Rabu, 29 Oktober 2014

SiNgGaH BrEaKfAsT / LuNcH BuKiT TiNgGi KlAnG

Salam Sayang Semua .... 

Syukur Alhamdulillah ... terima kasih kepada Kak Yatie yang Gorjes kerana telah sudi untuk joint Program Singgah Breakfast / Lunch Imani Licious di tempat beliau bekerja. So dapatlah kami memberikan secara percuma 2 pack besar Nasi Arab Imani Licious untuk dinikmati oleh kengkawan Kak Yatie Gorjes ni tempat beliau bekerja iaitu Pacific Selatan Agencies Sdn Bhd, BUkit Tinggi Klang.

Respon yang diberikan memang amat bagus, puas hati dan debaik sangat. Dengan harga mampu milik dan kuantiti nasi yang banyak serta Kabsah Chicken Grill kami yang sungguh menyelerakan  menjadikan Nasi Arab Arab Imani sungguh istimewa dan Meletoops. 



Bagi mereka yang nak Joint Program Singgah Breakfast / Lunch Imani Licious boleh lah personal whatssup kami untuk keterangan lebih lanjut .... sangat mudah dan manyak untong tau .... 


Sekian, 

NoRiSaM BiN ZaInAl 
LaNtErA TiMuR ReSoUrCeS
HP 016 7780286













Isnin, 27 Oktober 2014

AcAr BuAh ImAnI LiCiOuS

Salam Sayang Semua .... 

Alhamdulillah ... kami di Imani Licious dengan penuh gelogohnya nak umumkan yang kami sekarang ni open untuk tempahan Acar Buah Imani Licious "Warisan Zaman Berzaman"  yang istimewa ni. 

Macam mana erk kami boleh dapat idea nak jual acar buah ni. Sebenarnya, idea asal disebabkan kami memang dalam proses ke arah untuk membuat catering. Jadi acar buah ni projek hiliran yang sesuaian dengan biznez kami. Acar buah pula akan di gunakan untuk Nasi Briani Imani Licious yang akan dibuka tempahan dalam masa 1-2 minggu lagi ... 

Kiranya untuk variati jenis nasi, kiranya akan sudah ada 2 pilihan Nasi yang marbelles kesedapannya iaitu nasi arab dan nasi briayani yang sememangnya menggamit selera ... Alhamdulillah ... dengan izinnya, telah memberikan kami jalan yang menghasilkan makanan yang sedap ni ... Syukur ... Syukur ... Syukur ...





Sebarang tempahan boleh lah dipanjang kepada kami dengan whatssup kepada kami di 016 7780 286 untuk keterangan lanjut ..... 


NoRiSaM BiN ZaInAl 
CeO, Co. FoUnDeR 
Lantera Timur Resourses (SA0293794-X) 
Hp No. 016 7780 286 
Thanks a All 
Luv u All 


KaTaLoG TuPpErWaRe NoVeMbEr 2014








Khamis, 23 Oktober 2014

PrOgRaM SiNgGaH BrEaKfAsT ImAnI LiCiOuS

Salam Sayang Semua ...

Syukur Alhamdulillah ... finally dapat juga kami memenuhi permintaan daripada kengkawan di office yang nak rasa sangat Nasi Arab Imani Licious kami ni. Rasa bersalah pulak rasanya kalau asyik saban minggu nak rasa nasi arab tapi tak buat2 ... kesian dan tak baik menghampakan harapan kengkawan kan. 

Bagaikan satu semangat untuk kami sediakan Nasi Arab Imani Licious ni. Sanggup bangun seawal 4 pagi untuk siapkan Nasi Arab ... Hahaha .. berketang ketung di dapur seorang diri sedang orang lain enak di lamun mimipi ... But its just a beginning ... nak berjaya perlukan perancangan dan kuat semangat ... tak gitew ... 

TETAPIIIIII .... kami sedikit sedikt sedang syok memasak, teringatkan arwah mak yang setiap hari bangun awal untuk buat kuih, nasi lemak untuk di hantar kedai2 dan berniaga di Pasar Minggu. Baru ku kini mengerti, begitu besar pengorbanan seorang IBU ... Sebak dan Sayu.  Kerinduan yang tidak terbatas. Ya Allah, tempatkan lah arwah IBU ku di kalangan orang2 yang beriman. 

Syukur .. respon daripada kengkawan memang terbaik dan sungguh di luar dugaan. Alhamdulillah, setelah mengambil komen daripada kengkawan dan abah dan adik beradik, kami come out dengan kualiti Nasi Arab yang lebih berkualiti dan bercitarasa tinggi gitew. Yes ... Yabedabedu ... 







Setelah Program Singgah Breakfast ini berjaya dengan cemerlang ... secara rasminya, kami open order untuk WEEKDAY ... So bagi rakan office yang nak order NAsi Arab IMani Licious boleh lah kumpul order... boleh kami merempit bawa ke office. 


NoRiSaM BiN ZaInAl 
CeO, Co. FoUnDeR
Lantera Timur Resourses (SA0293794-X)
Hp No. 016 7780 286 
Thanks a All
Luv u All 

MeNgGaPaI ImPiAn SePeRtI MeReKa ...

Cerita pengusaha restoran mamak

Diterbitkan: Ahad 15 Mei, 2011 MYT 12:29:00 PM
Dikemaskinikan: Ahad 15 Mei, 2011 MYT 12:52:46 PM
Original Penang Kayu Nasi Kandar

NASI kandar bukanlah menu wajib yang perlu ada di setiap restoran India Muslim atau mamak namun penggunaan nama itu mencerminkan identiti perniagaan.

Pengarah Urusan Original Penang Kayu Nasi Kandar Bhd (Kayu Nasi Kandar), Burhan Mohamed, 49, berkata, penggunaan nama nasi kandar sekadar pilihan tidak membezakan dengan mana-mana restoran mamak yang lain.

“Setiap pengusaha mempunyai cara tersendiri untuk memasarkan perniagaan mereka. Namun Kayu Nasi Kandar hanya memperkenalkan yang asas terutama nasi kandar.

“Tidak dinafikan nama itu begitu sinonim dengan restoran mamak kerana sudah menjadi identiti sejak dahulu bahkan ia juga menjadi pelaris di pasaran,” katanya.

Burhan Mohamed

Kayu Nasi Kandar bermula daripada sebuah gerai secara kecil-kecilan di salah sebuah restoran di Petaling Jaya, Selangor pada tahun 1980.

Bagaimanapun, perniagaan yang dipelopori oleh keluarga Burhan semakin menguntungkan sehingga beralih untuk memiliki restoran sendiri pada 2004.

“Sudah lebih 38 tahun saya menceburkan diri dalam perniagaan makanan ini. Kayu Nasi Kandar yang dahulunya hanya sebuah gerai kini mempunyai tujuh cawangan.

“Lambakan restoran mamak di pasaran tidak menjejaskan perniagaan kerana asas makanan menjadi kekuatan namun dipelbagaikan mengikut peredaran masa,” katanya.

Restoran Kayu Nasi Kandar
Burhan berkata, asas itu adalah makanan berasaskan nasi yang mengutamakan nasi kandar dan menu lain seperti roti canai, roti nan dan tandoori.

“Kayu Nasi Kandar tidak mengetengahkan makanan Asia lain seperti tom yam atau hidangan dari Barat. Nasi Kandar kekal sebagai identiti kami.

“Persaingan tidak semestinya perlu mengubah konsep sedia ada tetapi memfokuskan kepada peningkatan kualiti operasi, premis dan perkhidmatan,” katanya.

Jawahar Ali

Bukan mudah jadi paling lama

MENJADI antara restoran mamak yang beroperasi paling lama bukannya mudah namun pada usia separuh abad, Restoran Bilal masih mampu bertahan sehingga kini.

Pengurusnya, Mohamed Hussain Mohd Ghouse, 50, berkata, Restoran Bilal mula beroperasi pada 962 dan menjadi pelopor kepada restoran mamak ketika itu.

“Kami sangat terkenal dengan makanan dari Selatan India. Pelanggan tidak putus-putus datang menikmati sajian istimewa iaitu Nasi Briyani dengan Ayam Ayavadi.

“Pelanggan kami terdiri daripada pelbagai bangsa malah menyediakan perkhidmatan makanan kepada beberapa restoran lain kerana sambutan amat menggalakkan,” katanya yang sudah berkhidmat dengan Restoran Bilal selama 28 tahun.

Pada masa ini, Restoran Bilal mempunyai dua cawangan iaitu di Jalan Ampang dan Jalan Tunku Abdul Rahman, masing-masing di Kuala Lumpur.

Mohamed Hussain berkata, restoran tersebut sebelum ini mempunyai dua cawangan lain di Jalan Ipoh dan Seremban namun terpaksa ditutup kerana kekurangan pekerja.

“Bukan mudah untuk kekal seperti sekarang. Kami berhadapan dengan masalah mendapatkan pekerja dan tiada kemudahan letak kereta untuk pelanggan.

“Kemunculan restoran-restoran mamak yang lebih besar dan moden pada hari ini turut memberi kesan kepada perniagaan kami,” katanya yang mengakui bilangan pelanggan menyusut lebih 50 peratus berikutan persaingan dan kekangan lain.

Mohamed Hussain Mohd Ghouse

Walaupun tidak berkembang pesat seperti pesaing lain namun beliau menyifatkan ketahanan Restoran Bilal sehingga kini disebabkan oleh keasliannya.

“Bukan semua orang mahu sesuatu yang baru. Ada juga yang menyukai sesuatu yang asli dan setia mengikuti makanan di Restoran Bilal sejak bertahun-tahun.

“Kami tidak menggunakan konsep makanan segera seperti kebanyakan pesaing lain, sebaliknya mengamalkan hidangan seperti di rumah,” kata Mohamed Hussain.

Masyhur dengan 27 cawangan

PELITA Nasi Kandar bukan sahaja masyhur malah mempunyai rangkaian terbesar di Malaysia dengan 27 cawangan.

Bermula dengan perniagaan warung di Taman Chai Leng, Prai, Pulau Pinang pada Jun 1995, kepakaran Kirudu Mohamed Kuppaikanni yang lebih popular sebagai Abang KK dan Kaliq Jamal yang mesra dengan sapaan Pak Misai dalam penyediaan nasi kandar telah menyebabkan nama Nasi Kandar Pelita tersebar dengan cepat di kalangan penduduk setempat.

“Abang KK adalah orang pertama yang memperkenalkan ‘kuah campur’ di restorannya di Tamil Street. Dia juga pakar dalam campuran kuah menjadikan sajian ini sukar dilupakan,” kata Pengarah Operasi Pelita Samudera Pertama (M) Sdn Bhd Sihabutheen K.K.

Sihabutheen berkata, kejayaan restoran ini terhasil apabila ilmu generasi lama dipadankan dengan inovasi perniagaan dan strategi pengurusan yang mantap.

Abang KK mempunyai 40 tahun pengalaman dalam memasak nasi kandar manakala Pak Misai berpengalaman selama 34 tahun.

“Generasi baru peniaga India Muslim hari ini berjaya mengubah bisnes tradisi berskala kecil ke industri bernilai jutaan ringgit,” katanya.

Menurut Sihabutheen, pihaknya sentiasa mengikut kehendak pelanggan bagi memastikan Pelita Nasi Kandar terus maju.

Restoran Bilal masih bertahan sehingga kini meskipun dengan kebanjiran restoran India Muslim atau mamak lebih besar dan moden.

Nama ‘pelita’ yang dipilih amat sesuai dengan perniagaan ini, lambang perniagaan yang berkembang dan mempunyai masa depan cerah.

Antara lauk-pauk popularnya termasuklah kari ikan, kambing ros, ketam masala, ayam madu dan sotong goreng.

Selain memberi sumbangan besar dalam industri makanan negara, restoran ini turut mencerminkan identiti positif Malaysia apabila berjaya membuka cawangannya di Chennai, India.
 
Tak lupa kebajikan

PENGASAS Restoran Ali Maju Datuk Jawahar Ali yang mempunyai 14 cawangan restoran di sekitar Selangor dan Lembah Klang berkata, disiplin dan komited adalah rahsia kejayaannya dan digunakan sehingga hari ini.

“Tahun 1993 saya berhijrah ke Kuala Lumpur bersama isteri untuk buka bisnes. Selepas setahun timba pengalaman berniaga dengan abang saudara, saya buka cawangan pertama di Wangsa Maju.

Jawahar meminjam RM100,000 daripada rakannya sebagai modal permulaan dan mendapat sokongan ahli keluarga dalam membina empayar perniagaan.

Mementingkan servis, kualiti makanan, harga patut dan kebersihan dalam menjalankan operasi perniagaan, faktor ini telah membina kepercayaan pelanggan.

“Saya letak peti cadangan dan nombor telefon di setiap restoran. Kalau ada aduan atau cadangan, saya orang pertama yang dapat tahu. Kaedah ini sangat berkesan untuk penuhi kehendak pelanggan,” katanya.

Lebih membanggakan, beliau tidak pernah lupa membuat kebajikan dan menghulurkan khidmat sosial kepada mereka yang memerlukan walau bergelar usahawan berjaya.

Sumber :
http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2011/5/15/mstar_mingguan/20110515122815 

Rabu, 22 Oktober 2014

KaSiHnYa IbU ...

Salam Sayang Semua ... 

Video Pilihan Inspirasi kali ini temanya ... Kasih Ibu dan Ayah bawa ke Syurga yang Abadi ... Sedih mengenangkan kenangan bersama Arwah ...



Jangan bersedih ... beramal soleh untuk dibekal kepada yang telah tiada ok ... Lah Tahzan..

Selasa, 21 Oktober 2014

DiWaLi PrOmOtToN OpEn SaLe & DeLiVeRy (RaBu, 22/10/2014)


Salam Sayang Semua ....   

Nasi Arab Imani Licious sekarang ni Open sale dan delivery untuk hari esok bersamaan dengan hari RABU, 22/10/2014.  Promosi kami seperti berikut :  

Nasi Arab Imani LIcious (Promo Pack RM7.50) 
1. Nasi Arab 
2. KabsahChicken Grill 
3. Salatah
4. Salad / Ulam
5. Sup 


Nasi Arab Imani Licious tanpa AYAM (Promo Pack RM4.00)
1. Nasi Arab
2. Salad

Delivery :  
Hari                   : Rabu
Tarikh                : 22 October 2014
Masa                 : 11.00 Pagi - 12.00 tengahari
 
Note : Confirmation Order sebelum jam 5.00 malam, hari ini (Selasa, 21/10/2014).  













Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami di talian 016 7780 286. Kerjasama dengan pihak anda amat kami hargai. Luv u All .... 


Norisam bin Zainal 
CEO, Co. Founder
Lantera Timur Resourses (SA0293794-X)
Hp No. 016 7780 286 

Isnin, 20 Oktober 2014

BiG OrDeRs ... SyUkUr AlHaMdUuLlilAh ...

Salam Sayang Semua ....

Syukur Alhamdulillah .... bukan besar sangat pun. Tetapi bagi kami yang nak belajar berbiznez, rasa happy sangat bila dapat Order almost 130 packs. 92 packs daripada Xenso Electronics Sdn Bhd dan 22 packs di  LHDN Klang dan selebihnya Individu ... Siap bagi details kan ... Memang poyokan ... Nasiblah Blog kami ... suke atilah .. muahaha ... 

Terima Kasih kepada Kak Nora yang recommend Nasi Arab Imani Licious kami ni dan Puan Amal yang dok promote Nasi Arab kami ni dengan kengkawan untuk lunch dari 1 packs meningkat kepada 22 packs plus 2 keping ayam. Alhamdulillah .... semuanya di atas sokongan kengkawan dan recommendation pelanggan-pelanggan kami. Sayang kamu semua hokey !!!!. 

Feedback yang kami terima sangat positif dan cukup baik. Itu yang rasa seronok dan segala penat lelah memasak pun terubat sikit.  Bila cerita bab memasak ni memanglah penat tetapi bila ada repeat order daripada customers. It is a gud sign kan ... so kena teruskan perjuangan sehiggan matlamat utama  tercapai dan digapai. 

A long the way the journey, semestinya kita akan mendengar suara-suara sumbang yang akan cuba mengubah kiblat kita, but kita kena sentiasa positif dan jangan cepat mengalah ... kalau tidak hanyut ... 

Bersabarlah .. kerana kejayaan memerlukan kesabaran yang banyak ...  




Sekian ... 
Lantera Timur Resources 
016 7780 286

Jumaat, 17 Oktober 2014

CaRiNg Is PiNk CaMpAiGn 15 - 31 OcToBeR 2014








OpEn SaLe & DeLiVeRy (SaBtU, 18/10/2014)

Salam Sayang Semua .... 

Nasi Arab Imani Licious sekarang ni Open sale dan delivery untuk hari esok bersamaan dengan hari SABTU, 18/10/2014.  Promosi kami seperti berikut : 

Nasi Arab Imani LIcious (Promo Pack RM7.50)
1. Nasi Arab 
2. KabsahChicken Grill 
3. Salatah
4. Salad / Ulam
5. Sup 
 
Nasi Arab Imani Licious tanpa AYAM (Promo Pack RM4.00)
1. Nasi Arab 
2. Salad
 
Delivery : 
Hari                   : SABTU
Tarikh                : 18 October 2014
Masa                 : 1.00 petang - 2.00 petang
 
Note : Confirmation Order sebelum jam 5.00 malam, hari ini (JUMAAT, 17/10/2014).  




Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami di talian 016 7780 286. Kerjasama dengan pihak anda amat kami hargai. Luv u All .... 


Norisam bin Zainal 
CEO, Co. Founder
Lantera Timur Resourses (SA0293794-X)
Hp No. 016 7780 286 

Selasa, 14 Oktober 2014

OpEn SaLe & DeLiVeRy (RaBu, 15/10/2014)

Salam Sayang Semua .... 

Nasi Arab Imani Licious sekarang ni Open sale dan delivery untuk hari esok bersamaan dengan hari RABU, 15/10/2014.  Promosi kami seperti berikut : 

Nasi Arab Imani LIcious 
1. Nasi Arab 
2. KabsahChicken Grill 
3. Salatah
4. Salad / Ulam
5. Sup 
 
Delivery : 
Hari                   : Rabu
Tarikh                : 15 October 2014
Masa                 : 1.00 petang - 2.00 petang
 
Note : Confirmation Order sebelum jam 8.00 malam, hari ini (Selasa, 14/10/2014).  




Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami di talian 016 7780 286. Kerjasama dengan pihak anda amat kami hargai. Luv u All .... 


Norisam bin Zainal 
CEO, Co. Founder
Lantera Timur Resourses (SA0293794-X)
Hp No. 016 7780 286 

Isnin, 13 Oktober 2014

KoLeKsI KaTaLoG OcToBeR 2014
















Kami offer another 10% to 15% diskaun

 Sebarang tempahan please Order ASAP di HP No. 016 7780 286 
Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat dan sementara stok masih ada ....  Untuk lebih banyak promosi Tupperware ....   
Jom Klik SaYa NaK LeBiH BaNyAk PrOmOsI TuPpErWaRe