QUEBEC, Kanada – Seorang lelaki mencipta papan luncur terbang sekali
gus mencatat rekod baharu dalam Guinness World Records baru-baru ini.
Catalin Alexandru Duru berjaya menerbangkan papan luncurnya itu
sejauh 275.9 meter di atas Tasik Ouareau di sini yang sekali gus
merealisasikan adegan dalam filem Back To The Future pada tahun 1989.
Duru memberitahu, papan luncur tersebut boleh digunakan di mana-mana
permukaan tetapi dia memilih membuat eksperimen di atas air bagi
mengelak sesuatu yang tidak diingini jika berlaku kerosakan pada enjin
papan luncur berkenaan.
“Saya mahu menunjukkan kita boleh terbang secara stabil menggunakan
papan luncur yang diubah suai dengan mengawal alat tersebut menggunakan
kaki,” ujarnya.
Papan luncur itu pernah direkodkan terbang sejauh 49.9 meter dan
percubaan terbaharu Duru mengatasi rekod berkenaan sebanyak lima kali
ganda.
“Ini satu pencapaian yang benar-benar memukau serta luar biasa dalam
dunia kejuruteraan dan pengangkutan,” kata jurucakap Guinness World
Records. – Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3b6ksVRWU
Hakcipta terpelihara
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......