Sabtu, 23 Mei 2015

KeNaPa MaSiH DeNgAn NaSi LoMaK ...




Salam Sayang Uols ... 

Pagi yang indah, sejuk dan nyaman, alhamdulillah diberikan sedikit masa kelapangan untuk update blog. Entry pagi kami nak update mengenai Nasi Lomak Imani Licious. Ntah kenapa Nasi Lomak ni begitu dekat dengan jiwa kami ni. Nak kata suka makan nasi lomak selalu tak jugak sebab kami masih dalam mood nak kuruskan badan. 

Misi untuk menghilangkan jerawat yang berulang-ulang dimuka nampaknya telah berjaya dan membuahkan hasil yang sangat luar biasa. Cuma tinggal parut degil ja lagi. itu pun dah tak banyak. Semuanya dah semakin pudar. Produk apa dan bagaimana kami kami hilangkan, insyaallah akan kami kongsikan nanti yerk. 

Sekarang berbalik kepada cerita Nasi Lomak, Insyallah kami akan mulakan perniagaan Nasi Lomak Imani Licious ni selepas raya nanti di Kampung Jawa untuk sabtu dan ahad malam. Yang penting kita kukuhkan perniagaan, mencipta profile dan meningkatkan nama baik perniagaan. The most important nasi Lomak nak kena sedap. Kalau tak sedap dan power macam mana pun strategi biznez, ke laut jugak akhirnya kan. 

Sekarang ni kami nak ketengahkan Nasi Lomak yang jarang ada di pasaran. Insyallah dengan keunikan Nasi Lomak ni, akan menjadi daya tarikan nanti kepada penggemar nasi lomak di luar sana nanti. 

Tag Line yang bakal kami guna nanti isyaallah ... "Nasi Lomak Warisan, Imani Licious" yang akan menjadi pertaruhan kami kelak, Insyaallah. Kami sentiasa positif dan yakin setiap rezeki itu datang daripada Allah dan bukannya manusia. Maka dengan itu, kami akan berusaha sehabis baik. Barulah jiwa tenang. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......