Sebagai seorang Islam, kita wajib mentaati segala perintah Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarangNya.
Nasihat ini sering kita dengar terutama
sekali dalam khutbah jumaat yang dibacakan oleh khatib. Kuasa Allah SWT
janganlah sesekali kita cabar. Kita hanya hamba Aallah yang hina. Cuba
kita hayati kisah-kisah terdahulu yang membabitkan kaum-kaum nabi. Ada
di antara mereka yang telah menerima azab daripada Allah secara ‘cash’
di dunia. Jom kita hayati tentang kisah mereka.
Dalam al-Quran, banyak sekali
diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah
kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai
penyimpangan yang telah dilarang. Berikut dipaparkan secara ringkas
sejarah kaum-kaum yang dibinasakan :
1. Kaum Nabi Nuh - Nabi Nuh
berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80
orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah
mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang
engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).
2. Kaum Nabi Hud – Nabi Hud
diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah
mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang
menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah:
70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).
3. Kaum Nabi Saleh – Nabi Saleh
diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat
seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh
unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka
(al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).
4. Kaum Nabi Luth – Umat Nabi
Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu
berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi
peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab
kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan
hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini
akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara:
160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).
5. Kaum Nabi Syuaib – Nabi Syuaib
diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah
karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan.
Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu
mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat
sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak
mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70,
al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).
Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib
juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang
tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli
tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78,
al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).
6. Firaun – Kaum Bani Israel
sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk
memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku
sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak
reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih
boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus:
92).
7. Ashab Al-Sabt – Mereka adalah
segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka
melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji
mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada
ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat
Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).
8. Ashab al-Rass – Rass adalah
nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu
kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka
adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib.
Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah
bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah
patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan
karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur
sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).
9. Ashab al-Ukhdudd – Ashab
al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman
kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang
beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang
wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah
SWT (al-Buruj: 4-9).
10. Ashab al-Qaryah
Menurut
sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk
Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka.
Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin:
13).
11. Kaum Tubba – ’Tubaa’ adalah
nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat
ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab
kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya
adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).
12. Kaum Saba – Mereka diberi
berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk
kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau
sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan
bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......