Sabtu, 6 September 2014

SeSi FiSiOtRaPi - MaLuNyA KiTa, TaPi MaU ...

Salam Sayang Semua ... 

Selelsai sudah pagi tadi punya sesi fisiotrapi di KPJ Klang. Bermula dari pukul 11.00 pagi selesai 12.30 tengahari. Gumbira punya hati tuhan yang tau hokey.

Nak dijadikan kisah, ingatkan pegawai yang nak menfisiotrapikan kami ni lelaki ... mak ai, sekali yang panggil anak dara cumel yang datang. Anyway kami tak kisahlah kan sebabnya bukan nak buat ape pun. Tapi tulah bila dah masuk dalam kawasan katil yang dilitupi langsir, tingalkami berdua macam lain pulak rasanya. Kikikiki (Senyum Nakal). Yang "tak selesa" nyer, awek ni suruh longgarkan seluar lah pulak, then suruh tarik seluar sampai paras separuh punggung. Habis terserlah punggung gebu kami ni ...  Bocor rahsia rumah tangga kami ni tau. Ngee.

Eeeee ... malunya tuhan jelah yang tau. Kalau dengan bini memang den tak kisah dah, ini orang asing ... erm layankan ajelah ... sebenarnya awek ni nak buat sesi ultrasound untuk kawasan disc yang bengkak tu untuk nak bagi susut. dalam 10 minit macam tulah rawatan nyer. Habis buat ultrasound, disambung pulak dengan sesi rawatan air batu yang diletakkan di kawasan bengkak tu. Ambil masa dalam 20 - 30 minit jugak. Menurut awek tu, kalau di letakkan air di kawasan pinggang yang sakit tu, then kita rasa menucuk nucuk, means memang ada bengkaklah kawasan pinggang tu. Tapi alhamdulillah, selepas rawatan tu memang hilang sakitnya. 

Jadi rawatan awal untuk kengkawan semua yang ada sama masalah dengan kami boleh mengunakan teknik rawatan ais ni. Kalau sakit urat pulak macam kami ni di tulang belikat kat kawasan bahu ni ha. Just tuamkan dengan kain yang panas. Awek tu cakap memang kesan sampingan hasil daripada kebengkakan disc ni sebab dah terkena urat sarat di kawasan tulang belakang kita ni.

Yang paling penting kena jaga betul2 pingang ni. Sebab nyer nak pakai lama. Macam2 aktiviti mengunakan pinggang nikan. 

Berikut adalah hasil MRI tulang belakang kami .... 


Gamabar tulang belakang kami ni dari pandangan sisi yerk. Memang terdapat disc yang dalam bulatan merah tu bengkak sikit. Tapi menurut doktor kami yang merawat iaitu Dr. Syed Ahmad Faisal, slip disc ni minor sahaja dah boleh dirawat menggunakan rawatan yang kami nyatakan di atas. 

Kami nak share juga dengan gambar di bawah untuk informasi kengkawan semua k : 



Semoga perkongsian ni bermanfaat dan yang paling penting kalau ada masalah kesihatan, cepat2 jumpe doktor yerk. Jangan jadi doktor sendiri atau mendapatkan rawatan daripada "mereka" yang tidak bertauliah. Keisihatan kita wajib kita jaga dan tanggungjawab sendiri. 

Sekian, Wassalam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......