Rabu, 2 April 2014

HaMpEr Oh HaMpEr

Hai Hai Hai .. Salam Petang yang Barakah .... 

Alhamdulillah, cuti untuk esok dah pun di approvekan oleh Bos yang tercenta. Tapi kali ni cuti bukanlah suka-suka nak cuti, tapi memang ada matlamat yang ingin Admin target untuk diselesaikan. Seperti yang telah dirancang sejak seminggu lepas, Admin nak pergi belajar untuk wrapping Hamper, Doorgift dan lain yang seangkatan dengannya dengan Master Sifoo Admin iaitiu Hakak Nor yang Gorjes tu ...

Nasib baik tak MC ... memandangkan wife cakap jangan lah MC, nanti rekod buruk, so terpaksalah Admin apply cuti .....ngeh ngeh ngeh. Idea nak belajar buat hamper bukannya sekadar ada-ada saja ... memandangkan musim perayaan dah semakin dekat, kurang 100 hari saja lagi nak menjelang Ramadhan di tambah pulak dengan Hari Raya Aidilfitri ... nak lah juga mencuri peluang yang ada untuk biznez hamper ni .... 

Hamper ni kalau kita belajar asasnya, boleh dipelbagaikan bukan setakat perayaan, malah untuk pelbagai majlis keraian dan tema2 tertentu ..... sambil2 belajar wrapping tu kena jugakan nak belajar buat costing, sumber supplier, teknik nak buat reben, develop idea creative yang canggih manggih tu .... kiranya memang banyak lagi lah nak belajar ni..... kalau nak diikutkan memang tak cukuplah 1 hari nak belajar buat hamper ni. 

Untuk suntikan baru dalam biznez hamper ni, Admin akan selitkan juga produk2 Tupperware dan seleksi Cookies Mookies Admin yang sememangnya berkualiti tinggi di tambah pula peminat yang ramai .. insyallah bakal memberi kelainan dalam setiap rekaan dan sentuhan magis Admin nanti ... kikikiki .. "Berangan Sangatkan" .....Jadi kiranya pada masa yang sama biznez Tupperware dan Cookies & Mookies pun berjalan juga .... 

Malam ni kenalah packing siap2 stok2 Tupperware yang dirasakan sesuai untuk di buat hamper ni ..... nampaknyer kena punggah lagilah bilik stor tu... confirm wife akan bebel dan terus membebel ..... yang penting stock tupperware di jual .. simpan banyak2 pun bukan boleh makan pun .... 

Admin nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada Hakak Nor yang Gorjes kerana memabantu Admin bidang Hamper ni ..... Sudah tentu Admin akan upload aktiviti pembelajaran hamper ni nanti ... insyaallah pagi meletops top top top ..... Nantikan yerk .....

Akhir Kalam ..... Rezeki itu sentiasa ada, berusalah dengan bersungguh2 ... Insyaallah akan dipermudahkan oleh Allah ......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......