Sabtu, 6 September 2014

BerSaBaRlAh WaHaI HaTi ....

Salam Sayang Semua .... 

 
Pagi yang sejuk yang tak berapa nak sejuk sebab dah pukul 8.30 pagi baru bangun tido. Padahal ada appointment dengan Dr. Mazita di KPJ Klang untuk masalah resdung. Nampaknya kena ditangguhkan pada minggu hadapan. Harap semuanya akan ok ... 

Cuma nanti dalam pukul 10.00 pagi ni nak pergi KPJ Klang jugak untuk sesi fisiotrapi untuk masalah minor slip dics ni ha. Banyak bebenor pulak sakitnya. Nampak sangat nikmat kesihatan banyak dah ditarik. Sesungguhnya akulah pendosa. Ya Allah ampunkanlah hambamu ini. 

Sepatutnya pagi ni jugak ada tournament futsal anjuran office. supposely kena lah hadir sebab boleh dapat point, walaupun tak minat nak main futsal ni. Tapi terlepas lagi. Banyak benda yang tidak berkesempatan hari ni. Petang ni pulak nak pergi sepupu nikah pulak. Nak kena juga datang menolong untuk bantu apa yang boleh. Erm ... akan kami lakukan yang terdaya. Insyaallah.

Masih teringat akan kata-kata ... "jikaulau Allah lupakan kita atau marahkan kita ... Dia akan sibukkan kita dengan hal-hal dunia sehingga tiada masa untuk kita untuk ingatkan kepada Nya" ... alahai .. adakah kami tergolong daripada golongan manusia ni. Sebak pulak rasanya. Sedih tak usahlah cakap. Macam terlalu jauh ditinggalkan. 

Sejak 3 hari memang jiwa kacau. Jiwa kacau sebab dengan masalah di "office" ni. Mengapa ada orang-orang2 sebegini. Adakah kami yang tidak cukup "kuat" untuk menghadapi politik office yang begitu banyak bersimpang siur. Terlalu banyak group yang cukup terserlah kepolitikan mereka ni. Macam susah nak bernafas dah nak bekerja. Lebih menyedihkan bos pulak macam lahabau.  Sedih lah pulak rasanya. Ya Allah ... kuatkan lah hati hamba mu ni Ya Allah. Demi sesuap nasi yang halal, demi untuk kelangsungan hidup isteri dan anak-anak kami. Engkau permudahkan lah perjalanan hidup kami. Berilah ketenangan jiwa yang berpanjangan supaya kami tidak tersasar dari Nur Mu Ya Allah. 

Mengharapkan Bos .. memang tak delah nak back up. Kami pulak di anak tirikan. Semua staff direct reporting dengan dia memang dianak tirikan. Pelik tapi benar. Staf orang lain pulak dilebihkan. Memang takda motivasi kerja. Tak da 2 way communication. Style leadership apelah agaknya. The best part, kalau berselisih pun memang tak reti nak senyum. Macam jadi orang asing. Memang tak effort nak kenali lebih rapat dengan staff. Tak rasa dihargai dan kewujudan kami ni. Ntahlah ... Sedih dan feeling tak best.... 

I Love My Job ... but .... seperti kami nyatakan diatas. 

Jadi bagi mereka yang membaca luahan yang tak berapa nak terluah ni ... harap faham masalah jiwa kacau 2 -3 hari ni .... memang tak mood .... Maka dengan itu, kembalilah kepadaNya.. kerana Dialah sebaik baik tempat untuk mengadu.

Sekian.... 
 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......