Khamis, 14 Ogos 2014

SkYliNe Al - TaQwA - BERBAHAYA !!!

PUTRAJAYA - Orang ramai dinasihati agar tidak membeli atau menggunakan ubat tradisional dari Arab Saudi dengan nama Skyline Al Taqwa Sakit Pinggang & Lutut dan Skyline Al Taqwa Gaut Asam Urat.


 
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kajian yang dilakukan Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati kedua-dua produk itu mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.

“BPFK telah menerima sebanyak empat laporan kesan advers yang melibatkan produk Skyline Al Taqwa. Antaranya seorang pesakit mengalami kesan advers yang serius iaitu perubahan tingkah laku dan pakar psikiatrik mendiagnosis pesakit mengalami simptom euforia akibat pengambil produk yang mengandungi steroid,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid yang poten dan ia digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius dan ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau farmasi dengan preskripsi doktor.

Beliau berkata, dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional dan penggunaan dexamethasone berpanjangan tanpa pengawasan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KoMeN JaNgAn TaK KoMeN .... KoMeN YaNg JuJuR ItU LeBiH BaIk ......