Isnin, 23 November 2015

SeLeSaI SuDaH BeReHaT SeLaMa SeMiNgGu ...

Salam sayang semua ...

Macam dah lama kami terjah blog kami ni... bukan kami merajuk atau apap pun cuma berlaku 2 perkara yang tak dapat nak dielakkan ... Alahai, dugaan daripada Allah. Kami redha ...

Perkara pertama, kami ni tak sihat sebab ada Jangkitan kuman pada tonsil ni ha... Dr. bagi MC 3 hari so berehat jelah di rumah sambil makan benda yang berkhasiat dan makan ubat Doktor. Kalau tak nanti melarat memang susah ... sebelum ni dah kena tulang ikan tersekat kat tonsil tu, ni pulak ada jangkitan kuman pulak ... dugaan bebenor. Tokak pun sakit, Deman pun datang dan selsema menjengah jugak ... Full package katanya ....

Sementela tokak sakit, steamer kami pun buat hal, merajuk lah tu agaknyer, sebab memang plan nak menambah steamer sebab tempahan pun dah semakin banyak. Terus rosak hokay. Tempahan minggu lepas ada yang terpaksa kami tolak .... bukan rejeki namanya ... Tempahan 10 talam lapis juga kami tolak jugak walau kami nak sangat buat sebab marketing bergerak lah kan .. sebab yang nak makan tu pun untuk majlis keraian .. rugi kalau tolak.. kalau sodap mesti mereka akan continue order.

Kami redha je lah ....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......