Apabila
diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan... terdetiklah rasa ,
"Apakah Tuhan sayangkan aku?Kenapa aku diuji sebegini berat sekali?"
Kenali
Tuhan yang mengujimu !
Tanpa
kita sedari kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah
hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah
kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.
Paling
malang, manusia kerap terlupa dirinya hamba. Terutama ketika diuji. Sebab itu
Allah mengajar kita kalimah 'istirja' setiap kali diuji.
ان لله و إن اليه راجعون
"Kami milik Allah, kepadaNya kami
akan dikembalikan"
Ya,
inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita milik Tuhan, Tuhan layak menguji
kita dan kita layak diuji. Jangan sesekali menolah apalagi 'mengamuk' apabila
diuji. Kita hanya hamba...
Namun,
untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang
memberi ujian itu, Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang
Maha Hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih
sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah,
akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu
buta?
Orang yang mengenal kasih sayang Allah
punya keyakinan bahawa keputusan (takdir) Allah itu yang memberikan yang
terbaik. Allah Maha Pengasih dan Penyayang, tidak memberi sesuatu yang buruk
untuk hambaNya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap
Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang
tidak baik.
Yakinlah
bahwa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan
yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang
terbaik, cuma kita tidak tahu atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti,
barulah kita tersedar, Ya Allah, mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah
(orang yang mengenal Allah):
"Sekiranya kita merasakan kasih
sayang Allah itu terpisah apabila Dia menguji kita, itu petanda tumpulnya akal,
butanya mata hati"
Di
antara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk
menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu.
Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia.
Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit,
rugi, miskin dan lain-lain. Lalu apabila diuji, nafsu itulah yang terdesak,
tidak sennag dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.
Jadi,
apabila nafsu terdesak, hati dan akal akan terbuka. Inilah jalan kebaikan,
kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu
sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesungguhnya akan melemahkan nafsu,
menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia
tidak akan jatuh ke lembah disa - mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan
batasan syariat.
Ujian
juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar.
Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal. kerana Qada dan QadarNya mesti
berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat dan cinta
kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila emelkat di hati
kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah
kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru Allah berfirman :
".... Dan boleh jadi kamu
menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui,
sedangkan kamu tidak tahu"
(Surah al-Baqarah : 216)
Ujian
itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci
membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, "Belum dikatakan
seseorang itu kenal Allah, sebelum ia bergembira dengan musibah dan penyakit ke
atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya"
Bila
kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) ridak
faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita.
Ya, seolah-olah orang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada
dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa? Sebaliknya apabila kita gembira
(menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu
juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk
menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.
Rasulullah
SAW bersabda, "Barangsiapa yang dikehendaki Allah pada seseorang itu kebaikan,
makan Allah akan cuba dengan ujianNya"
Jadi
apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana
tidak ada takdir Allah yang tiada hikmahnya. Orang-orang soleh bila diuji,
hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah. Tapi bagi anti diuji,
tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya
selari dengan nafsunya sahaja.
Ingatan
para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujianNya. Itu petanda Allah pilih
dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba kepada Allah.
Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan tiga langkah ini apabila diuji L
1)
Kuatkan Iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan
segera mendekatkan diri kepada Allah.
2)
Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah
yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran.
3)
Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah
hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita.
Ya,
Allah timpakan ujian yang besar, untuk 'membesarkan' kita. Ingat itu. Justeru,
ahli yang bijaksana sering berkata... Pemimpin yang besar itu dikenali melalui
ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin
besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk 'membesarkan' lagi pengaruh
kepimpinannya.
Dan
setiap kita adalah pemimpin. Sekurang-kurangnya pemimpin buat diri sendiri.
Jadi, kita pasti diuji ! Justeru apabila diuji jangan katakan
"Apakah aku tersisih?"
sebaliknya, katakan.
"Aku sudah terpilih!"
"Apabila
kira redha atas sesuatu yang mengecewakan kita, maka percayalah Allah akan
menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka"
Suka
untuk kak cik kongsikan satu kata-kata tutor kak cik ketika kelas tutorial Ahad
lepas :
"Anehnya
orang beriman, apabila diuji dia bersabar, apabila diberi kesenangan dia
bersyukur"
Sumber : http://sabaritucantik.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......