Alhamdulilah ..syurkran Ya Allah ..
So today ..
Kami di Team Meletoops nak share surah-surah pilihan yang sememangnya bagus untuk di amalkan setiap hari ..
InsyaALLAH :)
Surah yg pertama
Surah Al-kahfi
FADHILATNYA
1.
Ahmad berkata : "Saya mendengar al-Baraa'u Ibnu Aazib berkata :"Seorang
lelaki telah membaca surah al-Kahfi, dan dalam rumahnya ada seekor
binatang(kuda), maka di beritahunya kepada Nabi Saw." Baginda bersabda :
"Adakah si fulan membaca al-Quran?Sesungguhnya itulah ketenangan yang
turun ketika al-Quran dibaca atau keterangan turun untuk al-quran." (Hadis sahih riwayat oleh syukbah)
2. Imam Ahmad berkata :
"Daripada Abi Darda' daripada Nabi saw, baginda telah bersabda :
"Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripda permulaan surak al-Kahfi, maka
terhindar daripada al-Dajjal." (Riwayat Muslim,Abu Daud, an-Nasa'i,at-tirmizi daripada Qatadah)
3. Daripada Muaz Ibnu Anas Al
Juhani daripada bapanya daripada Nabi Muhammad s.a.w bersabda :"Sesiapa
membaca awal dari surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada
kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya , maka
jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi." (HR Ahmad)
4. Daripada Umar berkata :
Nabi saw telah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari
jumaat, maka bersinarlah cahaya daripda bawah kakinya hingga ke
langit.Untuknya cahaya di hari kiamat dan di ampunkannya antara dua
Jumaat." (HR katsir)
Surah yang Kedua
Surah As-Sajadah
FADHILATNYA
1.
Hadith Riwayat Al-Bukhari daripada Abi Hurairah r.a. berkata : "Adalah
Nabi s.a.w membaca pada solat Fajar (subuh) pada hari jumaat (Alif Laam
Mim Tanzil) as-sajadah dan (Hal Ata Alal Insan)Insan."
Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata : "Adalah Nabi saw tidak tidur hingga di baca surah as-sajdah dan al-Mulk.
Surah yang Ketiga
Surah Yaasiin
FADHILATNYA
1.
Daripada Anas ,Rasulullah saw bersabda : "Setiap sesuatu ada hati dan
hati al-Quran adalah Yaasiin" dan sesiapa yang membaca Yaasiin , maka
Allah SWT tulis baginya sepertimana membaca al-Quran sepuluh kali. (HR at-Tirmizi)
2. Daripada Abi Hurairah r.a.
bersabda Rasulullah saw : "Sesiapa yang membaca Yaasiin pada waktu
malam, maka akan di ampunkan keesokannya, Dan sesiapa membaca "Haamim Al
Dukhan" nescaya akan di ampunkan baginya keesokannya." (HR Ibnu Katsir)
3. Daripada Ma'qil Ibni Yasar
berkata : "Al Baqarah adalah rangka.Al-Quran di turunkan setiap satu
ayat dengan di sertakan 80 Malaikat dan ayat Kursi khusunya di turunkan
khas dari bawah Arasy Allah yang tersusun di dalam surah al-baqarah.Dan
surah Yaasiin adalah jantung hati al-Quran."
4. Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata, Rasulullah
s.a.w bersabda "Bacalah Yaasiin atas mereka yang meninggal dunia." (HR Ibnu Katsir-Abu Daud dan Al Nasa'i).
5. Daripada Ibnu Abbas r.a.
berkata : Nabi s.a.w telah bersabda: "Adalah saya suka kalau surah
Yaasiin dalam hati setiap insan daripada umatku." (Riwayat Bazzar, Ibnu Katsir).
Surah yang Keempat
Surah Ad- Dukhan
FADHILATNYA
1.
Daripada Abi Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w telah bersabda :"
Sesiapa membaca surah"Haamin Ad-Dukhan" pada waktu malam, maka esoknya
tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya." (HR Ibnu Katsir)
2. Daripada Abi Hurairah r.a
berkata, nabi s.a.w bersabda : "Sesiapa membaca "Haamim Ad-Dukhan" pada
malam jumaat, maka di beri keampunan baginya." (HR Ibnu Katsir)
Surah yang Ke lima
Surah Al-Waqiah
FADHILATNYA
1.
Daripada Abi Dhibah berkata :"Telah sakit Abdullah yang boleh
menyebabkan kematiannya. Maka di ziarahi oleh Osman Ibnu Affan r.a,
beliau bertanya, "Apa yang kamu adukan?" Beliau menjawab " Dosa-dosaku"
"Dan apa yang kamu mahu sekarang ?" Beliau menjawab: "Rahmat tuhan."
"perlukah saya panggil doktor?"Beliau menjawab,"Doktor lebih sakit
daripada saya."
Usman berkata : "Adakah kamu perlukan kepada wang.."
Abdullah menjawab :"Saya tidak berhajat kepadanya."
Usman
berkata: "Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan
kamu.Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan saya jadi
miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah
"al-Waqiah" tiap-tiap malam.Sesunguhnya saya dengar Rasullullah s.a.w
bersabda: "Sesiapa membaca surah "al-Waqiah" tidak akan jadi miskin
selama-lamanya."
Surah Ke enam
Surah al-Hasyar
FADHILATNYA
1.
Daripada fadhil Ibnu Yassar al-Muzani r.a berkata : Nabi saw telah
bersabda: "Sesiapa membaca ketika bangkit subuh
"Auuzubillahis-sami'il-'alimi-Minas Syaitanir-Rajim." Kemudian membaca
tiga ayat akhir surah al-Hasyr maka Allah SWT mewakilkan 70 Malaikat
berselawat atasnya hingga petang.Begitu juga waktu petang dan jika dia
meninggal hari itu di kira mati syahid. (HR at-Tirmizi).
Surah Ke Tujuh
Surah al-Mulk
FADHILATNYA
1.
Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya di dalam al-Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat
kepda pembacanya hingga di beri keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk
(Tabaarakal-Lazi)
2. Daripada Anas Ibnu Malik
berkata :"Rasulullah s.a.w telah bersabda : Satu surah di dalam al-Quran
yang menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam
syurga.Iaitu (Tabaarakallazi) (HR at Tabarani)
3. Daripada Jabir r.a :
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur hingga baginda membaca
Alif Laam Mim, al Sajadah dan al-Mulk." (HR at Tirmizi).
Sumber :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......