Lempoyang biasanya tumbuh di kawasan semak samun. Ia dari jenis halia
dan juga biasa dipanggil halia hutan. Pokoknya hampir menyerupai pokok
bunga kantan. Ia mempunyai bunga yang cantik dan ketinggiannya lebih
kurang 30-50 cm dari tanah. Sama seperti genus halia yang lain ia
membiak melalui rizom dan pecahan rumpun.
Lempoyang, juga dikenali sebagai dalam bahasa Inggeris halia syampo, merupakan pokok halia dengan batang berdaun tumbuh sehingga ketinggian 1.2 m. Ia terdapat dikebanyakan negara tropika. Rhizom bagi Lempoyang (Z. zerumbet),
telah digunakan sebagai perisa makanan dan pembuka selera dalam
pelbagai masakan sementara pati rhizom telah digunakan dalam perubatan
herba.
Lempoyang merupakan tumbuhan sepanjang tahun ("Perennial"), dengan itu
dari musim luruh sehingga musim bunga ia bertapa atas tanah ketika
batang berdaunnya kecut dan kering, meninggalkan batang menjalar
berwarna coklat pucat (rhizomes) pada paras tanah. Pada musim bunga
tumbuhan ini kembali tumbuh. Bilahan daun antara 10-12 sepanjang 15–20
cm tumbuh dalam aturan bersilang pada batang menegak, halus sehingga
setinggi 1.2 m. Antara batang daun, bunga berbentuk belantan kembang
pada batang yang lebih pendek berasingan. Ia muncul pada musim panas,
selepas batang daun tumbuh agak lama. Kepala bunga bewarna merah
kehijauan sepanjang 3–10 cm dengan sisik bertindanan, melindungi bunga
putih kekuningan kecil yang menonjol keluar beberapa kuntum pada sesuatu
masa. Ketika kepala bunga matang, ia perlahan-lahan berisi dengan
cecair berlendir, berbau harum dan bertukar merah darah. Batang bunga
biasanya kekal tersembunyi di bawah batang daun.
Antara kegunaan lempoyang ialah untuk mengubati:
* Kurang selera makan
* Sesak nafas
* Bau badan
* Gaut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......