir masalah.  Allah sentiasa mendengar luahan kita ... jadi jangan  jauh dariNya ok.

Kbai ....

Selesai sudah .... terima kasih peluang yang di beri ...

Alhamdulillah ....

Selesai sudah sesi interview yang berjalan tempoh hari ...

Sangat mengujakan, impian nak buat terlibat di dalam sale dah tinggal selangkqh sahaja lagi. Nak diikutkan daripada Hr officer ni kata "ur resume and experianced very impressive kata yer"  dia akan  buat 2nd interview dengan  Bussiness Unit. Tapi masa tu br boleh nego salary bagai. Ntahlah ....

Kami hanya berserah kepada Allah setelah segala usaha telah pun dilakukan .... dan kini perlu berdoa sahaja ....

Next pula tinggal interview dengan Credit recovery post sebagai regional manager centre / northen .... taktau lah bak hang ni ...  nerbes tau  ....

Tunggukan update daripada kami seterusnya nyer ....

Isnin, 22 Disember 2014

Temuduga ....

Alhamdulillah ....

Saat yang ditunggu tunggu telah tiba ... tak savar rasanyer saat itu. Nerbes dan takut pun ada. Kalau tak sebelum ni menggedik sangat nak ada company yang panggil interview. Bila dah dapat tak takut pulak.

Drama sangat semuanya ni kan. Hahaha. satu company Ambank dan satu lagi Bsn ... satu tempat panggil untuk buat sale dan satu lagi panggil untuk credit recovery. Dua dua pun best. Tapi yang paling best sale lah. Setelah 8 tahun bekerja dalam credit recovery ... inilah peluang company nak panggil untuk buat sale. Kalau credit recovery ni dah tepu lah pulak rasanya. Asyik terperap jerk dalam office. That why banyak sangat benda2 politik bagai ni memang tak dapat nak di elakkan ... feeling annoying sangat.

Harap percubaan kali ni berjayalah hendaknyer. Insyaallah ...

Ameen Barakallah ....
Permudahkanlah urusan hambamu ini ...

Isnin, 13 Oktober 2014

PaNgGiLaN AlUmNi ... BuKaN ReZeKi ...

Salam Sayang Semua ... 

Last week dapat confirmation daripada pihak Alumni UUM untuk memberikan talk kepada pelajar baru pada 28hb October ni di Fakulti Ekonomi . Happynyer kami bukan kepalang, sebab bukan sahaja boleh menjejaki kaki ke UUM buat sekian kalinya dan peluang berjumpe dengan pensyarah-pensyarah di sana sambil boleh singgah kampung isteri sebentar di Pendang, Kedah. 

Tapi kami terpaksa menolaknya kerana ketiadaan cuti. Sentap sangat. Kalau aktiviti tu hari sabtu atau ahad, insyaallah masih boleh kami adjust masa tu. Tapi ni hari selasa, memang susah banyak nampak gayanya. Terlepas peluang yang kami tunggu-tunggu selama ni.  Memang tarikh itu sahaja yang telah di tetapkan dan memang tak boleh diubah sudah.

Tapi kami  percaya, perancangan Allah itu lebih baih baik dan Allah memberikan apa yang kita perlukan, bukan yang kita mahukan. So kami tersenyum dan bersyukur sebab nak juga jemput kami ni yang bukan apa apa pun kan .... 

 
SeKiAn 
3rd OcToBeR 1982 SeHiNgGa KiNi ....
BlOg InI AdAlAh SeBaHaGiAn CeRiTeRa DaRiPaDa SiSi HiDuP KaMi ....
MoSt WeLcOmE To OuR WoRlD ... 
LiKe It Or NoT, No BoThEr ...
 

Jumaat, 10 Oktober 2014

PeNgUmUmAn ...

Salam Sayang Semua ... 


Kami nak habaq mai bahawa jualan Nasi Arab Imani Licious dan Nasi Lomak Imani Licious pada hari Sabtu dan Ahad ini di tutup kerana kami akan terlibat dengan aktiviti luar .... 

Perniagaan kami akan berjalan seperti biasa bermula isnin ini. 

Untuk sebarang tempahan bolehlah personal massage kami di talian 0167780286. Confirmation order 2 hari sebelum event anda amat lah kami hargai. 


Sekian 
3rd OcToBeR 1982 SeHiNgGa KiNi ....
BlOg InI AdAlAh SeBaHaGiAn CeRiTeRa DaRiPaDa SiSi HiDuP KaMi ....
MoSt WeLcOmE To OuR WoRlD ... 
LiKe It Or NoT, No BoThEr ...

HaDiAh YaNg TeRiStImEwA ....

Salam Sayang Semua ... 

Hadiah yang teristimewa ... ye ke ni ... 

Hadiah sempena dengan ape erk ... 

Sebenarnyakan hadiah untuk hari lahir kami yang ke-32 tahun ni wife kami pregnant untuk kali ke-4 dan untuk baby kami yang ke-3 ... Insyaallah ... semoga kembara ciptaan Allah ini sentiasa di dalam lindungan Ya Rahman dan Ya Rahim Allah Azzawajallah ... Ameen Brakallah. 

Tu lah dia hadiah teristimewa yang kami dapat daripada wife terchenta kami. Happy bukan kepalanglah kan. Tapi kami risau juga sebab setiap kali wife pregnant ada saja dugaan datang menduga. Macam untuk first pregnancy, wife mengalami keguguran ... pregnancy yang kedua, baru dapat anak yang sulung tetapi disebabkan berlaku bleeding diawal pregnancy. So memang kena injection lah untuk 3 bulan yang pertama untuk kuatkan rahim. Pregnancy yang ketiga, dapat anak yang kedua, tapi wife alamai alahan dan kedudukan baby dalam keadaan menyongsang sampai duduk wat jugaklah. 


Walaupun wife alami pelbagai dugaan, tetapi kami bersyukur kepada Allah, kami telah dikurniakan 2 orang anak yang sihat, gebu, bijak dan terlajak comel .... wonderful moment with wonderful and colourful life with them ... muahaha .... 

Memandangkan wife sekarang dalam proses peringkat awal pregnancy dan masih alami morning sickness .... nampaknyer kerja rumah kamilah nak kena buat semuanya ... penat maybe tapi dah tanggungjawab .. have to do it dengan penuh ikhlas demi isteri dan anak2 ... 


Sekian 
3rd OcToBeR 1982 SeHiNgGa KiNi ....
BlOg InI AdAlAh SeBaHaGiAn CeRiTeRa DaRiPaDa SiSi HiDuP KaMi ....
MoSt WeLcOmE To OuR WoRlD ... 
LiKe It Or NoT, No BoThEr ...


Khamis, 9 Oktober 2014

BaBy CuRmEl

Salam Sayang Semua, 

Lately ni kami suka tengok gambar baby curmel gebu ..... 





Hanya tersenyum sendirian .... dan terus tersenyum .... 


Sekian 
3rd OcToBeR 1982 SeHiNgGa KiNi .... 
BlOg InI AdAlAh SeBaHaGiAn CeRiTeRa DaRiPaDa SiSi HiDuP KaMi ....  
MoSt WeLcOmE To OuR WoRlD ...   
LiKe It Or NoT, No BoThEr ...

Selasa, 30 September 2014

OcToBeR DaTaNg LaGi ....

Salam Sayang Semua ....

Wah bestnyer ... October datang lagi ...


Bulan October sangat istimewa di hati kami sebab birthday kami dah tak lama lagi. Ada sesape yang nak kasi hadiah kat kami, amatlah dialu-alukan. Kikiki .... Sesungguhnyer kami amat bersyukur kerana sehingga saat ini masih dikurniakan rezeki dan nyawa untuk terus menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. 

Masih terlalu jauh untuk kami menjadi seorang muslim yang baik. Sesungguhnyer kami akan terus berusaha menjadi yang terbaik. Insyaallah.... Semoga kami bersama isteri dan anak serta abah dan adik beladik yang lain dapat menikmat hidup ini dengan lebih mensyukuri dan sentiasa mendapat lindungan dan rahmat kasih sayang daripada Allah. 

Moga tahun kelahiran kali ini menjanjikan seribu kemanisan untuk diri kami dan yang insan-insan tersayang kami. Insyalllah ....



Sekian
3rd OcToBeR 1982 SeHiNgGa KiNi .... 
BlOg InI AdAlAh SeBaHaGiAn CeRiTeRa DaRiPaDa SiSi HiDuP KaMi .... 
MoSt WeLcOmE To OuR WoRlD ... 
LiKe It Or NoT, No BoThEr ...

Rabu, 10 September 2014

ImAnI LiCiOuS ... PrOdUk TeRbArU KaMi ...

Salam Sayang Semua ... 

Syukur alhamdulillah ... siap sudah logo untuk produk terbaru kami ni ... Insyallah akan kami lakukan sebaik mungkin untuk merealisasikan Jenama terbaru kami ni. 

Happy sangat bila progress Jenama ni berjalan seperti yang dirancang dan berjalan dengan lancar ... Memandangkan kami laki bini sibuk bekerja, memang ada masalah kekangan masa menjadi cabara utama kami ... tapi demi minat dan kesungguhan, kami harungi dengan sedaya mungkin. 

Insyaallah, akan menyusul Nasi Briyani Imani Licious dan Nasi Arab Imani Licious akan menjadi pertaruhan kami buat masa ini. Insyaallah akan menyusul dengan menu2 yang lain juga. 



Doakan kami berjaya dalam perniagaan ni dan meletoops insyaallah .... 

Sekian,

Isnin, 8 September 2014

PeNjAjA - PlEaSe TaKe NoTe ...


Nasib Penjaja Tepi Jalan ...
=================

Asas berniaga adalah menjual, tak pandai menjual anda tak boleh berniaga. Asas menjual adalah menjaja, tak pandai menjaja anda tak pandai menjual sebanarnya. Ramai orang anggap bisnes perlu besar-besar. Bisnes baru mula perlu dari bawah, dari bawah perlu lakukan barang. Untuk lakukan barang anda perlu menjaja dan menjual. 


15 tahun dulu saya pernah menjaja dan berjual ditepi jalan, dipasar tani, di bawah flat perumahan di sekitar Shah Alam dan Bangi. Masalah besar saya adalah operasi oleh pihak berkuasa, angkut semua barang kami berniaga sedangkan baru seminggu. Kami buka, orang lain yang tutupkan. Mereka kata kami berniaga secara HARAM. entah mana yang haramnya, sampai sekarang saya tak tahu.


------------------------------------------------------
Apa yang berbeza mereka dangan kita ...
==============================


Saya sudah sampai ke banyak negara, lebih 40 negara, sama ada saya bekerja, melancong dan belajar. Terbaru saya ke Bangkok,Thailand dan Jakarta, Indonesia. Dua perkara yang berbeza saya lihat penduduk tempatan mereka sangat minat berniaga kecil-kecilan di masa sahaja dari rumah hingga lah ke lorong kecil di bandar raya. saya lihat tak ada pulak orang asing yang berniaga di sana. 


Saya lihat berbeza di negara saya, Malaysia tercinta. Para peniaga kecil ini dijadikan musuh pihak berkuasa. Berniaga kononnya perlu yang macam dalam TV tu pakai baju kod korporat , pakai kereta besar dan berumah besar ..itu baru berniaga katanya. Menjaja ni berniaga tak ada kelas.


Kita banyak benarkan orang asing berniaga, pergi je lah di ibu kota siapa yang banyak berniaga. Mereka datang dari kemboja, tanah jawa, pakistan dan afrika selatan, mereka dibiarkan. bila mereka berniaga dan tawan satu kawasan, penguatkuasa nak masuk pun takut , ianya sudah dijaga. Jalan pudu, Jalan Silang...cakap je jalan apa kat KL tu.



---------------------------------------
Tak kisah lah haram ke halal
======================


Tak kisahlah mereka datang haram ke datang halal mereka boleh menjual. Mereka banyak duit, mereka buat duit dan mereka hantar duit mereka di negara mereka. Macam mana negara kita nak banyak duit sebab banyak pengaliran keluar dari duit masuk. 


Orang kita nak berniaga kecil-kecil di susahkan, ada lesen, ada kebenaran, ada itu dan ada ini. kalau semua ni tak ada kena tutup. lepas tu mereka cakap " saya dapat complen, saya jalankan tugas sahaja. jika anda melawan anda melawan kakitangan awam menjalankan tugas. Anda boleh dipenjara. 


----------------------------------------
Saya faham, anda pun faham
=======================

Saya faham, saya cukup faham mungkin ada beberapa perkara yang tak elok di pandang jika ada ramai yang menjaja. kita nak tunjuk pada siapa sebenarnya, samanlah kalau mereka benar-benar buat kotor dan tanpa alasan , ambil lah tindakan. mereka kejap je tu, dah dapat duit mereka akan pindah ke kedai besar.


Tapi semangat anak muda nak berniaga datangnya dari berniaga kecil-kecil lah bukan terus besar. disuruh masuk pasar tani. jangan cakap le, sepuluh tapak pasar tani diberi kepada orang yang sama dan akhirnya di jual kepada warga asing. Lepas tu cakap kat sini sana, orang kita tak pandai nak berniaga. 


Lepas tu cakap dan buat kempen masuk dalam TV dan surat khabar, "kita ada ber juta ringgit untuk bantu penjaja, tapi tak ada yang memohon?, kata menteri dan ahli politik". Pihak kerajaan pun sama, yang negeri pembangkang lagi le teruk.

------------------
Teori oh teori
===========

Kita terlalu banyak teori, orang dah ke bulan kita masih berbincang cerita dasar yang mendasar. Baru ni saya ke Thailand. Ditepi lorong saya berjumpa satu gerai keteta tolak yang menjual pelbagai jenis biskut yang kotaknya cantik. 


saya tanyakan, dari mana dia beli semua biskut ini dan ramai orang membelinya. Peniaga itu menceritakan saya yang dia membuatnya dari rumah sahaja tetapi dia membuat pakajing yang baik untuk mudah dijual. Dia punya mesin sendiri yang boleh nampak pembungkusan yang lebih kemas. saya cukup kagum dengan inovasi mereka, mereka lebih memikirkan bagaimana boleh menjual daripada sibuk bagaimana kita boleh membuat. Selain dia ada gerai kereta tolok sekarang ada beberapa tempahan dari kedai kek dan roti untuk produk mereka. Dia berimpian punya kilang sendiri hujung tahun ni.


Saya berpendapat, berniaga besar mana pun asasnya dari menjual. biarlah anak muda tu belajar menjual. janganlah terlaku tegas dengan peniaga sendiri sedangkan mereka lah yang berpotensi untuk membayar cukai yang besar untuk negara. Apa yang nak diharapkan orang asing yang menjual lebih murah, mereka kaya dan mereka lari balik ke negara asal mereka. Mereka hanya mencari rezeki yang halal di sini. Itu impian mereka. 


Sahabat saya seorang warga Indonesia, punya kedai air yang berpendapatan 1000 sehari. Sahabat saya seorang kemboja dah ada 3 kedai di Muar menjual baju dan kain. Begitulah mereka, mereka tiada keluarga disini, mereka boleh menjual dengan lebih murah, mereka boleh kerja 14 jam sehari untuk dapat duit. peniaga kita punya beberapa kekangan lain. 


------------------------
Wahai bangsa ku
==============

Wahai anak bangsa ku, mereka boleh kaya...kenapa kita tidak. Dulu kita dijajah. penjajah mengambil hasil bumi dan tenaga kita dan kekayaan negara di bawa ke nagera asal mereka. Ini adalah penjajahan cara baru. Marilah kita mula berniaga, janganlah kita seronok membeli barangan dari luar, dari negara china , dari kemboja dan dari mana sekalipun. Kita kerja, kita carikan duit orang lain. dulu masa nak raya, ada lah pendapatan mak kita dikampung upah menjahit sekarang beli baju semuanya dari luar. Kita melopong je lah .....


Wahai pemimpin ku, dengarlah kelohan anak muda ini. mereka baru mahu berniaga. jangan ketawakan mereka, bantulah mereka.


Wahai sahabatku , maafkanlah kekurangan mereka peniaga dan penjaja baru dari kesempurnaan, bantulah mereka dengan membeli barang mereka moga mereka boleh maju.

Saya peniaga, saya sudah lebih 10 tahun berniaga dan 7 tahun secara sepenuh masa. saya tidak dapat mana-mana pinjaman dari kerajaan ataupun Bank sehingga saya di lihat kaya atau saya benar-benar boleh membuktikan saya kaya.


Pihak bank mementingkan diri mereka sendiri dengan kononnya memberi pinjaman kepada mereka yang tidak beresiko. Saya dengar..saya tahu yang sebenarnya banyak tidak membayar hutang adalah mereka yang meminjam berjuta ringgit bukannya dari peniaga." orang miskin letak duit dan simpan duit di bank untuk beri orang kaya pinjam duit bank " .

Ini sekar satu cerita, bukan saya sahaja yang sedar. ramai yang dah sedar dan sehingga kita tidak boleh buat apa-apa. Saya akan berjuang apa yang termampu hanya memberi kesedaran. ayuh bangsa ku , marilah berniaga dan terus berniaga. 

Coretan daripada yang Berpengalaman .... 

MaNgGa ChOkAnAn ... PeRhG ... PoWeR ...

Salam Sayang Semua .... 

Kami nak ucapkan terima kasih kepada sahabat kami iaitu Hajjah Gorjes Yati Musa kerana berikan 2 biji Mangga Chokanan yang sedap dan superduperlicious ni. Ya Allah sagnatlah manis. menurut Hajjah Gorjes ni, mangga chokanan ni memang masak di pokok then baru di petik bagi kami. 

Memang terbaik. Tapi tulah 2 biji mana cukup. kalau bagi satu kampit memang terbaik lah ... muahaha ... walau apa pun kami memang suka mangga ni sebab penuh dengan Vit C dan masak dari pokok ni memang lain rasanya ... terbaik wok. 

Walau pun kecil jerk buah ni... memang manis tak terkata. (Beriya bebenor promote mangga chokanan hajjah gorjes ni) 

Mangga Chokanan bersama Lolli Plate Tupperware 
(Tupperware tetap hado okey)

Semoga Hajjah Gorjes Yati Musa ni di murahkan rejeki yang melimpah ruah dan dikurniakan anak2 yang comel dan Gebu ... Ameen .... dan yang paling penting jangan lupe bagi saya pree Tapauweh wokey... (Harap Hajjah Gorjes baca massage ni .... )

Sekian .... 


Ahad, 7 September 2014

PaNgGiLaN AlUmNi ....

Salam Sayang Semua .... 

Malam ni kami nak share something yang berlaku sebelum nak maghrib tadi ... sebenarnya kami terima whatssup daripada seseorang kami nak stalker dari dulu lagi. Sebab dah lama tak jumpe dan dengar perkhabaran beliau. Kami boleh katakan hampir 10 tahun juga tak dengar perkhabaran. 

Hamba Allah ni adalah pensyarah di Fakulti Ekonomi, UUM. Beliau yang kami maksudkan ialah En. Bakti. kami sifatkan beliau seorang yang outspoken dan gila-gila. Tapi sporting orangnya. Susah nak jumpe orang macam ni. Kebetulan, isteri beliau merupakan pensyarah sementara masa kami menuntut di Politeknik Shah Alam ... Itulah jalan cerita yang Allah telah tetapkan. tidak lari ke mana, apa yang dihajati termakbul jua. 

Pada mulanya, En. Bakti ni just tanya biasa2 saja, sihat ka?, dah kawin ka?, kerja mana?, bidang apa?. Tapi soalan terakhir yang beliau tanya ..... Beliau nak propose nama kami untuk Program Alumni Bersama Pelajar di UUM untuk Fakulti Ekonomi. Seronok pulak rasanya bila dengar macam tu. Sebab kami memang suka nak bagi talk untuk student macam pernah kami lakukan masa belajar di universiti dulu ... Kami akan luahkan dan share dari hari ke hati berdasarkan pengalaman hidup kami. 



Tanpa berlengah, terus cakap berminat. Kikiki, confident tahap gaban kan. Tapi En. Bakti baru ja nak propose. Sebab ramai calon lagi yang lebih baik dan bagus dan bijak pandai. Tetapi kalau dapat terlibat dengan program macam ni memang sangat ilmiah dan berguna untuk mendidik jiwa kami ni. 

Malam nanti kami akan hantar Resume. Terpulang nak di terima atau tidak. Kalau tak pun tak pa, kerana sangat menghargai untuk propose nama kami yang hina ini. 

Sekian....

Sabtu, 6 September 2014

SeSi FiSiOtRaPi - MaLuNyA KiTa, TaPi MaU ...

Salam Sayang Semua ... 

Selelsai sudah pagi tadi punya sesi fisiotrapi di KPJ Klang. Bermula dari pukul 11.00 pagi selesai 12.30 tengahari. Gumbira punya hati tuhan yang tau hokey.

Nak dijadikan kisah, ingatkan pegawai yang nak menfisiotrapikan kami ni lelaki ... mak ai, sekali yang panggil anak dara cumel yang datang. Anyway kami tak kisahlah kan sebabnya bukan nak buat ape pun. Tapi tulah bila dah masuk dalam kawasan katil yang dilitupi langsir, tingalkami berdua macam lain pulak rasanya. Kikikiki (Senyum Nakal). Yang "tak selesa" nyer, awek ni suruh longgarkan seluar lah pulak, then suruh tarik seluar sampai paras separuh punggung. Habis terserlah punggung gebu kami ni ...  Bocor rahsia rumah tangga kami ni tau. Ngee.

Eeeee ... malunya tuhan jelah yang tau. Kalau dengan bini memang den tak kisah dah, ini orang asing ... erm layankan ajelah ... sebenarnya awek ni nak buat sesi ultrasound untuk kawasan disc yang bengkak tu untuk nak bagi susut. dalam 10 minit macam tulah rawatan nyer. Habis buat ultrasound, disambung pulak dengan sesi rawatan air batu yang diletakkan di kawasan bengkak tu. Ambil masa dalam 20 - 30 minit jugak. Menurut awek tu, kalau di letakkan air di kawasan pinggang yang sakit tu, then kita rasa menucuk nucuk, means memang ada bengkaklah kawasan pinggang tu. Tapi alhamdulillah, selepas rawatan tu memang hilang sakitnya. 

Jadi rawatan awal untuk kengkawan semua yang ada sama masalah dengan kami boleh mengunakan teknik rawatan ais ni. Kalau sakit urat pulak macam kami ni di tulang belikat kat kawasan bahu ni ha. Just tuamkan dengan kain yang panas. Awek tu cakap memang kesan sampingan hasil daripada kebengkakan disc ni sebab dah terkena urat sarat di kawasan tulang belakang kita ni.

Yang paling penting kena jaga betul2 pingang ni. Sebab nyer nak pakai lama. Macam2 aktiviti mengunakan pinggang nikan. 

Berikut adalah hasil MRI tulang belakang kami .... 


Gamabar tulang belakang kami ni dari pandangan sisi yerk. Memang terdapat disc yang dalam bulatan merah tu bengkak sikit. Tapi menurut doktor kami yang merawat iaitu Dr. Syed Ahmad Faisal, slip disc ni minor sahaja dah boleh dirawat menggunakan rawatan yang kami nyatakan di atas. 

Kami nak share juga dengan gambar di bawah untuk informasi kengkawan semua k : 



Semoga perkongsian ni bermanfaat dan yang paling penting kalau ada masalah kesihatan, cepat2 jumpe doktor yerk. Jangan jadi doktor sendiri atau mendapatkan rawatan daripada "mereka" yang tidak bertauliah. Keisihatan kita wajib kita jaga dan tanggungjawab sendiri. 

Sekian, Wassalam ....

BerSaBaRlAh WaHaI HaTi ....

Salam Sayang Semua .... 

 
Pagi yang sejuk yang tak berapa nak sejuk sebab dah pukul 8.30 pagi baru bangun tido. Padahal ada appointment dengan Dr. Mazita di KPJ Klang untuk masalah resdung. Nampaknya kena ditangguhkan pada minggu hadapan. Harap semuanya akan ok ... 

Cuma nanti dalam pukul 10.00 pagi ni nak pergi KPJ Klang jugak untuk sesi fisiotrapi untuk masalah minor slip dics ni ha. Banyak bebenor pulak sakitnya. Nampak sangat nikmat kesihatan banyak dah ditarik. Sesungguhnya akulah pendosa. Ya Allah ampunkanlah hambamu ini. 

Sepatutnya pagi ni jugak ada tournament futsal anjuran office. supposely kena lah hadir sebab boleh dapat point, walaupun tak minat nak main futsal ni. Tapi terlepas lagi. Banyak benda yang tidak berkesempatan hari ni. Petang ni pulak nak pergi sepupu nikah pulak. Nak kena juga datang menolong untuk bantu apa yang boleh. Erm ... akan kami lakukan yang terdaya. Insyaallah.

Masih teringat akan kata-kata ... "jikaulau Allah lupakan kita atau marahkan kita ... Dia akan sibukkan kita dengan hal-hal dunia sehingga tiada masa untuk kita untuk ingatkan kepada Nya" ... alahai .. adakah kami tergolong daripada golongan manusia ni. Sebak pulak rasanya. Sedih tak usahlah cakap. Macam terlalu jauh ditinggalkan. 

Sejak 3 hari memang jiwa kacau. Jiwa kacau sebab dengan masalah di "office" ni. Mengapa ada orang-orang2 sebegini. Adakah kami yang tidak cukup "kuat" untuk menghadapi politik office yang begitu banyak bersimpang siur. Terlalu banyak group yang cukup terserlah kepolitikan mereka ni. Macam susah nak bernafas dah nak bekerja. Lebih menyedihkan bos pulak macam lahabau.  Sedih lah pulak rasanya. Ya Allah ... kuatkan lah hati hamba mu ni Ya Allah. Demi sesuap nasi yang halal, demi untuk kelangsungan hidup isteri dan anak-anak kami. Engkau permudahkan lah perjalanan hidup kami. Berilah ketenangan jiwa yang berpanjangan supaya kami tidak tersasar dari Nur Mu Ya Allah. 

Mengharapkan Bos .. memang tak delah nak back up. Kami pulak di anak tirikan. Semua staff direct reporting dengan dia memang dianak tirikan. Pelik tapi benar. Staf orang lain pulak dilebihkan. Memang takda motivasi kerja. Tak da 2 way communication. Style leadership apelah agaknya. The best part, kalau berselisih pun memang tak reti nak senyum. Macam jadi orang asing. Memang tak effort nak kenali lebih rapat dengan staff. Tak rasa dihargai dan kewujudan kami ni. Ntahlah ... Sedih dan feeling tak best.... 

I Love My Job ... but .... seperti kami nyatakan diatas. 

Jadi bagi mereka yang membaca luahan yang tak berapa nak terluah ni ... harap faham masalah jiwa kacau 2 -3 hari ni .... memang tak mood .... Maka dengan itu, kembalilah kepadaNya.. kerana Dialah sebaik baik tempat untuk mengadu.

Sekian....