Isnin, 31 Mac 2014

DeRhAkA KePaDa IbU BaPa ...


"Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari no: 5975 Kitab al-Adab)


Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

"Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)

"Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)

Ahad, 30 Mac 2014

JaNgAn RiAk DaN TaKaBbUr ....



Salam Sayang Semua …..

Alhamdulillah … di kesempatan ini, dengan izin Allah, dapat juga Admin untuk meluangkan masa untuk membuat sedikit coretan … sebagai bingkisan dari rasa bertemu rasa .. dari akal bertemu akal … Moga bermanfaat buat kalian yang singgah sebentar di blog Cookies Meletoops Collections Tops Top Tops hehehe …

Syukur Alhamdulillah, begitu banyak rahmat dan kasih sayang yang Allah telah kurniakan kepada kita … tidak terhingga nilai … syukur kepada Allah … Alhamdulilah … Namun begitu, kita sering alpa dan lalai untuk berterima kasih kepada Allah … Nikmat yang paling besar, apabila kita dilahirkan sebagai umat Islam … Agama yang Unggul dan Syumul. Sedangkan yang lain masih mencari-cari arah tuju kehidupan yang belum pasti penghujungnya dan pengakhirannya … tidak kurang kepada mereka masih menagih hidayah dan pintu rahmat daripada Allah …. Sungguh indah hidup ini … Seindah pelangi yang muncul selepas hujan berhenti …


Sedang kita berlumba-lumba mencari redha daripada Alllah … Jangan lah kita takbur dan mendabik dada, takut-takut akan menimbulkan rasa riak dan seterusnya amalan kita tidak diterima oleh Allah …..

Ameen Barakallah …

Jumaat, 28 Mac 2014

MeNgApA AlLaH MeNgUjI KTta ?


Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan... terdetiklah rasa , "Apakah Tuhan sayangkan aku?Kenapa aku diuji sebegini berat sekali?"


Kenali Tuhan yang mengujimu !
Tanpa kita sedari kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.

Paling malang, manusia kerap terlupa dirinya hamba. Terutama ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita kalimah 'istirja' setiap kali diuji. 


ان لله و إن اليه راجعون

"Kami milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan"

Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sesekali menolah apalagi 'mengamuk' apabila diuji. Kita hanya hamba...

Namun, untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu, Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha Hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?

Orang yang mengenal kasih sayang Allah punya keyakinan bahawa keputusan (takdir) Allah itu yang memberikan yang terbaik. Allah Maha Pengasih dan Penyayang, tidak memberi sesuatu yang buruk untuk hambaNya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.

Yakinlah bahwa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak tahu atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, Ya Allah, mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah):

"Sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila Dia menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati"

Di antara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu. Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Lalu apabila diuji, nafsu itulah yang terdesak, tidak sennag dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.

Jadi, apabila nafsu terdesak, hati dan akal akan terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesungguhnya akan melemahkan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah disa - mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.


Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal. kerana Qada dan QadarNya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat dan cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila emelkat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru Allah berfirman : 

".... Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu"
(Surah al-Baqarah : 216)

Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, "Belum dikatakan seseorang itu kenal Allah, sebelum ia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya"



Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) ridak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa? Sebaliknya apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang dikehendaki Allah pada seseorang itu kebaikan, makan Allah akan cuba dengan ujianNya"

Jadi apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tiada hikmahnya. Orang-orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah. Tapi bagi anti diuji, tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan nafsunya sahaja.

Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujianNya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba kepada Allah. Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan tiga langkah ini apabila diuji L

1) Kuatkan Iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. 
2) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran.
3) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. 

Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk 'membesarkan' kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata... Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk 'membesarkan' lagi pengaruh kepimpinannya.
Dan setiap kita adalah pemimpin. Sekurang-kurangnya pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji ! Justeru apabila diuji jangan katakan 

"Apakah aku tersisih?"

sebaliknya, katakan.

"Aku sudah terpilih!"

"Apabila kira redha atas sesuatu yang mengecewakan kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka"

Suka untuk kak cik kongsikan satu kata-kata tutor kak cik ketika kelas tutorial Ahad lepas :
"Anehnya orang beriman, apabila diuji dia bersabar, apabila diberi kesenangan dia bersyukur"

Duhai hati, bersabarlah dan terus melangkah!.... :-)



Sumber : http://sabaritucantik.blogspot.com

Khamis, 27 Mac 2014

JuMbO KeEpEr SeT

JuMbO KeEpEr SeT Retail RM200.00+++

Tapi kami offer seperti berikut :

Jumbo Keeper (1) 5.7 Liter (RM45.00)
Mega Square Keeper (1) 10.5 Liter (RM65.00)
Kracker Keeper (2) 3.0 Liter (RM35.00 each)

If Complete Set Jumbo Keeper only RM150.00

BiLa TuHaN SeDaNg MeNdUgA

Menghadapi kehilangan orang tersayang dalam masa berturut bukan sahaja membuat hati saya tidak bermaya, tetapi menyebabkan minda saya menerawang jauh. Saya bagaikan terkesima. Bukan tidak redha dengan ketentuan Allah tetapi kenangan bersama orang-orang tersayang ini membuat hati mudah tersentuh dan air mata pun mudah mengalir.Namun yang pergi tetap pergi. Mereka tidak akan kembali menemui saya dan saudara mara yang ditinggalkan. Kenanganlah yang menjadi pengubat rindu.



Pengalaman pahit ini biarpun sukar untuk diucapkan dengan kata-kata tetapi hati yang merana pasti tidak dapat berbohong. Ketika saya kehilangan bonda tahun lalu, dunia terasa begitu sunyi. Kegembiraan bagaikan direntap tetapi bapa saudara yang menjadi wakil ayah mampu menceriakan semula kehidupan. Tetapi akhirnya dia juga menemui Tuhan. Saya kembali sepi. Wajah dan tawanya terbayang di mata. Nasihatnya yang tidak pernah jemu-jemu diasak ke minda ini masih terdengar-dengar di telinga. 

SEBESAR MANA PUN KASIH KITA SESAMA MANUSIA, IA TIDAK AKAN MAMPU MELAWAN KASIH TUHAN KEPADA HAMBA-NYA. DIA YANG MENDATANGKAN KITA KE ALAM INI, DAN DIALAH YANG LEBIH BERHAK MENGAMBILNYA SEMULA APABILA TIBA MASA YANG DITETAPKAN-NYA. DAN MASA ITU TIDAK AKAN PERNAH TERLEWAT ATAU TERCEPAT WALAU SEMINIT PUN. TIDAK KIRA BETAPA USIA KITA KETIKA ITU, SAMA ADA SUDAH MENJADI PELEPAH TUA ATAUPUN MASIH BARU BERPUTIK.


Saya belajar menjadi tabah dan menerima ketentuan Allah ini. Cepat ataupun lambat, kita pun suatu hari nanti akan ke sana jua. Sementara masih di sini marilah kita sama-sama berusaha untuk memperbaiki diri. Memberikan yang terbaik untuk kehidupan kita dan kehidupan orang lain. Kita ambil kebaikan daripada orang Jepun yang menganggap bahawa kehidupan ini bagaikan bunga sakura yang kehidupannya hanya seminggu. Kerana itu mereka berlumba-lumba untuk maju dan memperbaiki diri menjadi lebih baik setiap hari. Seperti bunga sakura itu,ia menjadikan kehidupanya yang singkat untuk mengindahkan alam ini dengan kecantikan dan keharumannya. Kita pun harus hidup seperti itu. Hidup dengan penuh kebaikan dan kemuliaan.

Luruskan pedoman dan tetapkan iman. Tuhan kita hanya satu dan kepadanya kita akan menuju.

CoOkIeS SeLeCtIoNs (SePaNjAnG MuSiM)

Berikut adalah senarai produk di bawah label Cookies Meletoops Collections ... yang pastinya terhangat di pasaran ..... 


AlMoNd ChOc ChIpS MeLeToOpS

RM19.00 SaHaJa (55 - 60 KePiNg SeBaLaNg)

  

SeMpRiT MeLeToOpS

RM19.00 SaHaJa (48 KePiNg SeBaLaNg)




TePuNg AlMoNd ChOcS ChIpS MeLeToOpS

(JaNgKaAn 2 BaLaNg - 80 - 120 KePiNg) 

RM17.00 SaHaJa SePeKeT


KaEdAh / CaRa MeMaSaK 

TePuNg AlMoNd ChOcS ChIpS MeLeToOpS

(JaNgKaAn 2 BaLaNg - 80 - 120 KePiNg) 



MuRuKu KeTaM

RM26.00 SaHaJa



SaMbAl IkAn BiLiS GoReNg ToM YaM 

(350 gram)

RM13.00 SaHaJa



RaInBoW CoOkIeS 

 (60 pcs) 

RM26.00 SaHaJa



MuRuKu  
1/2 Kilo
 RM18.00 SaHaJa


KaCaNg TuMbuK 
600 GrAm+/-
 RM26.00 SaHaJa

LuXuRy NuTs NuTtY 
300 GrAm+/-
 RM25.00 SaHaJa

 

Oat Crunchy Cookies   

300 GrAm+/-

 RM18.00 SaHaJa
  



"LeTuSaN RaSa ... MeNgAmIt SeLeRa ..."


Rabu, 26 Mac 2014

CoOkIeS AnEkA RaSa MuSiM PeRaYaAn 2014

Nikmati koleksi Cookies Aneka Rasa Musim Perayaan daripada kami yang bakal menjelma tidak lama lagi .....

AGEN DI PERLUKAN .......... 

Kami juga menyediakan CUSTOM-MADE hamper yang anda inginkan bagi memuaskan hati anda semua mengikut BUDGET anda sendiri .... Sila Hubungi kami di 016 7780 286 ...

Untuk Melihat Design Hamper dengan Sentuham Magis sila Kliks
 
Code : HC001


Code : HC002 


Code : HC003


Code : HC004


Code : HC005


Code : HC006


Code : HC007


Code : HC008


Code : HC009


Code : HC010


Code : HC011


Code : HC012


Code : HC013


Code : HC014


Code : HC015


Code : HC016


Code : HC017


Code : HC018


Code : HC019


Code : HC020




Code : HC021


Code : HC022


Code : HC023


Code : HC024


Code : HC025


Code : HC026


Code : HC027


Code : HC028


Code : HC029


Code : HC030


Code : HC031


Code : HC032