Selasa, 30 September 2014

MuNgilNyEr BiBiR Si ........






Jika kekasih anda bertanya apakah bunga yang sesuai untuk menggambarkan dirinya, jawapannya ialah tumbuhan Psychotria Elata juga dikenali sebagai pokok bibir mungkin kerana bentuknya seakan bibir wanita yang sexy tetapi jangan salah tafsir, ianya bukan bunga tetapi seakan kantung yang di dalamnya terdapat bunga.

Sekali tengok mungkin ada yang fikir gambar-gambar ni semua diedit dalam Photoshop tapi tidak, ianya memang wujud. Ditemui di kawasan huan tropika di bahagian tengah dan selatan negara-negara benua Amerika seperti Colombia, Costa Rica, Panama dan Ecuador. Tumbuhan ini juga seperti tumbuhan berbunga yang lain di mana mereka menjadi perhatian serangga seperti lebah, rerama dan burung humming.

Bentuk bibir yang sexy tu hanya terserlah untuk tempoh tertentu sebelum ia terus mengembang dan mengeluarkan bunga yang sebenarnya berwarna putih.
Sumber : 

EcO BoTtLe750ml

Salam Sayang Semua ... 

Hari ini kami nak offer Item Tupperware berikut : 


Eco Bottle 750ml (Limited Release)
Retail RM22.50
NOW WE OFFER ONLY RM20.00 per bottle
  
Sebarang tempahan please Order ASAP di HP No. 016 7780 286 
Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat dan sementara stok masih ada ....
  Untuk lebih banyak promosi Tupperware ....   
 

OcToBeR DaTaNg LaGi ....

Salam Sayang Semua ....

Wah bestnyer ... October datang lagi ...


Bulan October sangat istimewa di hati kami sebab birthday kami dah tak lama lagi. Ada sesape yang nak kasi hadiah kat kami, amatlah dialu-alukan. Kikiki .... Sesungguhnyer kami amat bersyukur kerana sehingga saat ini masih dikurniakan rezeki dan nyawa untuk terus menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. 

Masih terlalu jauh untuk kami menjadi seorang muslim yang baik. Sesungguhnyer kami akan terus berusaha menjadi yang terbaik. Insyaallah.... Semoga kami bersama isteri dan anak serta abah dan adik beladik yang lain dapat menikmat hidup ini dengan lebih mensyukuri dan sentiasa mendapat lindungan dan rahmat kasih sayang daripada Allah. 

Moga tahun kelahiran kali ini menjanjikan seribu kemanisan untuk diri kami dan yang insan-insan tersayang kami. Insyalllah ....



Sekian
3rd OcToBeR 1982 SeHiNgGa KiNi .... 
BlOg InI AdAlAh SeBaHaGiAn CeRiTeRa DaRiPaDa SiSi HiDuP KaMi .... 
MoSt WeLcOmE To OuR WoRlD ... 
LiKe It Or NoT, No BoThEr ...

Isnin, 29 September 2014

NaSi CaMpUr ImAnI LiCiOuS & Nasi LoMaK ImAnI LiCiOuS LaH PuLaK ....

Salam Sayang Semua, 

Hari ni kami just nak umumkan yang kami akan membuka tempahan Nasi Campur Imani Licious and Nasi Lomak Imani Licious pada hari Sabtu & Ahad serta cuti Umum sahaja. Jadi kalau ada yang berminat boleh lah PM kami di talian 016 7780286. Biznez Nasi Campur Imani Licious dan Nasi Lomak Imani Licious lebih kepada yang berminat nak buat tempahan untuk seperti berikut : 

1. Pekerja Kilang
2. Pelajar Sekolah 
3. Individu / Berkeluarga
4. Majlis Agama 
5. Dan lain-lain

Dari segi harga dan menu akan akan pamerkan di dalam blog dalam masa terdekat ni. Untuk pengenalan, kami akan memperkenalkan beberapa set Nasi Campur sahaja begitu juga dengan Nasi Lomak Imani Licious untuk memudahkan kami menyediakan mengikut masa yang tertentu dan sesuai dengan selera pelanggan kami. 

Namun begitu, masih boleh berbincang dengan kami untuk menu yang lain mengikut kesesuaian masa dan tempat. Kami akan membuka tempahan Nasi Campur Imani LIcious ni dengan minimum order 5 packs untuk setiap order manakala untuk Nasi Lomak Imani LIcious pula minimum order adalah 20 packs. Jadi tak delah kami kena memasak untuk seorang dua sahaja kan. Tetapi jangan risau, PM kami, insyaallah kami boleh membantu anda nanti.

Pengesahan tempahan perlu di buat 3 hari sebelum penghantaran. Mudah kami untuk planning bahan mentah. Untuk delivery pula, kami open buat masa ni hanya untuk Area Klang sahaja. Bukan ape takut tak terkejar nak buat penghantaran. Sebab kami nak beroperasi juga Nasi Arab Imani Licious ni juga. Tapi tak pe. Kalau banyak, kami akan pertimbangkan juga di luar kawasan. Sebab Cost delivery juga harus dipertimbangkan. 

Gambar Hiasan Sahaja


Gambar Hiasan Sahaja



Sebarang pertanyaan bolehlah di panjangkan kepada kami. Sesungguhnya, kami berniaga untuk memenuhi permintaan mereka yang memerlukan perkihdmatan masakan yang cepat dan ringkas dengan harga berpatutan tanpa perlu memasak sendiri. 

Sekian,
BlOg InI AdAlAh SeBaHaGiAn CeRiTa DaRiPaDa SiSi HiDuP KaMi .... 
MoSt WeLcOmE To OuR WoRlD ...
LiKe It Or NoT, No BoThEr ...

AkTiViTi HuJuNg MiNgGu ....

Salam Sayang Semua .... 

Hujung minggu kali ni adalah amat paling meletihkan untuk kami anak beranak. Daripada orderan Nasi Arab Imani Licious sehinggalah ke Majlis Perkahwinan sepupu kami di Pulau Indah. Sesungguhnye kami bersyukur kerana sesibuk manapun kami, kami sibuk dengan aktiviti keluarga ... 

Sesetengah mereka barangkali sibuk hal dunia, keluarga pula diabaikan, sibuk hal akhirat, keluarga di tinggalkan ... sesungguhnya kenalah spend quality time dengan insan tersayang kerana pasti masa tidak akan pernah kembali ... 

Kita cerita dulu pasal Nasi Arab Imani Licious, untuk jualan minggu kali ini, orderan semakin bertambah ini di sebabkan ada juga orderan last minit daripada pelanggan. Sampai 2 kali masak dan 2 kali trip penghantaran. Syukur. Walaupun tak banyak tetapi gud response sebab mereka tertarik dengan gambar Nasi Arab Imani LIcious kami ni (walaupun tak seberapa nak mengiurkan). Yelah kan kengkawan nak support kawan Itu pun rezeki juga. 

Selain itu juga kawasan pemasaran kami juga semakin berkembang, dari Kapar, Meru, Kampung Jawa, Jalan Kebun dan Bayu Perdana, ada pelanggan yang sudah order. Senang cerita, kami kena bijak untuk menguruskan masa untuk delivery seperti yang telah dijanjikan supaya tidak terlambat. Semakin jauh langkah semakin banyak pengalaman yang kami perolehi. Syukur dengan ilmu dan pengalaman yang kami perolehi ni. 

Dari segi respon daripada pelanggan juga kami terima dengan hati yang terbuka. Kami percaya setiap teguran itu akan lebih memantapkan perniagaan kami. Sama ada positif atau negatif itu normal dan kami tak ambil pusing. Nak melayan dengan selera dan tekak setiap individu2 memang tak terlayan. Tetapi kami percaya, kami perlu ada standard kualiti yang perlu kami penuhi sekiranya ingin kekal lama dalam biznez makanan macam ni. 

Insyaallah untuk Hari Raya Korban nanti, kami akan berniaga di Kampung Jawa, Insyaallah. Dimana dan details, kami akan update di dalam blog and entries kami yang seterusnya. Nantikan yerk. 





Sekian, 
BlOg InI AdAlAh SeBaHaGiAn CeRiTa DaRiPaDa SiSi HiDuP KaMi .... 
MoSt WeLcOmE To OuR WoRlD ... 
LiKe It Or NoT, No BoThEr ...

Jumaat, 26 September 2014

TeRiMa KaSiH Di AtAS SoKoNgAn KaLiAn ....

Salam Sayang Semua ... 

Happy sangat bila Nasi Arab Imani Licious ni mendapat pujian dan komen yang positif daripada kengkawan serta royal customers ... Daripada situ kami dapat lihat existing customers dah mula promote Nasi Arab Imani Licious ni kepada kengkawan mereka yang lain. Hanya Allah Sahaja yang dapat membalas jasa baik mereka ni. 


Sesungguhnya usaha untuk memperkenalkan Produk Makanan di bawah label Imani Licious adalah sebagai salah satu usaha untuk menambah pendapatan yang menjadi matlamat kami untuk diteruskan di dalam perkhidmatan Catering di masa akan datang. Sudah tentu akan banyak lagi produk makanan yang akan kami tawarkan di masa hadapan kelak .... 

Buat masa ini kami mulakan dulu dengan Menu Nasi Arab Imani LIcious yang sememangnya lebih sodap dan lebih badazz .... hikhikhik ... Kalau nak tau sodap atau tidak kenalah order kan .... 

Insyaalah ... pertengahan bulan October nanti kami akan perkenalkan Nasi Briyani Imani Licious yang lebih sedap dan badazz juga .... (Nak promote kenalah ayat kena powerkan) ,,,, Nantikan kemunculannyer dan orderlah .... 

Buat masa ni kami open delivery untuk yang depat sahaja iaitu kawan klang ... dan pinggiran shah alam ... kalau ada ada special request bolelah kami pertimbangkan ... 

Kami biasanya akan open untuk tempahan atau delivery pada hari Sabtu dan Ahad. bergantung kepada advertisement dan promosi yang kami war-warkan di dalam facebook dan blog ... sebab sometimes, kalau ada aktiviti keluarga atau personal memang kami tak open .... 

Walau apa pun terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong kami ... terutama daripada kengkawan dan saudara mara dan sesiapa sahaja ..... Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian semua ....




CaRa NaK PoToNg AyAm ...

Salam Sayang Semua ....  

Ye, entry kali ni adalah mengenai  - AYAM. 

Memandangkan ramai customers kami yang memilih bahagian ayam tertentu untuk NaSi ArAb ImAnI LiCiOuS ni. Susah juga nak kenal pasti macam mana rupa tight, rib, drumstick, breast dan lain2 lagi. Maka dengan itu tercetus entry ni. Kikiki .... 

Ok, kali ni kami nak posting pasal cara potong ayam. Kami ambik dari you tube, so bolehlah belajar sama2 yek.



Ada yang potong ayam kepada 9 bahagian, 12 bahagian, 13, 16, dan macam - macam lagilah. Tapi depends pada apa yang korang nak masak laa kan, kalau ramai yang nak makan, potong la banyak. Tapi kalau potong banyak sangat, jadi kecik pulak, orang pun komplen. So bagi aku, better potong dalam 9 - 13 camtu. Biasanya ayam dipotong dalam bahagian seperti ini;




Aku kalau pergi makan kat KFC, takdela cerewet sangat kalau order ayam tu. Semua kami bedal je. Tapi aku paling suka breast laa... Ada yang suka wing, drummet, dan lain - lain...
 

So apakata kita kenali bahagian - bahagian ayam pulak;
 

Peha = Drumstick
Atas peha = Thigh
Kepak = Wing
Dada = Breast
Rusuk = Rib
 
Bahagian breast sesuai untuk yang nak berdiet sebab bahagian ni kurang lemak, tapi kaya dengan pati ayam. Kalau yang banyak lemak ialah bahagian peha dan atas peha. Biasanya ramai yang suka bahagian wing, rib dan drumstick. Kat sini ada tips2 macamana nak pilih ayam bila nak beli ayam.

Bahagian ayam sebagai rujukan untuk masakan;





 
Ok, akhir kata selamat potong ayam, selamat masak ayam dan selamat makan ayam :)
Bagi mereka yang berminat nak order Nasi Arab Imani Licious PM yerk dan untuk details bolehlah lawat di NaSi ArAb ImAnI LiCiOuS

PuRpLe MuGs & SeAlS

Salam Sayang Semua ... 
Hari ini kami nak offer Item Tupperware berikut : 


Purple Mugs & Seals (4) 350ml each

Retail : RM49.20 
NOW only RM34.40 (Save 30%) 
  
Kami offer another 10% to 15% diskaun
Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat dan sementara stok masih ada ....

Sebarang tempahan please Order ASAP di HP No. 016 7780 286 

Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat dan sementara stok masih ada ....

  Untuk lebih banyak promosi Tupperware ....   
 






Khamis, 25 September 2014

PrIvIlLaGe PuRcHaSe OfFeRs ....

Salam Sayang Semua  .... 

Kami nak open sale lagi hari ni .... dengan harga lebih badazz dan runtuh khas untuk TupperLovers. 

Kami juga nak bagi additional diskaun bagi yang serius nak membeli dengan kami. PM kami laju-laju k. 





Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat dan sementara stok masih ada ....
  Untuk lebih banyak promosi Tupperware ....   


KoLeKsI GaMbAr SiPuT SeDuT YaNg SaNgAt CoMeL

Kebiasaannya orang akan geli dan tidak suka melihat siput babi. Mungkin dek kerana namanya ia dipandang sinis oleh masyarakat sekeliling. Tapi post kali ini kami nak memberikan perspektif baru tentang siput babi. Kami nak tunjukan bahawa siput babi juga merupakan makhluk ciptaan tuhan yang sangat comel dan juga menakjubkan. Jom kita lihat koleksi 27 gambar siput babi yang comel ini.






























Macam mana comelkan? Ada tetiba rasa macam nak tangkap siput tu lepas bela kat rumah? haha. Untuk pengetahuan anda koleksi gambar ini semua diambil oleh Vyacheslav Mishchenko, seorang jurugambar yang sangat berbakat dari Ukrain. Anda juga mungkin berminat untuk lihat koleksi gambar-gambar semut yang comel dan seakan sama seperti gambar siput babi di atas ini.

Sumber : 
http://cisdel.com/2014/04/16/koleksi-gambar-siput-babi-yang-sangat-comel-dan-menakjubkan/ 

Selasa, 23 September 2014

JOm KeNaLi BuAh LoOfAh ...


 
Mungkin ini adalah jenis buah yang paling lucah di dunia, tanaman unik ini tumbuh di vietnamm dan masyarakat setempat menyebutnya sebagai buah loofah. Yang unik dari buah ini adalah bentuknya sangat mirip dengan payudara, berwarna “blue”, uniknya lagi pada bahagian hujungnya terdapat puting yang sangat mirip dengan puting payudara. Saya potong gambar ini pada bahagian hujungnya, orang pasti akan menyangka bahawa ini adalah gambar payudara gadis Namun setelah di lihat secara lengkap kita akan melihat bahawa ini adalah bahagian hujung dari buah loofah tersebut.

http://i.imgur.com/GJYXJ.jpg

http://i.imgur.com/E7qHx.jpg


http://i.imgur.com/T8QCV.jpg

Sumber :