PHOENIX 14 Ogos - Seekor kucing paling gemuk di Amerika Syarikat atau
mungkin di dunia seberat 15.8 kilogram terpaksa diserahkan kepada
sebuah Pusat Penjagaan Haiwan Maricopa County selepas pemiliknya enggan
menjaga haiwan comel tersebut lagi.
Akhbar Daily Mail melaporkan kucing itu yang diberi nama Meatball
diserahkan tuannya kepada sebuah pusat penjagaan haiwan di Phoenix,
Arizona selepas dia tidak mampu menjaganya lagi.
Wakil pusat penjagaan haiwan itu, Melissa Gable mendapati kucing
tersebut terlalu berat sehingga sukar untuk diangkat, ekoran beratnya
kini hampir menyamai seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.
Gable mengesyaki Meatball telah diberi diet, selain diberi makanan
kucing oleh pemiliknya, dia juga begitu meminati sos berperisa epal yang
biasanya dihidangkan bersama makan malam.
"Kami dimaklumkan bahawa kucing itu hanya diberi makan makanan
kucing, tetapi sebenarnya ia tidak menunjukkan minat terhadap makanan
kucing langsung.
"Dia didapati lebih berminat makan sos epal yang dihidangkan sebagai
juadah makan tengah hari saya, dan saya berpendapat kucing itu telah
diberi makanan yang dimakan manusia menyebabkan kucing ini menjadi
sebesar ini," katanya.
Meatball yang mengalami masalah glaucoma merupakan satu-satunya
kucing yang pernah dilihatnya bersaiz terlalu besar dan tidak mampu
bergerak pantas.
Pemilik Meatball mengambilnya daripada seorang kenalan dan memelihara
kucing itu selama enam bulan sebelum ia mula merosakkan harta benda di
dalam rumah tuannya itu, lalu tuannya menyerahkannya kepada pusat
penjagaan haiwan tersebut.
Kakitangan pusat jagaan haiwan itu kini meletakkan kucing berusia
empat tahun itu menjalani diet yang ketat ekoran keadaan kesihatan dan
berat badannya itu akan menyukarkan orang lain untuk memeliharanya
kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......