Khamis, 14 Ogos 2014

FoTo SeLfIe YaNg KoNtrOvErSi


 
LOS ANGELES 13 April - Sekumpulan pemandu mencetuskan kontroversi apabila sanggup mengambil gambar beramai-ramai berlatar-belakang kejadian seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan melompat dari sebuah jejantas di sini, baru-baru ini.

Portal berita Mirror melaporkan, kejadian itu berlaku apabila beberapa orang pemandu yang menggunakan Lebuh Raya 105 di Paramount, menghubungi pihak polis selepas terlihat seorang lelaki cuba membunuh diri di jejantas terbabit.

Polis yang tiba di lokasi kejadian terpaksa menutup laluan kedua-dua arah lebuh raya berkenaan bagi memujuk lelaki itu supaya membatalkan hasratnya itu. Ekoran kejadian itu, beratus-ratus pemandu terkandas selama tiga jam sebelum polis berjaya memujuk lelaki berkenaan daripada membunuh diri.

Namun, pada masa yang sama 14 pemandu yang tidak berhati perut, sempat mengambil gambar tentang kejadian itu semata-mata untuk menghabiskan masa akibat terkandas lebih tiga jam ekoran insiden tersebut. Mereka mengambil gambar selfie, dengan berlatar belakangkan lelaki yang cuba membunuh diri itu sedang duduk di atas pagar jejantas tersebut.

Malah seorang daripada pemandu berkenaan menggunakan nama samaran Samdawgl menyiarkan gambar kontroversi berkenaan melalui laman perkongsian gambar, Instagram sebelum menjadikan akaun miliknya sebagai sulit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......