Salam Sayang Semua ...
Apa khabar semua .... mesti meriahkan sambutan Hari Raya Korban kengkawan semua .... Begitu juga dengan kami. Cuma kali ini, sambutan tanpa kehadiran arwah emak. Sesungguhnya, kami harus membiasakan suasana ini, kerana pasti arewah emak tidak akan kembali lagi. Hanya iringan doa dan amalan jariah yang dapat kami lakukan.
Seperti biasa, setiap tahun, saudara mara kami akan menjalankan perniagaan Lemang dengan menggunakan trademark "Lemang Mana Lagi" ... yang cukup popular di Kampung Jawa ... jadi kami telah merebut peluang keemasan ini dengan berniaa sekali Nasi Arab Imani Licious. Lagi pun, bukan senang nak dapat peluang macam ni, sebab dah ready tapak dan crowd customer yang sedia ada.
Syukur alhamdulillah, Nasi Arab sebanyak 5 kilo yang kami masak hampir habis kesemuanya. Kalau tidak kerana hujan di sebelah petang, insyaallah mungkin boleh habis kesemuanya .... Apa pun itu semua atas izin Allah. Kerana matlamat utama kami adalah untuk memperkenalkan dahulu brand Nasi Arab Imani Licious dahulu. Kami percaya, sekiranya produk yang ditawarkan bagus dengan harga yang mampu bilik pasti akan meniti bibir ke bibir pelanggan dan orang ramai.
Masih banyak usaha harus ditingkatkan dan peningkatan kualiti Nasi Arab Imani Licious ini supaya lebih unik dan berdaya saing. Kalau tidak akan terkubur macam tu je lah kesudahannya .... Huhuhu ....
Sementara tu, mulai khamis ni akan menghantar Nasi Arab Imani Licious ni di Gerai yang tepi jalan bertentangan dengan Restoran Selera Orang Kampung .....
Sekian ...
3rd OcToBeR 1982 SeHiNgGa KiNi ....
BlOg InI AdAlAh SeBaHaGiAn CeRiTeRa DaRiPaDa SiSi HiDuP KaMi ....
MoSt WeLcOmE To OuR WoRlD ...
LiKe It Or NoT, No BoThEr ...
BlOg InI AdAlAh SeBaHaGiAn CeRiTeRa DaRiPaDa SiSi HiDuP KaMi ....
MoSt WeLcOmE To OuR WoRlD ...
LiKe It Or NoT, No BoThEr ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......