Salam Sayang Semua ....
Hujung minggu kali ni adalah amat paling meletihkan untuk kami anak beranak. Daripada orderan Nasi Arab Imani Licious sehinggalah ke Majlis Perkahwinan sepupu kami di Pulau Indah. Sesungguhnye kami bersyukur kerana sesibuk manapun kami, kami sibuk dengan aktiviti keluarga ...
Sesetengah mereka barangkali sibuk hal dunia, keluarga pula diabaikan, sibuk hal akhirat, keluarga di tinggalkan ... sesungguhnya kenalah spend quality time dengan insan tersayang kerana pasti masa tidak akan pernah kembali ...
Kita cerita dulu pasal Nasi Arab Imani Licious, untuk jualan minggu kali ini, orderan semakin bertambah ini di sebabkan ada juga orderan last minit daripada pelanggan. Sampai 2 kali masak dan 2 kali trip penghantaran. Syukur. Walaupun tak banyak tetapi gud response sebab mereka tertarik dengan gambar Nasi Arab Imani LIcious kami ni (walaupun tak seberapa nak mengiurkan). Yelah kan kengkawan nak support kawan Itu pun rezeki juga.
Selain itu juga kawasan pemasaran kami juga semakin berkembang, dari Kapar, Meru, Kampung Jawa, Jalan Kebun dan Bayu Perdana, ada pelanggan yang sudah order. Senang cerita, kami kena bijak untuk menguruskan masa untuk delivery seperti yang telah dijanjikan supaya tidak terlambat. Semakin jauh langkah semakin banyak pengalaman yang kami perolehi. Syukur dengan ilmu dan pengalaman yang kami perolehi ni.
Dari segi respon daripada pelanggan juga kami terima dengan hati yang terbuka. Kami percaya setiap teguran itu akan lebih memantapkan perniagaan kami. Sama ada positif atau negatif itu normal dan kami tak ambil pusing. Nak melayan dengan selera dan tekak setiap individu2 memang tak terlayan. Tetapi kami percaya, kami perlu ada standard kualiti yang perlu kami penuhi sekiranya ingin kekal lama dalam biznez makanan macam ni.
Insyaallah untuk Hari Raya Korban nanti, kami akan berniaga di Kampung Jawa, Insyaallah. Dimana dan details, kami akan update di dalam blog and entries kami yang seterusnya. Nantikan yerk.
Sekian,
BlOg InI AdAlAh SeBaHaGiAn CeRiTa DaRiPaDa SiSi HiDuP KaMi ....
MoSt WeLcOmE To OuR WoRlD ...
LiKe It Or NoT, No BoThEr ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......