Khamis, 23 Oktober 2014

PrOgRaM SiNgGaH BrEaKfAsT ImAnI LiCiOuS

Salam Sayang Semua ...

Syukur Alhamdulillah ... finally dapat juga kami memenuhi permintaan daripada kengkawan di office yang nak rasa sangat Nasi Arab Imani Licious kami ni. Rasa bersalah pulak rasanya kalau asyik saban minggu nak rasa nasi arab tapi tak buat2 ... kesian dan tak baik menghampakan harapan kengkawan kan. 

Bagaikan satu semangat untuk kami sediakan Nasi Arab Imani Licious ni. Sanggup bangun seawal 4 pagi untuk siapkan Nasi Arab ... Hahaha .. berketang ketung di dapur seorang diri sedang orang lain enak di lamun mimipi ... But its just a beginning ... nak berjaya perlukan perancangan dan kuat semangat ... tak gitew ... 

TETAPIIIIII .... kami sedikit sedikt sedang syok memasak, teringatkan arwah mak yang setiap hari bangun awal untuk buat kuih, nasi lemak untuk di hantar kedai2 dan berniaga di Pasar Minggu. Baru ku kini mengerti, begitu besar pengorbanan seorang IBU ... Sebak dan Sayu.  Kerinduan yang tidak terbatas. Ya Allah, tempatkan lah arwah IBU ku di kalangan orang2 yang beriman. 

Syukur .. respon daripada kengkawan memang terbaik dan sungguh di luar dugaan. Alhamdulillah, setelah mengambil komen daripada kengkawan dan abah dan adik beradik, kami come out dengan kualiti Nasi Arab yang lebih berkualiti dan bercitarasa tinggi gitew. Yes ... Yabedabedu ... 







Setelah Program Singgah Breakfast ini berjaya dengan cemerlang ... secara rasminya, kami open order untuk WEEKDAY ... So bagi rakan office yang nak order NAsi Arab IMani Licious boleh lah kumpul order... boleh kami merempit bawa ke office. 


NoRiSaM BiN ZaInAl 
CeO, Co. FoUnDeR
Lantera Timur Resourses (SA0293794-X)
Hp No. 016 7780 286 
Thanks a All
Luv u All 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......