Memaparkan catatan dengan label IsLaMiC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IsLaMiC. Papar semua catatan

Ahad, 17 Mei 2015

Kisah 12 Kaum Yang Dibinasakan Allah

pompeii-victim_24759_600x450 

Sebagai seorang Islam, kita wajib mentaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarangNya.

Nasihat ini sering kita dengar terutama sekali dalam khutbah jumaat yang dibacakan oleh khatib. Kuasa Allah SWT janganlah sesekali kita cabar. Kita hanya hamba Aallah yang hina. Cuba kita hayati kisah-kisah terdahulu yang membabitkan kaum-kaum nabi. Ada di antara mereka yang telah menerima azab daripada Allah secara ‘cash’ di dunia. Jom kita hayati tentang kisah mereka.

Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang. Berikut dipaparkan secara ringkas sejarah kaum-kaum yang dibinasakan :

1. Kaum Nabi Nuh - Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).

2. Kaum Nabi Hud – Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).

3. Kaum Nabi Saleh – Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).

4. Kaum Nabi Luth – Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).

5. Kaum Nabi Syuaib – Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).
Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).

6. Firaun – Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).

7. Ashab Al-Sabt – Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).

8. Ashab al-Rass – Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).

9. Ashab al-Ukhdudd – Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9).

10. Ashab al-Qaryah
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13).

11. Kaum Tubba – ’Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).

12. Kaum Saba – Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).


Isnin, 22 Disember 2014

SuNaT MeMbUnUh CiCaK ...


RAMAI yang bertanya soalan ini kepada saya. Kenapa Islam memberi kelebihan tertentu untuk membunuh cicak? Apakah itu kerana ia pernah meniupkan api yang membakar Nabi Ibrahim? Jika benar, mengapa kerana kesalahan seekor cicak ratusan tahun lalu, semua cicak mesti dibunuh hingga ke hari ini?
Jawapan
Sebelum menjawab soalan ini, saya hendak menegaskan satu prinsip. Setiap perintah Rasulullah SAW mestilah mengandungi hikmah tertentu, sama ada kita dapat mengetahui hikmah itu ataupun tidak.
Namun begitu, setiap kali berbincang tentang perintah ataupun larangan Nabi SAW, kita mesti pastikan terlebih dahulu status kesahihan hadis yang mengandungi perintah atau larangan tersebut.
Ini kerana, menisbahkan suatu ucapan palsu kepada Nabi SAW sebuah dosa besar menurut para ulama.
Hadis yang mengandungi perintah membunuh cicak adalah sahih berasal daripada Nabi SAW. Antaranya hadis riwayat Muslim daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi memerintahkan untuk membunuh cicak dan menyebutnya sebagai haiwan perosak (fuwaisiq).
Sunat
Berdasarkan hadis di atas, para ulama sepakat menyatakan sunat membunuh cicak. Sebabnya kerana cicak termasuk haiwan perosak, pengotor dan boleh membawa penyakit. Atau dalam hadis Saad bin Abi Waqqas di atas, ia termasuk fuwaisiq.
Dalam istilah moden, kita boleh mengatakan bahawa cicak termasuk dalam kategori pest (perosak) seperti; nyamuk, kutu, tikus, pijat, lipas dan lain-lain. Semua haiwan ini digalakkan untuk dibasmi demi menjaga kesihatan manusia.
Berkata Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: "Nabi memerintahkan dan menggalakkan untuk membunuh cicak kerana ia termasuk mu'ziyat (haiwan-haiwan yang dapat mengganggu kesihatan manusia)."
Jadi, sama sekali tidak benar sangkaan bahawa kerana kesalahan cicak seekor, semua cicak mesti dibunuh hingga ke hari ini.
Meniup api Ibrahim
Kisah cicak meniup api yang membakar Nabi Ibrahim memang sahih. Al-Bukhari meriwayatkan, Nabi memerintahkan Ummu Syarik untuk membunuh cicak. Baginda bersabda: "Ia pernah meniup api pembakaran Nabi Ibrahim (untuk menyalakannya)."
Namun hadis ini sama sekali tidak menunjukkan bahawa perkara itu tidak menjadi 'illat (penyebab) suruhan tersebut. Menurut al-Baidawi, ini menunjukkan betapa kotor dan buruknya cicak sehinggakan syaitan boleh memperalatkan (cicak) untuk meniup dan menambah besar api yang membakar Nabi Ibrahim.
Jadi, lagi-lagi perbincangan kembali kepada sifat perosak dan kotor haiwan kecil ini. Sifat inilah yang menjadi sebab utama mengapa Islam memerintahkan untuk membunuhnya. Bukan kerana motif balas dendam atau perkara lainnya.
Adapun hadis al-Nasa'i dan Ibnu Majah yang menceritakan bahawa Siti Aisyah menyiapkan sebuah tombak untuk membunuh cicak, itu adalah hadis lemah.
Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW menceritakan bahawa semasa Nabi Ibrahim dilempar ke dalam api, semua haiwan berusaha memadamkannya kecuali cicak. Haiwan ini malah meniup untuk menyalakan api. Maka sebab itulah Rasulullah memerintahkan untuk membunuhnya.
Dalam sanad hadis ini terdapat kecacatan yang melemahkannya.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130129/ba_03/Bunuh-cicak-bermotif-balas-dendam#ixzz3MbtDywEv 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rabu, 12 November 2014

KiSaH LeLaKi TuA BeRkAiN PeLeKaT BaCa Al QuRaN


LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB.

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.

Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu erkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.

6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

7. Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.





8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.

9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

10. Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.)
Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, "baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20". Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , "Dengan senyap senyap tapi cantik". Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.

Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

16. Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, "Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga"

17. Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

18. Anak..Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, "Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu". Cuba anak check siapa perawinya.

(nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

19. Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,

"Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itusahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula"

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

20. Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya'. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

Jumaat, 19 September 2014

KeNaPa KaU BiArKaN AkU TeRsIkSa !!!

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
 

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

“He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago… Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan…

Assalamu’alaikum… Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah… Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?


Sorry Lim. Aku tak faham… diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang ya
ng dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal… sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.


Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Sumber : Hasil Perkongsian Group Whatssup.

Ahad, 14 September 2014

BiAwAk YaNg BeRiMaN ...

Kisah ini pernah ditulis oleh Ustaz Zahazan Hj Mohamed dalam Majalah Solusi Isu (1) iaitu kerana rezeki, masuk neraka dalam ruangan pelik tetapi benar.

Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam kitab Al-Bidayah Wan-Nihayah bahawa al-Baihaqi menceritakan daripada Abu Mansur Ahmad bin Ali Ad-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq,dalam sebuah kisah yang disampaikan daripada Umar ra.

"Rasulullah SAW sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat,tiba-tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.

Melihat ramai yang berjalan itu,beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata "Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam,putih dan merah serta selainnya.!”

Umar Al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit dan berkata “Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!”

Nabi SAW tenang menjawab permintaan Umar : “Wahai Umar! Tidakkah negkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi?”

Nabi kemudiannya berkata kepada Arab Badwi itu “Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!”

Arab Badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata “Demi tuhan Lata dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu,” katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkannya ke hadapan Nabi SAW.

 




Nabi SAW memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dalam Bahasa Arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir “Ya wahai Nabi SAW.”

Nabi bertanya; “Kepada siapakah engkau beriman?”. Jawab biawak itu; “Saya beriman kepada tuhan yang di langit itu a’rasyNnya, di bumi itu kekuasaanNnya, dan di lautan itu jalanNya dan di syurga itu rahmatNnya dan dalam neraka itu azabNya!”

Tanya Nabi lagi; “Aku ini siapa wahai biawak?”. Jawab si biawak; “Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekelian alam! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!”

Mendengar kata-kata biawak itu, Arab Badwi itu lantas berkata; “Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amatku kasihi zahirku dan batinku.” Kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah ini ialah contohilah akhlak Rasulullah SAW dalam menegakkan syiar Islam iaitu dengan cara yang berhemah dan tutur kata yang lemah lembut. Dengan tindakan demikian orang-orang yang belum beriman akan tertarik untuk beriman. Selain itu kita dapat lihat bagaimana seekor biawak (dhab) telah beriman kepada Allah SWT bahkan menyokong perjuangan Nabi SAW. Manakala manusia yang telah dianugerahkan akal ramai yang masih lagi tidak beriman kepada Allah SWT. Bahkan masih ramai yang menidakkan perjuangan untuk mendaulatkan syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Sekurang-kurangnya malulah kepada seekor binatang yang bernama biawak ini wahai manusia yang menolak dan mendustakan perjuangan Rasulullah SAW. 



 

Khamis, 11 September 2014

KeInDaHaN MaTa YaNg MeMpErSoNaKaN ....

Setinggi apapun tekhnologi yang dimiliki oleh manusia, mereka tidak akan mampu meniru tekhnologi yang dimiliki Tuhan walau kadang dari segala sesuatu yang kadang dianggap remeh oleh manusia itu sendiri. Secanggih apapun manusia mampu  membuat pesawat terbang mereka tidak akan pernah mampu meniru binatang sekecil nyamuk bahkan kutu. Secanggih apapun manusia mampu membuat mikroskop yang dapat melihat benda yang sangat kecil atau mereka mampu membuat teleskop yang mampu menembus angkasa raya untuk melihat bintang-bintang di angkasa, mereka tidak akan mampu meniru kecanggihan mata ciptaan Tuhan.

Mata adalah salah satu karya Tuhan yang sangat menakjubkan, tanpanya dunia ini akan menjadi gelap tanpanya kita tidak akan mampu melihat wajah orang-orang yang kita sayangi. Bukan hanya fungsinya yang sangat luar biasa, ternyata ketika mata difoto dalam jarak dekat dan diperbesar dalam beberapa kali pembesaran, keindahannya tidak kalah dengan fungsinya. Formasi otot dan jaringan yang ada didalamnya memperlihatkan karya menakjubkan dan diluar jangkauan ilmu pengetahuan yang dimiliki manusia.

Jaringan jernih yang membentuk lensa mata, menembus dasar mata seperti air pegunungan yang tidak mampu menutupi ikan-ikan yang berenang didalamnya. Sungguh sebuah karya cipta dari Yang Maha Cerdas dan Maha Sempurna, tidak ada sesuatu yang lain saat melihatnya selain memandang dengan penuh ketakjuban seraya hati mengatakan kata penuh kekaguman "Subhanallah"



Keindahan Mata Yang Menakjubkan Saat Difoto Dengan Beberapa Kali Pembesaran

Keindahan Mata Yang Menakjubkan Saat Difoto Dengan Beberapa Kali Pembesaran

Keindahan Mata Yang Menakjubkan Saat Difoto Dengan Beberapa Kali Pembesaran

Keindahan Mata Yang Menakjubkan Saat Difoto Dengan Beberapa Kali Pembesaran

Keindahan Mata Yang Menakjubkan Saat Difoto Dengan Beberapa Kali Pembesaran

Keindahan Mata Yang Menakjubkan Saat Difoto Dengan Beberapa Kali Pembesaran

Keindahan Mata Yang Menakjubkan Saat Difoto Dengan Beberapa Kali Pembesaran

Keindahan Mata Yang Menakjubkan Saat Difoto Dengan Beberapa Kali Pembesaran

Keindahan Mata Yang Menakjubkan Saat Difoto Dengan Beberapa Kali Pembesaran

Keindahan Mata Yang Menakjubkan Saat Difoto Dengan Beberapa Kali Pembesaran

Ahad, 7 September 2014

KaUm AaD - RaNgKa MaNuSiA RaKsAsA ....

Dalam kandungan Al Quran, memang telah di jelaskan zaman Nabi-Nabi beribu tahun dahulu orangnya tinggi-tinggi, tidak seperti zaman sekarang, sekitar lebih dari 12 kaki.

Aktivitas ekpolarasi gas di bahagian selatan gurun Arab telah menjumpai tinggalan rangka manusia yang bersaiz luar biasa. Bahagian di gurun Arab ini digelar Empty Quarter atau dalam bahasa arabnya, "Rab-Ul-Khalee")

Aktiviti ini dilakukan oleh kumpulan Aramco Exploration. Allah telah sebutkan di dalam Quran bahawa DIA telah mencipta manusia pada ukuran yang sungguh luar biasa dan tidak pernah DIA menciptanya sebelum ini. Manusia tersebut adalah dari golongan Aad yang mana Nabi HUD A.S telah diturunkan kepada mereka. Mereka ini sungguh besar dan tinggi dan sangat berkuasa sehingga mampu untuk memeluk sepohon pokok besar dan mencabutnya hingga ke akar tunjang. Kemudian, kaum yang sangat berkuasa ini telah berpaling tadah dan membelakangi Allah dan rasulNYA serta melanggar semua perintah2nya, dan akhirnya, sebagai balasan, mereka ini telah dihancurkan. 




 Jom selusuri Sejarah Kaum Aad ini ....

Allah SWT mengutus Nabi Hud a.s kepada kaum 'Aad yang menghuni daerah al-Ahqaf di sekitar Hadhramaut, Yaman. 'Aad, suatu kaum yang dianugerahkan kelebihan daripada segi kekuatan tubuh badan, keelokan paras rupa dan kekuasaan, namun mereka berbuat syirik dan melakukan kezaliman dan menjajah hamba-hamba Allah.

Kaum 'Aad berkata: Siapakah yang lebih besar kekuatannya daripada kami. (al- Fussilat: 15). Seperti halnya Nabi Hud, kaum 'Ad juga merupakan keturunan Nabi Nuh, namun mereka tidak mengakui keesaan Allah SWT meskipun Nabi Hud telah memperingatkan mereka.

Oelh kerana itu, Allah SWT membinasakan mereka melalui azab-Nya.

Allah mengisahkan perdebatan antara Nabi Hud a.s dengan kaumnya menerusi firman-Nya yang bermaksud: Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum 'Ad saudara mereka , Hud. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada AIlah bagimu selain-Nya. Maka mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya?" Ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata: "Sesungguhnya kami benar-benar memandang kamu dalam keadaan kurang akal, dan sesungguhnya kami menganggap kamu termasuk orang-orang yang berdusta.

Hud berkata: "Hai kaumku, tidak ada padaku kekurangan akal sedikitpun, tetapi aku ini adalah utusan dari Rabb semesta alam.

Mereka berkata: "Apakah kamu datang kepada kami, agar kami hanya menyembah Allah saja dan meninggalkan apa yang biasa disembah oleh bapak-bapak kami, maka datanglah adzab yang kamu ancamkan kepada kami jika kamu termasuk orang-orang yang benar."

Ia (Hud) berkata: "Sungguh sudah pasti kamu akan ditimpa azab dan kemarahan dari Rabbmu. Apakah kamu sekalian hendak berbantah dengan aku tentang nama-nama (berhala) yang kamu dan nenekmu menamakannya, padahal Allah sekali-kali tidak menurunkan hujah untuk itu. Maka tunggulah (azab itu), sesungguhnya aku juga termasuk orang yang menunggu bersama kamu". (al-'Araaf: 65-71)

Bahkan mereka meminta didatangkan azab Allah sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka menjawab "Apakah kamu datang kepada kami untuk memalingkan kami dari (menyembah) ilah-ilah kami? Maka datangkanlah kepada kami azab yang telah kamu ancamkan kepada kami jika kamu termasuk orang-orang yang benar".

Setelah itu Allah mendatangkan azab yang membentang di ufuk pada waktu mereka amat memerlukan hujan. Datanglah awan yang mereka anggap sebagai tanda datangnya nikmat hujan yang mereka nantikan, namun ternyata adalah azab Allah kepada mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: "Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami". (Bukan)! Bahkan itulah azab yang kamu minta supaya datang dengan segera, (iaitu) angin yang mengandung azab yang pedih, yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Rabbnya, maka jadilah mereka tidak ada yang kelihatan lagi kecuali (bekas-bekas) tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami memberi balasan kepada kaum yang berdosa. (al-Ahqaf: 24-25)



Dalam ayat lain, iaitu dalam surat al-Haqqah ayat 6-8, Allah menjelaskan keadaan mereka, yang bermaksud: Adapun kaum 'Aad maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang, yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan delapan hari terus menerus; maka kamu lihat kamu 'Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tanggul-tanggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk). Maka kamu tidak melihat seorangpun yang tinggal di antara mereka.

Syaikh 'Abdurrahman as-Sa'di mengatakan, setelah mereka menguasai dunia dan mencapai kemuliaan, semua keperluan hidup diperolehi, daerah dan kabilah di sekelilingnya tunduk kepada mereka, tiba-tiba Allah mengirim angin yang sangat dingin dan kencang saat hari-hari bencana tersebut agar mereka merasakan kehinaan di dunia dan azab akhirat lebih hina lagi.

Kaum Nabi Hud a.s dihancurkan Allah dengan angin yang sangat kencang dan cuaca teramat sejuk selama tujuh malam lapan hari, disebabkan kekufuran dan kemaksiatan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya.




Sumber : 

Rabu, 3 September 2014

SuRaH-SuRaH PiLiHaN & AmAlAn HaRiAn (FaDhILaT & KhAsIaTnYa)


As salam ..
Alhamdulilah ..syurkran Ya Allah ..
So today ..
Kami di Team Meletoops nak share surah-surah pilihan yang sememangnya bagus untuk di amalkan setiap hari ..
InsyaALLAH  :)

Surah yg pertama 
Surah Al-kahfi
FADHILATNYA
1. Ahmad berkata : "Saya mendengar al-Baraa'u Ibnu Aazib berkata :"Seorang lelaki telah membaca surah al-Kahfi, dan dalam rumahnya ada seekor binatang(kuda), maka di beritahunya kepada Nabi Saw." Baginda bersabda : "Adakah si fulan membaca al-Quran?Sesungguhnya itulah ketenangan yang turun ketika al-Quran dibaca atau keterangan turun untuk al-quran." (Hadis sahih riwayat oleh syukbah)

2. Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Darda' daripada Nabi saw, baginda telah bersabda : "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripda permulaan surak al-Kahfi, maka terhindar daripada al-Dajjal." (Riwayat Muslim,Abu Daud, an-Nasa'i,at-tirmizi daripada Qatadah)

3. Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi Muhammad s.a.w bersabda :"Sesiapa membaca awal dari surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya , maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi." (HR Ahmad)

4. Daripada Umar berkata : Nabi saw telah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, maka bersinarlah cahaya daripda bawah kakinya hingga ke langit.Untuknya cahaya di hari kiamat dan di ampunkannya antara dua Jumaat." (HR katsir)


Surah yang Kedua
Surah As-Sajadah
FADHILATNYA
1. Hadith Riwayat Al-Bukhari daripada Abi Hurairah r.a. berkata : "Adalah Nabi s.a.w membaca pada solat Fajar (subuh) pada hari jumaat (Alif Laam Mim Tanzil) as-sajadah dan (Hal Ata Alal Insan)Insan."
Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata : "Adalah Nabi saw tidak tidur hingga di baca surah as-sajdah dan al-Mulk.


Surah yang Ketiga
Surah Yaasiin
FADHILATNYA
1. Daripada Anas ,Rasulullah saw bersabda : "Setiap sesuatu ada hati dan hati al-Quran adalah Yaasiin" dan sesiapa yang membaca Yaasiin , maka Allah SWT tulis baginya sepertimana membaca al-Quran sepuluh kali. (HR at-Tirmizi)

2. Daripada Abi Hurairah r.a. bersabda Rasulullah saw : "Sesiapa yang membaca Yaasiin pada waktu malam, maka akan di ampunkan keesokannya, Dan sesiapa membaca "Haamim Al Dukhan" nescaya akan di ampunkan baginya keesokannya." (HR Ibnu Katsir)

3. Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata : "Al Baqarah adalah rangka.Al-Quran di turunkan setiap satu ayat dengan di sertakan 80 Malaikat dan ayat Kursi khusunya di turunkan khas dari bawah Arasy Allah yang tersusun di dalam surah al-baqarah.Dan surah Yaasiin adalah jantung hati al-Quran."

4. Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata, Rasulullah
s.a.w bersabda "Bacalah Yaasiin atas mereka yang meninggal dunia." (HR Ibnu Katsir-Abu Daud dan Al Nasa'i).

5. Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata : Nabi s.a.w telah bersabda: "Adalah saya suka kalau surah Yaasiin dalam hati setiap insan daripada umatku." (Riwayat Bazzar, Ibnu Katsir).



Surah yang Keempat
Surah Ad- Dukhan
FADHILATNYA
1. Daripada Abi Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w telah bersabda :" Sesiapa membaca surah"Haamin Ad-Dukhan" pada waktu malam, maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya." (HR Ibnu Katsir)

2. Daripada Abi Hurairah r.a berkata, nabi s.a.w bersabda : "Sesiapa membaca "Haamim Ad-Dukhan" pada malam jumaat, maka di beri keampunan baginya." (HR Ibnu Katsir)


Surah yang Ke lima
Surah Al-Waqiah
FADHILATNYA
1. Daripada Abi Dhibah berkata :"Telah sakit Abdullah yang boleh menyebabkan kematiannya. Maka di ziarahi oleh Osman Ibnu Affan r.a, beliau bertanya, "Apa yang kamu adukan?" Beliau menjawab " Dosa-dosaku" "Dan apa yang kamu mahu sekarang ?" Beliau menjawab: "Rahmat tuhan." "perlukah saya panggil doktor?"Beliau menjawab,"Doktor lebih sakit daripada saya."
Usman berkata : "Adakah kamu perlukan kepada wang.."
Abdullah menjawab :"Saya tidak berhajat kepadanya."
Usman berkata: "Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu.Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan saya jadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah "al-Waqiah" tiap-tiap malam.Sesunguhnya saya dengar Rasullullah s.a.w bersabda: "Sesiapa membaca surah "al-Waqiah" tidak akan jadi miskin selama-lamanya."



Surah Ke enam
Surah al-Hasyar
FADHILATNYA
1. Daripada fadhil Ibnu Yassar al-Muzani r.a berkata : Nabi saw telah bersabda: "Sesiapa membaca ketika bangkit subuh "Auuzubillahis-sami'il-'alimi-Minas Syaitanir-Rajim." Kemudian membaca tiga ayat akhir surah al-Hasyr maka Allah SWT mewakilkan 70 Malaikat berselawat atasnya hingga petang.Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu di kira mati syahid. (HR at-Tirmizi).



Surah Ke Tujuh
Surah al-Mulk
FADHILATNYA
1. Daripada Abi Hurairah r.a  dari Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya di dalam al-Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepda pembacanya hingga di beri keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk (Tabaarakal-Lazi)

2. Daripada Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah s.a.w telah bersabda : Satu surah di dalam al-Quran yang menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga.Iaitu (Tabaarakallazi) (HR at Tabarani)

3. Daripada Jabir r.a : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur hingga baginda membaca Alif Laam Mim, al Sajadah dan al-Mulk." (HR at Tirmizi).


Sumber : 



Sabtu, 16 Ogos 2014

KeBaHaGiAaN DaLaM PeNcArIaN ...

“Suhana, kau pernah minat pada seorang lelaki tak?” tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.

“Pernah lah,” jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.

“Kalau kau suka, kau akan buat apa?”

“Aku akan berdoa dalam hati… “Ya Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu,” ” jawab saya.

“Oh…” terdiam seketika kawan saya itu.


Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya.

Muslim-marriage-tips1 

Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.

"Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda."

Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama – bercouple tanpa ikatan nikah!

Atas alasan takut diri tidak laku, maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.

Sudah dibilang pelihara diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah.

Ya, benar.. saya akui, jodoh tidak akan datang bergolek, ia perlu dicari. Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya? Adakah mengikut syariat atau tidak? Adakah anda yakin ‘boyfriend’ anda sekarang pasti meminang anda atau tidak?

Dan akhirnya pasti kalian menjawab, “terserah pada Allah, moga inilah jodohku..”

Nah, akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, anda sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.

"Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri."

Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya. Tuntasnya, saya mahu mengingat kepada diri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah. 

Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh. Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian dengan izin Allah. Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dahulu. Mintalah kepada-Nya, kerana hanya Dia  yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.

Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!
Jangan sekadar mohon jodoh, namun-mohonlah juga keturunan yang baik kerana itu bisa menjadi penyejuk mata dan hatimu.

Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya… insyaAllah! <3