KESAN domino adalah satu frasa kata yang mendefinisikan kesan
berangkaian dan saling kait mengait di antara satu perkara kepada
perkara yang lain.
Sekeping domino yang dijatuhkan akan menjatuhkan domino-domino lain yang tersusun secara satu persatu sehingga selesai kesemuanya. Begitu juga dengan apa yang akan terjadi kepada sesuatu perkara yang dikaitkan dengan kesan domino.
Kenaikan harga petrol ron 95 dan diesel sebanyak RM 0.20 adalah merupakan domino pertama yang terjatuh dan akan memberi kesan kepada harga barangan-barangan lain yang terlibat terutama yang memerlukan pengangkutan dari satu tempat ke tempat yang lain. Peningkatan kos bagi input kepada sesuatu pengeluaran secara langsungnya akan meningkatkan kos kepada produk yang akan dihasilkan. Sebagai kesudahan, pengguna akhir akan menerima peningkatan kos secara inklusif dan kesan berganda ke atas kesemua barangan yang digunakannya.
Selain itu, harga barangan juga akan meningkat disebabkan oleh adanya mereka yang menangguk di air yang keruh. Tiada siapa yang dapat memberi jaminan bahawa keseluruhan peniaga adalah merupakan mereka yang beretika dan amanah sungguhpun tidak semua mereka adalah celaka dan punah. Tetapi secara makronya, akan ada mereka yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menaikkan harga walaupun peningkatan petrol tiada kaitan di dalam penghasilan produk atau servis yang dikeluarkan olehnya. Yang teraniaya adalah pengguna akhir dan mereka yang tidak mempunyai pilihan selain daripada membeli dengan harga yang tinggi ini.
Peningkatan petrol ini secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya peningkatan harga secara global di peringkat lokal. Peningkatan harga yang tidak sejajar dengan pendapatan akan menyebabkan nilai permintaan dalam bentuk wang ringgit akan lebih tinggi berbanding kuasa beli yang setara. Keadaan ini akan meningkatkan inflasi nasional dan secara tidak langsung dan membantu kepada peningkatan produk-produk lain.
Kesan domino ini adalah konsisten dengan kesan berganda (multiplier effect) di mana setiap jatuhan domino akan dibawa bersamanya momentum jatuhan yang meningkat di antara satu domino dengan domino yang lain. Peningkatan harga yang bermula sebanyak 20 sen pada petrol akan dipindahkan kepada peningkatan kos pengangkutan di mana ia melibatkan hampir semua peringkat pengeluaran. Peningkatan kos pengeluaran akan memberi kesan kepada marjin keuntungan dan semestinya syarikat tidak akan menanggungnya secara sendirian. Sebaliknya, mereka akan memindahkan kos tersebut kepada pelanggan. Kombinasi kos-kos di semua peringkat ini semestinya memberi kesan berganda kepada pengguna akhir.
Bayangkan, sekiranya kos pengangkutan bagi setiap barangan dinaikkan sebanyak 3 peratus bagi setiap peringkat dan sesuatu proses pengeluaran itu akan mengambil minimum 4 peringkat, maka jangkaan nilai berganda adalah sekitar 12 peratus (3 peratus x 4 peringkat = 12 peratus). 12peratus ini adalah merupakan nilai jangkaan peningkatan harga akhir kepada sesuatu barangan. Nilai ini dikira konservatif kerana peningkatan sebenar bagi setiap liter petrol ialah 10.53%berbanding harga sebelum ini.
Penulisan ini bukan bermaksud untuk mewujudkan perasaan amarah kepada mereka-mereka yang terlibat tetapi ia bertujuan untk melihat apakah kesan-kesan yang telah dan akan terjadi kepada pengguna akhir. Pada masa yang sama, solusi di peringkat individual, masyarakat dan negara cuba diselusuri.
Kita tahu bahawa pengurangan subsidi bagi petrol dan diesel ini adalah antara proses realisasi di mana negara perlu untuk mengurangkan defisit terutama apabila negara berada di ambang kegawatan. Sokongan semua pihak di dalam menghadapi cabaran kegawatan ekonomi adalah amat diperlukan. Di dalam senario kegawatan yang tidak dapat dijangka, pelbagai keadaan boleh berlaku. Untuk itu, persediaan negara perlu tuntas umpama Nabi Yusuf AS mempersiapkan Mesir dengan simpanan-sipanan stok bekalan di dalam menghadapi kegawatan ekonominya pada masa tersebut. Namun, adakah dengan mengurangkan subsidi kepada masyarakat ramai adalah merupakan perancangan menghadapi kegawatan yang betul-betul bijak?
Adakah di sana terdapat kaedah-kaedah lain yang boleh difikirkan bagi menangani perkara-perkara ini?
Orang ramai, syarikat-syarikat kebanyakkan dan institusi-institusi kerajaan dan bukan kerajaan adalah bukan satu-satunya golongan yang menggunakan sumber tenaga petrol, diesel dan gas yang disubsidikan. Akan tetapi, syarikat-syarikat pengeluar penjana bebas (IPP) juga turut mendapat manfaatnya. Kemanfaatan harga rendah berbanding harga pasaran yang ditawarkan kerajaan adalah bagi memastikan kadar elektrik yang dikenakan kepada pengguna akhir adalah rendah. Kaedah yang dilaksanakan kerajaan ini adalah amat baik di mana ianya turut mengengkang daripada penularan peningkatan harga secara berganda. Namun demikian, harga yang rendah ini telah memberi peluang kepada IPP untuk menikmati keuntungan yang cukup lumayan dengan pasaran yang tetap dan kos yang stabil.
Di dalam senario sekarang, di mana orang ramai terpaksa berdikit dan syarikat-syarikat IPP terlebih untung, maka penulisan mencadangkan agar usaha-usaha kajian kembali ke atas Perjanjian Pembelian Kuasa (APP) dengan syarikat-syarikat IPP perlu dipercepatkan dan diperhalusi dengan sebaik mungkin. Ini bagi membolehkan kerajaan tidak hanya menjadi sebagai ‘absorber’ ke atas naik turun harga bahan api demi menjaga keuntungan syarikat-syarikat IPP. Berdasarkan falsafah ‘utilitarian’, hak orang kebanyakan perlu diutamakan berbanding hak-hak minoriti. Dengan itu, peningkatan sedikit harga kepada IPP yang mungkin dapat menurunkan sedikit keuntungan syarikat adalah lebih utama berbanding peningkatan kos bahan api kepada orang ramai yang melibatkan keseluruhan 28.3 juta rakyat Malaysia.
Kaedah kedua yang ingin diutarakan ialah penaiktarafan mutu dan kawalan kewangan negara di semua peringkat baik Kerajaan Pusat mahupun kerajaan negeri. Penaiktarafan kawalan yang amat berhati-hati dan ketat dipercayai akan menjadi elemen penting di dalam mengawal segala pembaziran yang boleh berlaku. Saban tahun, negara didedahkan dengan pelbagai ‘financial leakage’ di semua peringkat yang mana jumlah kebocoran tersebut adalah amat besar. Bagaimanapun, ianya seolah-olah mencurah air ke daun keladi tanpa adanya apa-apa kesan kepada mereka yang terlibat. Untuk itu, penulis percaya bahawa peningkatan jimat cermat dan berhati-hati di dalam perbelanjaan di peringkat kerajaan adalah amat penting bagi memastikan kewangan negara berada di dalam paras stabil.
Sebagai simpulnya, penulisan percaya tindakan kerajaan untuk mengurangkan subsidi adalah bukan tindakan yang dibuat secara sambil lewa bahkan ianya melibatkan kajian yang terperinci yang telah dilaksanakan. Namun pemilihan mangsa pengurangan subsidi nampak sedikit tempang di mana masyarakat umum sepatutnya tidak menjadi pilihan utama untuk dikorbankan. Pihak kerajaan perlu mencari alternatif-alternatif lain sebagai perisai sebelum tubuh dan jasad menjadi pilihan.

Hashim Ahmad Shiyuti
Pengarah Urusan Daya Fikir Solutions
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik
dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar
Harian Online.
Sumber :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......