Ahad, 7 September 2014

PaNgGiLaN AlUmNi ....

Salam Sayang Semua .... 

Malam ni kami nak share something yang berlaku sebelum nak maghrib tadi ... sebenarnya kami terima whatssup daripada seseorang kami nak stalker dari dulu lagi. Sebab dah lama tak jumpe dan dengar perkhabaran beliau. Kami boleh katakan hampir 10 tahun juga tak dengar perkhabaran. 

Hamba Allah ni adalah pensyarah di Fakulti Ekonomi, UUM. Beliau yang kami maksudkan ialah En. Bakti. kami sifatkan beliau seorang yang outspoken dan gila-gila. Tapi sporting orangnya. Susah nak jumpe orang macam ni. Kebetulan, isteri beliau merupakan pensyarah sementara masa kami menuntut di Politeknik Shah Alam ... Itulah jalan cerita yang Allah telah tetapkan. tidak lari ke mana, apa yang dihajati termakbul jua. 

Pada mulanya, En. Bakti ni just tanya biasa2 saja, sihat ka?, dah kawin ka?, kerja mana?, bidang apa?. Tapi soalan terakhir yang beliau tanya ..... Beliau nak propose nama kami untuk Program Alumni Bersama Pelajar di UUM untuk Fakulti Ekonomi. Seronok pulak rasanya bila dengar macam tu. Sebab kami memang suka nak bagi talk untuk student macam pernah kami lakukan masa belajar di universiti dulu ... Kami akan luahkan dan share dari hari ke hati berdasarkan pengalaman hidup kami. 



Tanpa berlengah, terus cakap berminat. Kikiki, confident tahap gaban kan. Tapi En. Bakti baru ja nak propose. Sebab ramai calon lagi yang lebih baik dan bagus dan bijak pandai. Tetapi kalau dapat terlibat dengan program macam ni memang sangat ilmiah dan berguna untuk mendidik jiwa kami ni. 

Malam nanti kami akan hantar Resume. Terpulang nak di terima atau tidak. Kalau tak pun tak pa, kerana sangat menghargai untuk propose nama kami yang hina ini. 

Sekian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......