Buat
pertama kalinya, diet mengikut jenis darah diperkenalkan oleh Dr Peter JD
Adamo, pakar rawatan semula jadi bertauliah di Connecticut, Amerika Syarikat.
Penelitian
pada setiap darah menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap protein yang
terdapat pada makanan apabila masuk ke dalam badan. Setiap protein makanan yang
diserap tubuh menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.
Hasil
kajiannya yang dilakukan selama beberapa tahun itu menjelaskan bahawa setiap
individu memberikan tindak balas yang berbeza terhadap makanan mengikut jenis
darah yang dimiliki. Hal ini juga diterangkan di dalam bukunya berjudul Eat
Right For Your Type yang diterbitkan pada tahun 1996.
Apabila pengambilan makanan sesuai dengan jenis darah seseorang (sama ada A, B, AB, dan O), ia memberikan kesan positif terhadap tubuh badan seperti keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya ketahanan badan.
Apabila pengambilan makanan sesuai dengan jenis darah seseorang (sama ada A, B, AB, dan O), ia memberikan kesan positif terhadap tubuh badan seperti keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya ketahanan badan.
Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga
dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisme.
Diet kumpulan darah A
Di dalam bukunya, Dr D’Adamo menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dan makanan yang rendah kandungan protein. Ini kerana jika jumlah protein dalam makanan terlalu banyak, ia menyebabkan seseorang itu sakit perut. Pun begitu bukan bermakna individu yang mempunyai darah jenis A tidak boleh mendapat protein daripada sumber haiwan, tetapi disarankan dalam kuantiti kecil.
Kumpulan ini dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju semula jadi dan telur organik. Golongan darah A perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindari adalah hidangan laut berwarna putih (contohnya ikan siakap putih), daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif.
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging.
• Disarankan mengamalkan pemakanan vegetarian atau mengambil makanan tinggi karbohidrat, namun rendah lemak.
• Mengurangkan tekanan dengan bermeditasi atau bersenam.
• Perlu mendapat cukup rehat.
Menu yang dianjurkan:
Sarapan: Air suam dicampur jus limau nipis dan oat
Snek:Makan tengah hari:Snek:Makan malam:
Diet kumpulan darah B
Individu yang mempunyai darah jenis B dikatakan lebih fleksibel berbanding golongan yang memiliki darah A. Teori Dr D’Adamo menyarankan golongan ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin, sebaliknya sangat menganjurkan makanan berasaskan susu dan yang mengandungi banyak karbohidrat.
Ciri khas individu darah B:
• Dianjurkan mengambil diet yang mengandungi pelbagai variasi makanan, namun perlu mengehadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik darah B alah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, oleh itu mereka disarankan mengambil banyak sayuran hijau yang kaya magnesium.
Antara makanan yang disarankan adalah daging lembu, kambing, kibas, arnab, ikan laut, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan serta semua produk susu kecuali keju biru dan aiskrim.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh dan itik, beraneka jenis minyak (minyak bijan, jagung, biji matahari, kacang tanah dan soya); kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin, pisang dan segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan tengah hari: Sepotong dada ayam, dua potong roti berserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau atau yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
Diet golongan darah AB
Jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur kecuali telur itik, susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayur dan buah kecuali jagung, tauge, cendawan dan buah yang dijeruk.
Golongan ini harus mengehadkan pengambilan daging lembu, udang, ikan laut, semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit dan perlu mengurangkan pengambilan makanan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan mengambil makanan dalam kuantiti sedikit, tetapi kerap
• Digalakkan bersenam pada waktu pagi untuk lebih bertenaga
Menu yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, dua potong roti dan sehiris keju
Snek: Yogurt
Makan Tengah Hari: Empat hiris dada ayam, dua biji plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet, salad buah dan kopi
Diet golongan darah O
Pemilik darah jenis O disaran lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diproses), sayur-sayuran, telur dan kacang serta mengurangkan karbohidrat namun perlu menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini mengehadkan pengambilan buah-buahan dan menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. dia turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindari seperti sayur brokoli, sawi, tauge, terung dan cendawan.
Selain itu, pemilik darah jenis ini tidak memerlukan telur, susu, gandum dan kekacang kerana protein diperoleh daripada sumber daging dan ikan. Paling penting mereka perlu menghindari jeruk yang dikatakan boleh menyebabkan keracunan usus.
Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki daya ketahanan badan yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi dengan pelbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat
• Berisiko mendapat radang seperti artritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu yang dianjurkan:
Sarapan: Dua keping roti bakar disapu mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan Tengah Hari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging dan asparagus yang dicelur, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Kajian Dr D’Adamo ini adalah sesuatu yang baru dan ramai pakar pemakanan mempertikaikannya, namun apa yang lebih utama ialah mengamalkan pemakanan sihat. Pemakanan sihat bermakna memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit tanpa mengira jenis darah seseorang.
Sumber : http://www2.hmetro.com.my/articles/Dietikutjenisdarah/Article
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......