Rabu, 26 Mac 2014

BeRsEdIh AtAu BeRbAhAgIa – TeRpUlAnG KePaDa DiRi SeNdIrI



Saya diberi peluang untuk menjadi ahli satu forum yang membincangkan perkara yang boleh membawa perubahan kepada kehidupan seseorang… Seorang dari peserta yang agak berumur memberitahu bahawa hidup ini amat susah. Dia agak sinis. Dia begitu yakin bahawa persepsi beliau tentang dunia adalah satu-satunya. Baginya tiada apa yang dapat kami boleh buat untuk mengubah fikirannya. Dia berpendapat bahawa kami kurang pengalaman dan patut mengubah pandangan kami. Itu angan-angan saya…

 Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah kita tidak dapat nafikan bahawa kita hidup di zaman yang serba mencabar. Ramai yang hidup susah disebabkan keadaan ekonomi sekarang. Ramai juga yang mendapati hidup mereka susah disebabkan ketidaksempurnaan dalam kehidupan seharian; karier mereka, hubungan mereka, kesihatan mereka dan apa saja yang tidak menjadi, yang menarik perhatian minda mereka.
Persoalan yang lebih besar adalah apa yang membolehkan sesetengah orang masih boleh hidup bahagia, masih boleh tersenyum walaupun menghadapi kesukaran yang serupa.

Fikiran kita sentiasa berubah-ubah, setiap masa ada sesuatu yang boleh menarik perhatian minda kita sama ada kita mahu atau tidak. Boleh jadi ianya tajuk berita utama, cerita tentang rakan-rakan atau sanak saudara, atau apa saja yang kita alami setiap hari. Kita percaya apa yang berlaku di dalam kehidupan seharian boleh menghalang kita dari mengecapi kebahagian. Justeru kita menunggu sehingga keadaan berubah untuk merasa bahagia. Kita menunggu seseorang untuk berubah sebelum kita dapat merasa bahagia, atau kita menunggu untuk memperolehi sejumlah wang setiap bulan sebelum menjadi bahagia. Pola ini diulang berulang kali sehingga menyebabkan kita secara otomatik menunggu saat tertentu, apabila semuanya menjadi, untuk merasa bahagia.

Fikirkan sejenak, saat ini apa perkara yang anda anggap paling besar sedang anda hadapi. Sebelum ini tentu ada perkara lain yang menjadi perhatian anda. Sebelumnya, apa yang menjadi perhatian? Sebelumnya? Dan seterusnya… anda akan dapati banyak perkara yang menjadi perhatian anda sebelum ini. Itu apa yang telah berlaku. Minda kita juga berfungsi dalam cara yang sama untuk perkara yang belum berlaku. Banyak perkara yang belum berlaku – yang kemungkinan besar tidak akan berlaku – yang kita fikirkan – yang menyebabkan kita merasa risau – yang menyebabkan kita tidak bahagia.

Apa yang saya nak serlahkan adalah walaupun kehidupan sentiasa berubah dan akan berubah, sifat dan sumber kebimbangan kita tidak banyak berubah. Akan sentiasa ada sesuatu yang menghantui kita. Itulah kehidupan. Walaupun mencari penyelesaian adalah penting, apa yang lebih pentang adalah beralih daripada cuba mengelakkan masalah-masalah ini dan melihatnya sebagai peluang. Kebanyakan dari kita menilai diri sendiri mengikut keadaan kehidupan kita. Contoh siapalah saya, saya datang dari keluarga yang susah. Yang tertanam atau yang ditenggelamkan, “saya adalah makhluk yang terbaik”.

Satu kaedah mudah untuk menghalang apa yang berlaku dari menghantui fikiran kita adalah teknik yang dipanggil “hidup di masa kini”. Dengan disiplin yang konsisten, pisahkan apa yang berlaku dari persepsi kita mengenai apa yang berlaku.

Contoh, anak kita mendapat “C” dalam peperiksaan akhir tahun. Perspesi biasa, dia kurang cerdik. Hasilnya, kita bersedih. Sebagai usaha kita mencari penawar untuk tingkatkan IQ dia dan sebagainya. Dah beri penawar, tiada perubahan. Kesedihan kita bertambah dan berpanjangan. Dari mana kita dapat idea yang anak kita tidak cerdik? Sudah tentu dari dunia di sekeliling kita. Buangkannya. Apa yang berlaku hanyalah anak tu dapat “C”, tidak lebih dari itu. Jika kita dapat melihatnya begitu, fokus penyelesaian kita akan berlainan. Apa yang penting anak kita tidak merasa mereka ada kekurangan dari segi kebolehan. Cara penyelesaian, semak apa punca yang menyebabkan dia mendapat “C” dan tangani punca tersebut. Secara tak langsung ini akan membuat keyakinan anak meningkat dan dia “menjadi” cerdik.

Jika anda menyukai posting ini, harap klik “Like” dan kongsikan dengan para kenalan anda. Sudilah juga kiranya memberi pendapat anda mengenai tajuk yang diutarakan.

“PILIH KEBAHAGIAN”

Sumber : http://mymotivasi.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......