Khamis, 28 Ogos 2014

JM BaRiAnI 20 TaHuNM KuKuH Di PaSaRaN


 
RESTORAN JM Bariani House (JM Bariani) bukanlah asing bagi penduduk Lembah Klang. Bagaimanapun, untuk berada di tahap sekarang, pelbagai rintangan ditempuhi oleh pengusahanya yang juga  Pengarah Urusan JM Bariani House Sdn Bhd, Zulkarnain Mustapa.

Menceritakan detik awal berkecimpung dunia perniagaan, selepas tamat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada awal 1980 an, Zulkarnain membantu kedua ibu bapanya berniaga.  

Zulkarnain berkata, ia bermula apabila dia sekeluarga berpindah ke Shah Alam, Selangor.

“Ibu memberanikan diri menjual karipap, mi rebus dan air batu campur di depan rumah. Sebagai anak sulung, saya menjaga kedai tersebut. Pada sebelah pagi pula saya akan berniaga di bangunan SUK Selangor.

“Saya jual nasi lemak dan pelbagai jenis kuih.Pada waktu itu, pendapatan yang diterima tidak mewah,” katanya yang berasal dari Muar, Johor.



Berjinak- jinak dengan katering

Setelah beberapa bulan berniaga di Selangor, mereka mula menerima tempahan katering nasi beriani secara kecil-kecilan daripada kenalan bapanya. selain menerima tempahan daripada kawan-kawan terdekat, saudara- mara dan jiran tetangga.

“Mak dan ayah saya memasak nasi beriani guna resipi sendiri. Saya hanya membantu menjaga tempahan katering di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur serta ke pasar membeli bahan mentah.

“Segala adunan masakan nasi beriani hasil air tangan mereka dan sehingga ke hari ini rasanya masih sama. Kami mahu mengekalkan hasil adunan air tangan arwah ayah dan ibu kerana ia mempunyai nilai tinggi kepada kami sekeluarga,” katanya.

Katanya, kini nasi beriani JM Bariani dikenali di seluruh negara dan mempunyai 23 francais sekitar Lembah Klang.

Beroperasi di Subang Jaya

Setelah mendapat sambutan, Zulkarnain memikirkan masa depan perniagaannya.

“Kami ambil keputusan beroperasi di Subang Jaya dengan menyewa premis dua tingkat milik Uda Holdings Bhd selepas 10 tahun beroperasi dari rumah. Kami jadikan ruang belakang sebagai dapur dan ruang atas sebagai tempat tinggal kami sekeluarga.

“Kami buka restoran depan premis itu. Restoran pertama dinamakan Jamilah Mustafa dan dipendekkan menjadi JM Bariani House. Mulanya kami hanya jual nasi beriani kambing, nasi beriani ayam, nasi beriani daging dan nasi beriani gam,” katanya.

Zulkarnain berkata, dia bermodalkan RM60,000 yang juga simpanan sendiri.

“Di peringkat permulaan, saya peruntukkan sewa premis RM1,800, membeli periuk, kuali, dapur, kerusi dan meja dengan harga murah.

“Saya menghias restoran sendiri. Kami boleh berjimat kerana ayah dan ibu menjadi tukang masak manakala dua adik saya Abdul Hafiz Mustafa terlibat dalam pemasaran dan pengurusan manakala bongsu, Zul Atfi terlibat dalam teknikal dan menjaga kualiti.

Zulkarnain berkata, namun restoran tidak mendapat sambutan.

“Mungkin lokasinya di hujung jalan dan masih kurang dikenali. Keadaan itu tidak mematahkan semangat saya.

“Restoran tetap beroperasi.Pada waktu itu, kami bergantung kepada perniagaan katering. Setelah empat tahun, Alhamdulillah, restoran akhirnya dapat sambutan, “katanya.

Terlibat perniagaan francais

Selepas 10 tahun beroperasi di Subang Jaya, pada 2004, Zulkarnain membuka restoran keduanya di pasar raya Tesco, Shah Alam.

“Alhamdulillah, selepas setahun, saya dipelawa membuka cawangan di pasar raya Tesco Ampang. Tapi sambutan tidak seperti diharapkan,” katanya.

Ia berlarutan selama tiga tahun tetapi dia tetap bertahan dan cuba mencari penyelesaian.

“Kami bawa periuk dan tumis masakan di restoran itu. Bau tumis menarik perhatian orang ramai dan Alhamdulillah, percubaan itu berjaya,” katanya.

Sejak itu, katanya, restoran JM Bariani Ampang sentiasa dipenuhi pelanggan dan hasilnya mengatasi kerugian sebelum ini.

Cabaran sebagai pembakar semangat

“Saya berdepan masalah kewangan, restoran hampir tutup dan pelbagai karenah francaisi. Cabaran dihadapi tidak menjadikan saya terus meninggalkan perniagaan keluarga ini.

“Saya berada sejak mula kami berniaga, sudah pasti saya mahu memastikan ia terus maju.

“Kini, saya mempunyai lima restoran sendiri iaitu di Subang Jaya, Shah Alam, Ampang, Kota Damansara, Subang Parade, TTDI Shah Alam dan 17 cawangan francais melibatkan Bumiputera,” katanya.

Keistimewaan JM Bariani House

JM Bariani House mempunyai 23 cawangan tetapi hampir kesemuanya mengambil makanan dari ‘central kitchen’ Subang Jaya. Di situ, terdapat hampir 30 periuk besar untuk memasak makanan JM Bariani.

Zulkarnain berkata, rempah ratus JM Bariani didatangkan khas dari Johor dengan mengadunkannya sendiri.

“Semua francaisi akan mengambil makanan mereka di sana. Pengurus setiap restoran akan memastikan jumlah yang diambil mencukupi.

“Kadang-kadang mereka akan mengambil makanan beberapa kali pada setiap hari," katanya.

Menurutnya ‘central kitchen’ ini bermula jam 8 pagi sehingga enam petang. Sekiranya ada tempahan katering, operasi akan bermula lebih awal.

Setakat ini, hampir 100 menu disediakan di cawangan JM Bariani antaranya beriani biasa pelbagai lauk, mi bandung, mi rebus, rojak, nasi goreng dan kacang pol. Antara paling digemari pelanggan adalah kambing goreng.

“Hanya di beberapa restoran mempunyai makanan ala carte seperti di Tesco Shah Alam dan Tesco Ampang mengikut permintaan pelanggan,” katanya.

Setakat ini, JM Bariani mempunyai 40 pekerja di bahagian dapur, 120 pekerja di cawangannya dan seramai 40 orang di bahagian depan.



Perancangan pada masa depan

Setelah 20 tahun beroperasi, Zulkarnain berkata, JM Bariani House mempunyai pelbagai perancangan.

“Kami rancang menambah cawangan baharu dan beroperasi di seluruh negara dengan memastikan sistem ‘central kitchen’ boleh menampung perniagaan sejuk beku yang akan dilaksanakan.

“JM Bariani sedang buat penyelidikan dan pembangunan makanan kami. Kami juga menjadikan cawangan baharu kami di Indonesia yang akan dibuka pada Oktober depan sebagai prototaip. Kami rancang menembusi pasaran di Australia, China dan Arab Saudi,” katanya.

Tambahnya, JM Bariani juga akan membuat makanan sejuk beku menggunakan peralatan dari Jerman dan bakal membuka kilang di Puchong, Selangor pada awal tahun depan.

Selain itu JM Bariani House akan mengembangkan perniagaannya ke Medan, Indonesia Oktober ini menerusi perkongsian dengan PT Royal Bariani Berjaya.

“PT Royal sebagai francaisor induk di Indonesia dan ia kerjasama strategik untuk memantapkan pasaran  antarabangsa. Kami juga akan mengembang operasi di Malaysia dengan memperkenalkan perkhidmatan kereta sorong konsep bergerak untuk menjual makanan
bawa pulang yang akan dimulakan di gedung membeli-belah tidak lama lagi,” katanya.

Katanya, buat permulaan lima kereta sorong akan diletakkan di kompleks membeli-belah di sekitar Lembah Klang, dijangkakan pada tahun ini.

Tambahnya, strategi perniagaan baharu itu dijangka meningkatkan pendapatan syarikat sebanyak 25 peratus daripada RM15 juta dicatatkan tahun lepas.

“Kami akan buka dua restoran baharu dan sehingga kini kami memiliki 17 restoran di Lembah Klang.

“Kami juga rancang menjual produk segera di pasar raya dan mengukuhkan jenama di peringkat antarabangsa dalam industri makanan halal,” katanya.

Menurutnya, dia berhasrat membuka kafe yang menyediakan dan menjual makanan tradisional, " Mak Milah Kafe" pada masa akan datang.
 
Sumber : 

Rabu, 27 Ogos 2014

ReLaKaN JiWa

 Salam Sayang Semua .... 
Lagu ini memang shahdu sangat bila dengar sorang2 melayan jiwa lara ... 
Lirik yang bagus dan penyanyi yang baik ... 
Jom layan lagu Relakan Jiwa daripada Hazama ni ....

Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya

ApA ItU ALS IcE BuCkEt ChAlLeNgE

Apa Itu ALS Ice Bucket Challenge

ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) atau Lou Gehrig's disease di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. 

Apa Itu ALS Ice Bucket Challenge
Jika tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke yayasan ALS. Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan & mencari penawar utk penyakit ALS ni.

Di Malaysia semakin menular apabila KJ iaitu Menteri Belia Dan Sukan menyimbah sebaldi ais sebagai tanda sokongan kepada kempen ALS Ice Bucket Challenge ini.

Dan kemudian cabaran ALS Ice Bucket Challenge ini dilakukan oleh Datuk Nazri iaitu Menteri Pelancongan setelah dicabar oleh KJ...hehehehe. 

Apa Itu ALS Ice Bucket Challenge

Terkini Lee Guan Eng telah menerima cabaran Datuk Nazri yang mencabar beliau membuat  ALS Ice Bucket Challenge ini.

Jika orang yang serius akan melihat viral yang semakin menjadi-jadi ini perbuatan gila apatah lagi dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Malaysia .

Tapi aku melihat  walau ia macam kebudak-budakan namun secara tak langsung masyrakat dunia khususnya mula mengetahui apa itu penyakit Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) atau Lou Gehrig's disease ini.

Kadangkala apabila melihat video anak-anak muda melakukan  ALS Ice Bucket Challenge ini, tidak menepati kempen 100 dolar itu namun kita memerlukan aktiviti sebegini di Malaysia.

Sesekali melihat pemimpin-pemimpin kita bersetuju melakukan ALS Ice Bucket Challenge dapat meredakan sedikit sengketa politik Malaysia. Buat pertama kali mereka bersetuju akan sesuatu...hahahahahaha.

Biarlah orang kata merapu tetapi inilah kita perlukan sekarang...

Sumber :  

Selasa, 26 Ogos 2014

PeRtAnDiNgAn SeLfIe BeRsAmA TuPpErWaRe

Salam Sayang Semua ... 

Hari ini kami nak umumkan yang kami akan mengadakan Pertandingan Selfie bersama Tupperware. Pertandingan Selfie ini diadakan sekadar suka-suka untuk mereka nak menang hadiah Tupperware daripada kami. 

Berikut adalah syarat-syarikat selfile bersama tupperware : 

** Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
** Gambar Selfie haruslah unique, ceria Dan glamour dan yang paling penting gambar perlu di ambil sendiri atau menggunakan Monopod.
** Gambar Selfie haruslah bersama produk tupperware (tak kira apa saja jenis pun). 
** Sebanyak mungkin penyertaan pun boleh. 
** Setiap gambar haruslah asli dan tiada duplikasi daripada orang yang lain.

Hadiah yang menarik Disediakan : 
** Tempat pertama : Barangan Tupperware Bernilai RM100.00
** Tempat Kedua    : Barangan Tupperware Bernilai RM70.00
** Tempat Ketiga    : Barangan Tupperware Bernilai RM50.00

Nota :  

** Pertandingan ini akan diteruskan sekiranya mendapat penyertaan melebihi daripada 30 penyertaan (minimum).  Seandainya, bapak dan mak budak segan nak berselfie, suruh lah anak2 yang berselfie, kami terima juga.

** Setiap gambar yang telah diposkan untuk menyertai pertandingan ini akan kami pamerkan di blog kami. 

Setiap penyertaan haruslah dihantarkan di poskan ke facebook kami di https://www.facebook.com/norisam.zainal.7 bermula dari 26 August 2014 sehingga 30 September 2014.